Cairo & Alex 2011

Standard

Entry basi basian namanye nih. Dah dekat seminggu balik baru nak post. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik dari Cairo & Alex. Kami pergi 23 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011. Kali kedua kami ke Egypt. Egypt tenang selepas revolusi Januari hari tu. Dah selamat dah kalau nak berjalan ke sana sekarang. Cuma hari Jumaat (27 Mei 2011) masih ade rakyat yang keluar berdemo di Tahrir Sq. Mereka tak berpuas hati dengan kerajaan interim. InsyaAllah presidential election bulan September ni. Tapi rakyat nak constitution baru digubal dulu sebelum election. Saya dengar cerita dari ustaz Mat (pemandu pelancong kami) yang masa Hosni Mubarak letak jawatan hari tu, rakyat Mesir sangat happy. Tuan-tuan rumah sewa beri free sewa sebulan, kedai-kedai termasuk di shopping-shopping mall beri diskaun gile-gile. Dia kata rugi tak datang masa tu! =) Ustaz Mat ni pelajar Universiti Al Azhar. Beliau berasal dari Pattani. Dah 18 tahun tinggal di Mesir. Dari sekolah menengah lagi dia dah datang belajar kat Mesir. Semasa revolusi hari tu dia tak lari, tapi menurut cerita dia dan mereka (kawan-kawan kami di sana) yang saya jumpa, keadaan masa tu pada mulanya memang menakutkan. Mungkin sebab kite tak pernah ada pengalaman jadi macamtu kan. Bunyi tembakan sana sini, kalau jenguk kat bawah rumah (apartment) nampak orang pegang AK47 merata-rata. Rupa-rupanya mereka tu vagilante yang sedang menjaga neighbourhood tu. Sekali sekala akan lepaskan tembakan untuk beritahu orang yang diorang sedang berjaga dan bersenjata. Mereka semua yang saya jumpa hari tu tak pulang ke Malaysia semasa revolusi. Yang balik masa tu students je.

Kali ni saya nak share banyak pasal Alex je ye. Pasal Cairo saya dah pernah cerita dalam entri Kota Seribu Menara. Cuma kat sini pasal Cairo tu saya cerita sikit-sikit je la. Sebab kami tak buat apa sangat kat Cairo kali ni. Kami just pergi shopping malls and Downtown je. Kali ni kami relax sikit. Yela, pergi second time takkan la nak pergi piramid & masuk muzium lagi?

Kami sampai kat airport Cairo, Terminal 3 pukul 9 malam 23 Mei 2011. Ustaz Mat dah menunggu kami. Kami dah kenal ustaz Mat ni masa first time datang dulu dan kami selesa dengan dia. Siapa-siapa nak melancong ke Cairo elok lah amik pemandu pelancong sebab sana jem teruk dan parking terhad kalau nak sewa kereta sendiri. Ramai je students Malaysia yang buat part time keje macamni. Kalau nak no telefon Ustaz Mat pun saya boleh beri nanti. Ustaz Mat ni kelebihan dia ialah dia berilmu. Kalau dia bawa kita, mulut dia akan sentiasa bercerita tentang tempat tu. Lengkap dengan hadis dan firman Allah yang berkaitan. Dari airport kami terus ke Mohandissein. Rumah  kawan kami. Kami menumpang kat rumah diorang la sepanjang kami di sana.

Esoknya, kami ke City Star. Shopping complex la. Biasa la kami kalau pergi mana-mana harus ke shopping mall dulu. Maklumlah, duk Sudan takde shopping mall. Jadi tiap kali keluar dari Sudan mula la kaki ni gatal nak mengukur shopping complex! Kat sana kami beli laptop. Ok, satu benda dalam wishlist dah tercapai. Harganya kalau ikut brand & spec, murah sikit dari Malaysia. Keluar dari pagi ke malam kami memang pergi City Star je. Malam tu balik, pergi steakout, restoren bawah rumah. Celebrate my birthday!

birthday girl!

boyfriend i belanja malam tu..hehe..

