Kain baju

Standard

Tak paham aku kain baju kat rumah ni. Sejak balik hari tu tak berhenti basuh baju. Tapi bakul baju kotor tetap penuh. Bakul kain baju dah basuh makin penuh gak. Misteri betul! Boleh beranak agaknye kain baju tu sume. Ye la dah duk bercampur-campur laki pompuan dalam satu bakul kan.

bakul baju bersih

 

atas katil, menanti untuk dilipat sebab bakul da penuh. kat tempat sidai & mesin basuh ade gak lagi.

 

bakul baju kotor yang tak pernah surut

Pastu kain baju dalam almari pun turut beranak. Masa mula-mula datang dulu rasa baju sikit je. Takpela, bukan nak pakai pergi mana pun. Bukan keluar hari- hari macam kat Malaysia. Tapi makin lama makin bertambah pulak.

 

Hari tu balik Malaysia kami bawa 4 buah beg baju. 2 beg penuh dengan ole-ole. 1 beg penuh baju kami, 1 lagi beg tak berapa penuh, cuma isi sikit barang lain macam toilettries & mekap. So saya fikir balik nanti 2 beg yang penuh ole-ole tu mesti la kosong kan. Boleh la diisi dengan barang-barang makanan or keperluan lain yang nak dibawa ke sini. Tapi tak ok, sampai Malaysia asik la beli baju, beli tudung siap tempah baju kurung lagi. My husband yang masa di sini dia katabaju dia bawa T-shirt je tiba-tiba kat Malaysia beli pakaian ke pejabat selengkap-lengkapnya. From head to toe,ok! lagi melampau dari saya. Kemeja, seluar, suit sepasang, tie, kasut, stokin & singlet. spender toksah cakap la. Saya memang tau dia nak kene pergi opis kt Malaysia nanti tapi saya fikir dia boleh pakai T-shirt kolar je. Yela, da nama pun balik cuit. Sekali tak, kene pakai complete pulak.Masa packing time nak balik tu baru la kalut kan. Dah tak muat pulak beg-beg tu. Masa tu mak saya sampai cakap kalau tak muat tinggalkan la separuh, balik raya nanti tak payah nak berangkut banyaj-banyak. Tapi bila saya cuba pilih-pilih mana yang boleh ditinggalkan, saya rasa ishhh…ni kang nanti nak pakai nih. kang teringat- ingat pulak. Setelah bersusah payah baru la muat beg-beg tu.

 

Ingatkan setel la masalah kan. Sekali tak ok, sampai Dubai kami buat lagi. Padahal masa kat Malaysia dah berazam ni taknak beli baju lagi. Tapi bile sampai Dubai hilang ingatan, lupa diri. Teringat pulak kakak ipar pesan jubah anak-anak dia. Bapak mertua pun nak jugak sehelai. Balik hari tu ade kawan-kawan my husband yang tak dapat abaya. My husband pulak bila tengok ade jubah lelaki saiz dia yang jual dalam bin harga 15 dirham je, dia pun sibuk la nak beli 2-3 helai. Buat pakai pergi semayang jumaat katanya. Paling tak tahan nak pakai terawih nanti! Lambat lagi sayang oiii…  Saya pulak tengok ade shawl cantek-cantek 10 diham sehelai. Rasa macam rugi pulak kalau tak beli kan. Teringat blouse beli tadi takde tudung match lagi.

 

Bahaya betulkan?! Punya la tersasar, asalnya tadi ingatkan 2 beg yang penuh ole-ole tadi kosong balik sudan nanti, tapi tak beb, bukan saja 2 beg tu penuh kain baju, malahan kami terpaksa beli lagi satu beg baju kat Dubai! sekarang beg pulak beranak, dah jadi 5. Orang lain kumpul designer handbags, kami duk kumpul troli beg. Every time travel mesti akan beli satu.

 

stor yang hari tu kosong kini penuh semula dengan troli beg!

Azam & Kak Lyn dulu, masa diorang duk rumah ni diaorang ada 2 anak kecik. Tapi almari dalam master bedroom ade 1 je. Tapi kami yang hanya berdua ni perlu ada 2 almari! Hari tu almari my husband je yang penuh, seluar kerja kena tumpang almari saya. Now, dua- dua pun dah penuh. Saya dah kene pilih baju-baju yang dah tak boleh dipakai untuk dibawa balik raya nanti.Dalam pada tu, kalau la ade travel kemana-mana lagi sebelum balik raya nanti, beranak la lagi kain baju.

 

TOLONG INGATKAN AKU, SILA LA SEDAR DIRI!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s