Kembali bersiaran dari Sudan

Standard

Assalamualaikum.

Kami sudah selamat sampai Sudan malam semalam. Kami balik dari Malaysia 7 April sebenarnya, tapi transit kat Dubai 3 hari. Saje transit lama sikit sebelum balik Sudan. Terapi minda. Huhu. Masa nak balik Malaysia transit 3 jam je. Nak balik Sudan 3 hari! Untuk memantapkan lagi sesi terapi, my husband beli TV untuk diri sendiri dan hadiahkan handbag untuk wife dia ni. Sebagai tanda terima kasih sebab sanggup ikut dia balik Sudan semula. Wow! Masa 2-3 hari nak balik semula ke Sudan ni, saya cakap kat dia, “U balik sorang boleh? I rasa tak sanggup la nak pergi sana balik. I da syok balik Malaysia ni. Hari-hari boleh keluar. I boleh drive ke mana saja yang I nak. Tapi I taknak kerja, so tiap-tiap bulan U bank in je la duit kat I. Takpun, meh sini I pegang ATM kad U. So I amik gaji U kat Malaysia je la. Tak payah U susah-susah nak bank in”.

Tapi my husband tak setuju. Dia kata, “I can’t live without YOU!” gulp…gulp..gulp.. terus I cair…

Hehehe… takde la, skrip tu saya reka2 je… dia hadiahkan sebab dia nk hadiahkan je la. Mane ade saya cakap taknak ikut dia balik. Walaupun kalau ikutkan hati memang taknak balik. Dia pun same gak, kalau boleh ikutkan hati kami sama-sama taknak balik! Masa kat KLIA, saya menangis sebab mak, mak mertua dan kakak ipar saya menangis. Cis… hari tu masa mula-mula pergi tak menangis, kali ni pulak menangis. Sampai saat ni, saya belum call mak saya. Tak sanggup nak dengar suara dia. Kang saya menangis lagi. Bila dia dengar saya menangis, dia risau pulak saya tak happy. So, biar dulu la. Next week saya call.

Sampai je semalam, Ahmad dan wife dia kan main happy lagi. Ahmad kan main peluk lagi my husband. Wife dia pulak beria peluk saya. Terharunya! Bersungguh-sungguh diorang nak berbual. Tapi sebab dalam bahasa Arab, tidak le kami faham. Yang kami faham “ahlan”. Hari ni saya memulakan kelas Bahasa Arab dengan penuh keazaman, kalau pun tak pandai, dapat berbual sikit-sikit dengan Ahmad & his wife pun ok la. Masuk-masuk rumah, alhamdulillah tak berhabuk teruk sangat. Tapi perlu dibersihkan jugak la. Esok, cleaner kat embassy datang bersihkan rumah lepas dia habis kerja. Biasa la PEMALAS, mane nak bersihkan sendiri. Masak pun kalau ikutkan malas, dengan bahan-bahan memasaknya yang tak cukup lagi. Tapi terpaksa la masak jugak. Masak simple-simple je pun. Satu lagi membasuh pun terpaksa gak sebab dah menimbun, dengan cadarnye lagi saya nak kena ganti sebab berhabuk tinggalkan sebulan. Unpack tak lagi ni. Itu lagi la, PALING benci nak buat. Awal-awal balik ni, saya nak sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar. Hari ni nasib baik dah start kelas Bahasa Arab. Esok ada majlis khatam Quran kat Petronas. Tak boleh duk rumah sorang-sorang buat masa terdekat ni. Boleh meroyan mak nanti, Uolls!!!

Balik Malaysia adalah SANGAT BEST. Alhamdulillah dapat buat & makan semua yang dirancang & dihajati. Dapat puaskan hati semua yang tersayang. Termasuk dapat tengok hujan hari-hari. Bukan kumpulan Hujan, ye. Hujan malam & pagi. Fuhhh… nikmatnya! Cuma sedikit terkilan sebab tak sempat nak jumpa beberapa orang kawan yang saya berhajat sangat nak jumpa. Doalah banyak-banyak supaya kita panjang umur dan ade rezeki untuk berjumpa next time. Masa kat Malaysia, saya sempat berurut. Saje je la. Mak bidan kata lambat sikit nak dapat anak, saluran sempit. Doa la banyak-banyak. Tak pe la mak bidan, aturan Allah is the best. Dia tahu saya tak mampu nak menghadapi cabaran mengandung dan ada anak kecik kat sini. Nak jaga diri sendiri & suami je pun saya struggle! Tapi kalau ada rezeki mengandung kat sini, saya terima dengan senang hati dan bersyukur, Alhamdulillah.

Ok la, kain baju dalam mesin basuh menunggu untuk disidai. Urghhh!!!

 

4 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s