Esoknya kami pagi-pagi dah gerak ke Alex bersama Ustaz Mad. oh, lupa nak bagitau. Kali ni kami banyak naik teksi. Sebab kali kedua ke Egypt kami dah reti la sikit-sikit. Teksi kat Cairo ada 2 jenis. Teksi hitam- tak pakai meter. Teksi putih- guna meter. Kami amik teksi putih yang sepatutnya ada aircond. Biasanya kereta baru berbanding teksi hitam yang sangat lama dan kebanyakan takda aircond. Tapi biasa la diorang ni cekik darah. Nak aircond dia kenekan extra charge. Pastu ade tu takde adab, pasang aircond tapi merokok pulak. Kalau korang pergi Egypt, pastikan tau la sikit-sikit bahasa Arab. Sebab most of them tak reti English. Dalam hal ni saya rasa Sudan better. Sebab ada sesetengah tempat yang diorang tak tau nama english. Contohnya Downtown, nama Arabnya Wasatil Balat. Masa kat sana saya sempatla praktik kan pelajaran Bahasa Arab saya. Arab broken la. Tapi ok gak, sebab diorang faham & saya pun boleh faham sikit-sikit ape diorang cakap. Mesir diorang guna bahasa arab ami (loghat) walaupun saya dengar jauh beza dengan fushah (baku) tapi diorang masih boleh faham.

Ok, sambung cerita pergi Alexenderia. Kami dinasihatkan bergerak pagi sebab perjalanan mengambil masa 3-4 jam. Sepatutnya 2 jam je, tapi sebab Alex Desert Rd (highway) tengah naik taraf, perjalanan jadi panjang. Sepanjang perjalanan memang padang pasir je. Sampai je Alex, kami terus ke Citadel. Kubu Salahuddin Al- Ayyubi. Sila baca link ini kalau nak tau siapa Salahuddin Al Ayyubi.

dah sampai Alex da ni. 4 jam perjalanan Alex Desert Rd takde R&R. Sampai-sampai harus terjah toilet. Nasib baik toilet ok.

Dekat-dekat dengan citadel ni jugak ade Muzium Ikan. Kami masuk muzium dulu sebelum masuk dalam citadel. Tiket EGP 5 (RM2.50) je.Muzium ni kecik je sebenarnya.

tulang ikan yu sepanjang ruang bilik tu. Ini tulang rangka je, agaknya besar mana lah saiz ikan tu sebenarnye kan? Tula, tak mustahil Nabi Yunus dulu boleh duduk dalam perut ikan yu kan?

Ikan dugong jantan. Siap ade dia punya 'tuuut' lagi.

ini yang betinanya pulak. pun ade gak 'tuuut' dia!

kura-kura gergasi yg dah dikeraskan kot.

permandangan dasar laut katanye...jadilah, nak dive takut air hehe.

Lepas tu, ke citadel kita!

depan citadel

Nak masuk sini pun ade tiket. Kalau tak silap EGP 25 untuk dewasa. Pintu masuk kawasan ni sebelah tepi. Macambiasa la kalau ke Mesir, masuk tempat-tempat pelancongan & shopping complex kene scan bag & badan. Nampak dalam gambar macam panas terik kan, tapi sebenarnya udara kat sini nyaman. Angin sejuk. Kubu ni dibina atas tanjung, so dia mengunjur ke laut.  Kagum dengan senibinanya. Orang zaman dulu buat, tahan sampai sekarang masih kukuh.

Ada masjid kat dalam citadel

Citadel yang kami pergi di Cairo dulu pun Salahuddin Al Ayyubi punya. Di sana lebih besar. Masjid ada bangunan lain dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Kat sana saya tengok selamba je mat saleh-mat saleh tu masuk masjid. Tak faham kenapa kat Malaysia jadi isu pulak dulu pasal orang bukan islam masuk masjid.

miniature

citadel tu 2 tingkat. haruslah akak somput kan..akak da tuo..rehat jap.

bot-bot nelayan bawa hasil laut yang fresh! yummmy... *jilat bibir*

eh, iye ke bot nelayan tu??? macam bukan je…penipu la akak ni! hehe..ntahla, den main taram yo!

ini iye kot kapal nelayan bawa ikan

syokkknye..tepi laut ni.. rs taknak balik!

