Fiksyen: Bila Larut Malam

Standard

Malam itu terasa berlainan sekali. Dingin semilirnya semacam! di dalam bilik tidur sederhana luas, sepasang suami isteri sedang nyenyak beradu. Sesekali terdengar dengkuran si suami yang memecah keheningan malam.

Di luar rumah, anjing menyalak bersahut-sahutan. Seakan berpesta gamaknya. Kadanag-kadang bunyinya seakan sayu. Malam itu sunyi sepi sekali. Mungkin sebab dah larut malam, kereta yang lalu- lalang dah semakin kurang. Cuma ada lah dua tiga ekor pelesit rempit menunjuk lagak hero di jalanan depan rumah mereka.

Tiba-tiba si isteri, Maya terjaga dari tidurnya. Tidur lenanya diganggu mimpi ngeri akibat tak solat isyak sebelum tidur. Sepatutnya, kesempatan terjaga di tengah malam diambil untuk menunaikan solat, kalau rajin solat tahajjud sekali. Terjaga di tengah malam adalah rezeki bagi yang mahu mencari pahala lebih. Namun sisa ketakutan mimpi ngeri menguasai Maya. Sehingga dia lebih takutkan mimpi daripada Penciptanya.  Kewajipan Isyak terus diabaikan. Mata dipejam rapat-rapat, cuba menyambung tidur.

Salakan anjing di luar masih berlarutan. Maya semakin ketakutan. Dia rasa tak sedap hati. Nak bangun menjenguk, jangan haraplah! Dia rasa semacam, macam ada mata yang sedang memerhatikan dia.

Hati semakin gelisah, “bang, bang, bangunlah”. Amir mendengus kasar, “isyhhh…kenapa??!” Sambil mata terpejam dan dengkuran bersambung. Maya tak putus asa, “bangunlah bang… saya takut nih!” Amir yang agak panas baran jadi hilang sabar. Dia memang pantang kalau tidurnya diganggu. Apatah lagi esok dia ada mesyuarat penting untuk dipengerusikan.  “awak boleh tak jangan kacau saya nak tidur? Esok saya kene pergi kerja! Awak lain la, duk rumah je!Kang saya lempang jugak awak ni kang!” Maya semaikn takut, peluh sejuk mula terbit di dahinya. “Bang, cuba awak dengar kat luar tu. Ada hantu kot kat luar tu,Bang. Anjing-anjing tu bising dari tadi menyalak sayu macamtu!” Amir malas nak melayan isterinya yang penakut itu. ” Biarlah anjing-anjing tu menyalak. Dah namapun anjing, memang macamtu lah bunyinya. Kang anjing-anjing tu mengiau awak pelik pulak!”

Tidur mereka malam itu diteruskan dengan menyaksikan Amir tidur di luar rumah. Maya hilang sabar dengan jawapan tak kelakar Amir. Lalu diseret Amir ke luar rumah mereka.

“Maya sayanggg…bukak la pintu, abang takut anjing menyalak sayu!”

“Biarlah anjing tu menyalak, kang kalau anjing mengiau abang pelik pulak!”

Moral of the story:

1. Sebelum tidur pastikan solat isyak dulu.

2. Jangan kacau suami yang nyenyak tidur semata-mata kau takut dengar bunyi anjing menyalak.

3. Jangan buat lawak tak kelakar bila bini kau mengadu takut, ok!

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s