50

Standard

Sudan panas dan sangat kering sekarang ni. Dua tiga hari lepas ada kawan di sini post gambar dashboard kereta yang tunjuk suhu mencecah 50c. Setengah takat didih.  MasyaAllah, panasnye! Patutlah aircond kat rumah ni kurang terasa walaupun dah set 17c. Rumah saya ni pulak jenisnya kalau musim panas, panasnya lebih dari rumah orang lain dan kalau musim sejuk, sejuknya pun lebih jugak dari rumah orang lain. Tapi Alhamdulillah, Sudan ni humidity (kelembapan) rendah berbanding Malaysia, jadi suhu 50c pun orang masih boleh keluar rumah. Sekarang saya rasa cuaca sangat kering. Kalau di sini, nasi kalau kita biar bawah tudung saji, dalam beberapa jam mesti dah kering. Jadi, setiap kali lepas makan saya akan simpan dalam periuk semula. Tapi malam tadi, masa makan malam kami terpaksa berlumba dengan kelembapan udara. Kena makan cepat-cepat, sebab nasi tu saya hidang tak sampai beberapa minit terus kering!  Jadi sekarang ni kami memang kena minum banyak air untuk elakkan dehydration.

Rumah saya hanya ada satu aircond di ruang tamu. Dalam bilik tidur cuma ada blower. Kat sebelah luar, blower tu jadi tempat bertenggek burung merpati. Bulu & tahunya memang bersepah kat atas blower, sebelah luar tu. Jadi kami risau kebersihan udara setiap kali kami on blower tu. Kami perasan, setiap kali bangun pagi rasa macam tak sedap badan & lesu je. Berbeza semasa musim sejuk, kami tak on blower & kipas, kami bangun pagi rasa segar. So kami syak yang udara tak bersih bila guna blower. Lagi pulak kalau ghubar (sandstorm) tengah malam, baunya tu masuk ke dalam bilik. Selalu saya terjaga tengah malam sebab terhidu bau ghubar. Ye, ghubar ada bau yang unik. Macam bau kayu terbakar atau bau tanah kot.

ini blower dalam bilik

blower belah luar, nampak tu tompok2 tahi burung.

Jadi, sebab bimbangkan kesihatan kami, kami pakat tidur kat ruang tamu. Tidur atas sofa. Sofa tu rapatkan jadi macam katil. Kami ni kirenye sikitttt lagi nak jadi macam orang Sudan. Orang Sudan musim-musim panas mereka tidur kat luar rumah. Kami tak tidur luar rumah, luar bilik je. Orang Sudan tidur di atas sutuh (permukaan bumbung rumah) Kat atas tu lebih sejuk berbanding dalam rumah. Bumbung rumah kt sini rata je, sebab tu boleh tidur atas bumbung.

katil, siap dengan kelambu sekali di atas sutuh. gambar diambil dari tingkap bilik tidur.

One response »

  1. kak saya budak sekolah lagi tapi saya nak belajar masak macam aka buat tun
    umur saya 13 tahun .kat sekolah sya ada ajar masak tapi peninglah apa cikgu
    ajar tahu apa pun.aka boleh ajat tak saya banyak masa yang boleh aka ajar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s