Daily Archives: May 9, 2011

Ditinggal Pergi :'(

Standard

Saya akan ditinggal pergi lagi. Hari tu Renie, kali ni Emi pulakĀ  šŸ˜„ . Kepada yang baru pertama kali baca blog ni, Renie dan Emi adalah kawan baik saya di sini. Mereka ni macam saya lah, suami masing-masing bekerja di Malaysian Embassy. Buat masa ni, hanya kami bertiga sahaja isteri yang ada. Sebab orang lain kat embassy tu bujang. Emi dan saya sama-sama datang ke Sudan ni bulan Jun 2010. Renie pulak dah datang dari April 2010.

Sebelum ni saya pernah cerita yang Renie dah balik ke Malaysia hujung Mac hari tu untuk bersalin. Kebiasaannya orang Malaysia yang mengandungĀ  di Sudan niĀ  akan balik Malaysia pada kandungan mereka mencecah 4 bulan. Sini medical ficilities masih teruk, so orang taknak bersalin kat sini. Renie tak tau lagi akan balik semula ke sini atau tidak. Yelah, macam saya cakap tadi, medical facilities sini teruk, nak bawa baby ke sini memang leceh sikit lah. Tapi suami dia masih di sini, jadi ada kemungkinan juga dia akan bawa anak dia balik Sudan.

Emi pulak, dia patutnyabalik bercuti kat Malaysia hujung bulan ni sampai bulan Jun nanti. Lebih kurang saya hari tu la balik Malaysia sebulan. Tapi planning berubah, dia terpaksa balik ke sini lambat sikit. Masa mula-mula dia bagitahu tu saya dah down sikit dah. Yela, mereka je la kawan yang saya rapat kat sini. Dah tu dalam Jun – Ogos Petronita pun takde aktiviti sangat sebab anak-anak mereka summer break. Most of them akan balik Malaysia. Memang mati kutu la kan! To make it worse, something urgent happened dan Emi terpaksa balik Malaysia lebih awal. Dia kena balik esok! Perghhh… saya rasa sedih giler bila mengenangkan nasib dok sini sorang-sorang takde kawan. Agak terkilan jugak sebab tak sempat nak buat makan-makan untuk Emi sebelum dia balik Malaysia lama-lama ni.

Sedih memang sedih, tapi kehidupan terpaksa diteruskan juga. Tadi kami sempat keluar minum kat cafe ala-ala starbuck, nama cafe tu Barista. Kami lepak sekali dengan 2 orang lagi Malaysians. Kak Rozi & Kak Sham. Dioarang macam kami jugak, ikut husband keje sini. Tapi husband diorang bukan kerja kat embassy la. Saya harap lepas ni boleh lepak selalu dengan diorang pulak. Tapi diorang tetap takkan sama dengan Emi & Renie kan…tapi takpe la, at least ade gak kawan.

Tak sabar nak tunggu bulan 9 (lambattttt lagi tu!), sebab masa tu insyaAllah kawan-kawan saya (atau Emi saja) akan balik sini. Yeay! Mudah-mudahan saya akan tabah mengharungi hari-hari mendatang tanpa mereka. Mudah-mudahan jugak segala urusan mereka di Malaysia dipermudahkan Allah. Aminnn…