Kisah Rumah Tangga (KRT)

Standard

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak jenguk sangat FB. Tapi hari ni tadi lama saya kt FB sebab saya terjumpa satu page yang menarik. Page tu namanya Kisah Rumah Tangga. Saya percaya ramai di kalangan kawan-kawan yang dah ‘LIKE’ page tu termasuk lah diri saya. Pada awalnya, saya ingat page tersebut menyediakan ruang untuk ahli-ahlinya berkongsi petua kebahagiaan hidup berumah tangga atau kisah-kisah lucu dan manis  tentang keluarga, tapi saya sangat terkejut bila saya baca notes dalam page tu bercerita pasal masalah rumah tangga. Rupa-rupanya page tu disediakan untuk menjadi medan luahan rasa tertekan kepada mereka yang mengalami masalah rumah tangga. So, kiranya ada sesiapa yang mempunyai masalah rumah tangga, dalam dilemma atau kebuntuan dalam hubungan suami-isteri boleh lah menulis note di page tu, maka nanti ahli-ahli lain akan memberikan pandangan dan nasihat malahan kutukan terhadap masalah tersebut di ruangan komen. Maaf la ye, setakat ni semua notes yang dah saya baca penulisnya adalah wanita.

Saya tak sangka masyarakat Malaysia, Melayu khususnya dah begitu terbuka sekarang.  Tak terfikir langsung ada orang akan sanggup berkongsi masalah rumah tangga di  FB page dengan strangers.  Pada setiap notes ade disclaimer yang berbunyi begini:

Nota: Hidup tertekan? Stress? Tak tahu nak luahkan pada siapa? Anda ada masalah dan gangguan emosi? Luahkan ke kisahrumahtangga@gmail.com. Kami akan siarkan di KRT dan dapatkan pandangan dari pembaca. Identiti anda akan dirahsiakan.

Ingatan: Luahan anda, tanggungjawab anda. Kami tidak akan bertanggungjawab akan kesan dan akibat dari luahan anda. Permohonan untuk delete masalah anda tidak akan dilayan.

Mungkin saya yang masih konsovertif. Entahlah, pada pendapat peribadi saya, saya tetap tak bersetuju masalah rumahtangga diwar-warkan untuk tatapan umum di internet. Memang lah menjadi lumrah kita manusia terutamanya kaum hawa kalau sesuatu perkara yang tidak mampu kita tanggung dan simpan seorang diri, kita perlu luahkan. Tapi cari lah tempat yang sesuai untuk meluahkannya. Keluarga dan kawan baik yang boleh dipercayai, mungkin? Saya perhatikan, ruangan tersebut tidak banyak membantu pun. Nasihat dan cadangan yang dilontarkan di ruangan komen kadangkala kurang bernas. Tidak kurang juga komen yang begitu general seperti, “sabarlah, Allah sedang menguji puan”, “berdoalah, agar semua ini berakhir dengan baik”. Ada juga diantara mereka yang tidak bersetuju dengan pendapat yang lain lalu mula bertengkar sesama sendiri. Kemudian ianya berlanjutan dengan sesi sindir- menyindir dan perli- memerli di wall page pula.

Sudahlah, bagi saya walaupun zaman dah berubah, dunia semakin maju dan moden tetapi biarlah yang patut disembunyi  itu kekal tersembunyi. Aib alam rumah tangga kita biarlah hanya kita dan yang kita percayai sahaja mengetahui. Apapun, ini adalah pendapat peribadi saya. Lain orang lain pandangan kan?

p/s: makin banyak baca kisah-kisah kat situ, makin seram rasanya sebab 1001 kisah masalah rumah tangga ade.

2 responses »

  1. aku penah jumpe page tu..dan aku juge tidak besetuju sama skali.. mcm membuka pekung di dada sendiri kan? hehe..
    ps:aku belum byr lagi weh! cis, baru tingat..akan ku bayar segera ehh pn.dian yg anggun🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s