Kisah Seekor Monyet dengan 3 Angin

Standard

Assalamualaikum

Satu kisah menarik yang saya kutip dari sesi halaqah minggu ini.

Kisah seekor monyet yang memanjat sepohon pokok. Terdapat 3 jenis angin yang memerhatikan tingkah laku monyet tadi. Ketiga-tiga angin tadi mencabar sesama sendiri yang masing-masing akan dapat menjatuhkan monyet tadi.

Angin yang pertama ialah angin yang paling kuat sekali. Angin ini dengan bongkaknya mengatakan, “aku akan jatuhkan monyet tu dalam masa beberapa saat saja”. Lalu angin pun berhembus sekuat hati. Menerbangkan segala benda yang dirempuhnya. Namun pokok masih teguh dan monyet masih bertahan memeluk batang pokok. Angin paling kuat pun give up.

Kemudian angin yang kedua pula mengambil tempat. “Aku akan jatuhkan monyet itu dalam masa beberapa minit sahaja”. Lalu angin berhembus umpama taufan. Namun monyet tadi masih kukuh pegangannya pada batang pokok tadi. Angin taufan pun mengalah.

Angin sepoi- sepoi bahasa pula ingin mencuba nasib. “Aku akan cuba jatuhkan monyet itu”. Angin berhembus perlahan, sepoi-sepoi bahasa lah katakan… Perlahan dan nyaman sekali. Monyet tadi sampai tertidur dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Semakin lama, semakin longgar pegangannya. Lalu batang pokok yang tadi dipeluk erat terlepas dari pelukannya dan monyet pun terjatuh.

Pengajaran cerita:

Pengangan atau pelukan monyet tadi adalah umpama jati diri dan pendirian hati manusia. Manakala angin pula adalah ujian bagi manusia. Kebanyakan manusia kalau diuji dengan ujian yang kuat, pegangan dan jati dirinya akan semakin kuat. Biasanya manusia akan lulus dalam ujian yang kuat. Sebab kita akan sentiasa memujuk hati dan berkata, “ini ujian”. Tetapi manusia selalu leka malahan tidak sedar dirinya sedang diuji dengan ujian yang kecil & sedikit. Ujian itu sedikit demi sedikit telah menggoyahkkan jati dirinya dan lama kelamaan mengubah dirinya menjadi yang lain. Inilah pentingnya memiliki jati diri yang kuat, agar kita lulus dalam semua bentuk ujian yang diberi.

Mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dari cerita tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s