Bukan Entri Biasa Hari Ibu

Standard

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Selamat Hari Ibu kepada Ibu saya Khairiah Jaafar & ibu mertua Rohana Husain. (Dah macam ucapan hari raya la pulak). I love U so much! Thanks for everything, mak & mummy.

Saya pun nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua kawan-kawan saya yang dah berjaya dapat ‘pangkat’ Ibu. Sure seronok diraikan pada hari ini kan? Bersyukurlah sebab rezeki uolls murah berbanding saya dan kawan-kawan lain yang masih belum bergelar ibu. Kepada mereka yang berpeluang meraikan hari ini bersama ibu dan sebagai ibu, korang patut sujud syukur 2 kali. Besar sangat nikmat tu! Bukan semua orang bernasib baik macam korang.

Jasa seorang ibu terlalu besar. Tak kisahlah ibu kandung atau ibu angkat bagi saya tarafnya sama. Kerana untuk melayakkan seseorang itu bergelar ibu bukanlah hanya sekadar mengandung dan melahirkan. Tetapi menyusukan, mendidik, memelihara, berhabis wang ringgit, bersengkang mata, bersusah hati menahan ragam anak.

Kalau sekadar mengandungkan selama 9 bulan 10 hari, lepas tu beranak kemudian buang, tinggalkan dalam tandas awam,campak  dalam longkang, dalam tong sampah, tinggalkan depan masjid, depan rumah orang, adakah itu layak mendapat darjat ibu? adakah layak di letakkan syurga di bwah tapak kakinya?

Dalam pada kita happy celebrate cuba kita renungkan sejenak perasaan seorang ibu yang ini:

Pilu...Wan Azleela. Ibu kepada tiga beradik yang lemas di air terjun Hutan Lipur Ulu Bendul

Ibu ni sebelum ni ada 3 orang anak tapi dalam sekelip mata kehilangan ketiga-tiganya sekaligus. Memang sedih. Saya yang belum ada anak ni pun menitik air mata baca kisah ni. Bagaimana agaknya perasaan ibu ni hari ni? Tabahlah ibu, anak-anakmu menanti di syurga. InsyaAllah.

Dalam pada kita gembira meraikan ibu kita dengan hadiah atau sekurang-kurangnya ucapan selamat hari ibu, cuba kita pakai ‘kasut’ budak-budak ini:

SEDIH... Suami mangsa, Zamri Hamat mencium Rashidah sambil memeluk Zaim, semalam. Gambar kecil, rumah mangsa.

Ibu budak-budak ni berkorban nyawa untuk mereka. Apalah agaknya makna Hari Ibu ini bagi mereka kan? Sila baca berita penuh tentang pengorbanan mulia ibu mereka ini di sini.

Sayangilah ibu anda setiap hari. Bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Sementara mereka masih bernyawa.

SELAMAT HARI IBU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s