Resepi Kek Coklat Kukus

Standard

kek coklat sememeh namaye

Umur lagi beberapa hari nak masuk 30 (hint birthday dah dekat *wink*wink*), baru la terhegeh-hegeh nak try buat kek. Itu pun main kukus-kukus je. Bakar-bakar belum berani. Daripada minggu lepas tekak ni asyik teringin nak makan kek coklat je. Try la google cari resepi yang mudah, sekali terjumpa satu resepi ni. Mamashikin.com Bahan-bahannye pun ade, jadi saya pun dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim pun mencuba lah. Tapi dalam resepi Mamashikin tu dia tak buat topping, saya saja-saja tambah sendiri. Jom kita semak resepi kek coklat kukus saya!

Bahan-bahan:

Terbahagi kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama, dicampurkan dan dimasak hingga sebati:

1 cawan susu cair (saya guna fresh milk)

1 cawan serbuk coklat (saya guna jenama cadburry)

1 cawan susu pekat manis

1 cawan gula

sedikit serbuk penaik

1 sudu besar esen vanilla

1 cawan minyak masak (masukkan last sekali)

Bahan untuk dikisar (guna blender)

1 cawan tepung gandum

4 biji telur

Cara-caranya:

Bahan-bahan yang dikisar tadi disatukan dengan bahan-bahan yang dimasak & gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang kemudian kukus sampai masak. Bila dah masak, biar kan sekejap, biar dia sejuk sikit.  Saya tadi tak menyabar nak keluarkan dari loyang, pecah & berderai sikit kek tu. Tapi saya cepat-cepat masukkan balik & cover dengan topping.

Bahan-bahan topping:

Coklat masakan

Sedikit butter

Cara:

Cairkan coklat dengan kaedah double-boil, bila coklat dah cair, masukkan butter dan kacau sampai cair. Kemudian, tuang/ sapu atas kekdan sejukkan kejap dalam peti ais.

Thank you to Kak Yulie sebab ajar saya kaedah double boil & bagitau kene biar sejuk dulu baru loose kan untuk keluarkan kek dari loyang.

SELAMAT MENCUBA!

3 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s