Sure korang bosan, balik-balik pompuan ni enterframe. Nak buek camno, ko yang masuk blog akak! hehe.. Lagipun kami berjalan berdua je time ni..yang jd camera man laki akak, memang penuh gambar akakkkk je la. kadang-kadang akak jd camera woman, akak amik gambar dia plak. sekarang ko pilih, nak tengok gambar dia ke gambar akak? hehe.

ok la..tukar la tengok gambar laut plak.. Mediterrnean Sea...subhanallah! cantik kan?

orang picnic & memancing

Dah la tu, jom kite pergi tempat lain pulak. Destinasi seterusnya ialah …..

roman theater. Gali2 nak buat rumah, terjumpa benda ni.

Nak masuk ade tiket. EGP 25 sorang.

tapi kami kedekuttt… tengok dari luar je. Takde ape sangat pun, yang ada dalam gambar tu je la. lagipun dah kebulur masa ni.

On the way pergi tempat makan, kami singgah library Alex University. Tak masuk pun dalam library. Kat perkarangan luar je, saje-saje sebab tempat tu cantik. Situlah jugak area penduduk Alex berkumpul masa revolusi hari tu.

ramai muda mudi melepak

tua - mua pun ade gak..hehe..

ustaz mat dok kata ini air laut diterbalikkan. kolam je la ustazzzz!

Kalau yang lelaki boleh cuci mata. Awek cantik-cantik, pakaian bermacam fesyen. 1000 orang lalu, 1000 fesyen. Jangan kata lelaki, saya pun ralit perhatikan diorang. Fesyen tudung, baju menarik dan sesuai dengan diorang. Diorang tu pakai tudung lilit tang mana pun kena je dengan muka. Agaknya sebab mereka ni muka dah memang lawa sebab tu pakai macamana pun nampak cantik. Hidung terpatuk, pipi putih gebu.

sekarang percaya tak???

Kalau hidung tak baper mancung, da tu pipi plak tembam. Ala-ala tengok dari tepi tu hidung tak nampak sebab pipi terlebihkan, tak payah la berangan nak bergaya dengan tudung pelik-pelik. Nak tengok contoh muka orang mcmamtu? Jap eh…

hik..hik..hik..see, hilang terus hidung dek pipi tersorong-sorong!

Perut pun dah lapar, dari library kami ke restoran makanan laut. Wajib la makan seafood, udang, ikan, ketam sotong sume segar-segar. yummmy!

tapi jalan jem teruk! yang kaler hitam-kuning tu teksi, kereta lama cap LADA, Russian made. Tahun 60-an or 70-an kot.

Restoran Kadoura

udang & sotong goreng tepung

Ketam. Tak tau masak macamane, sedapppp sangat!

Ikan bakar, tapi ikan ape pun tak tau. Isi lembut & manis.

 Makan tak boleh la nak berlengah-lengah sangat. Lepas makan nak ke Mumtazah pulak. Nak pergi King Farouk Palace. King Farouk, is the last royal family of Egypt and Sudan. 

King Farouk Palace, Mumtazah

Sangat luas dan cantik kawasan istana tu. tepi laut lagi. Kat tempat ni kami tengok banyak anak-anak muda Alex berdating. bawah pokok, kat pondok wakaf even dalam semak pun ade je remaja berdua-duan. Serious! dalam semak tu paling tak sangka sekali, masa tu saya tengah jalan-jalan nak amik gambar tibe-tibe nampak semak tu bergerak-gerak, then dengar orang mengekek-ngekek ketawa. Terkojut akak! Terjerit jap akak kat situ. Ingatkan hantu laut ke ape kan, sekali pasangan kekasih da… Ustaz Mat kata tempat tu memang tersohor tempat orang berendek. Datang time terang macamtu la, kalau datang malam, dah gelap lain pulak permandangannye… Bile nak tangkap, diorang marah sebab nak masuk kawasan tu kene beli tiket. EGP 12 sorang, kami masuk bertiga kene bayar EGP 48. Bile tanya nape EGP 48? 3×12 kan 36? Dia kira dengan kereta sekali. Huhu!

Dari Mumtazah, kami pun bergerak balik ke Cairo. Tak boleh gerak lewat-lewat sangat sebab Alex Desert Rd tu ngeri sikit kalau lalu malam-malam. Lampu jalan takde, gelap. Perompak banyak pulak malam-malam tu. Alhamdulillah, kami sampai Cairo dengan selamat malam tu.

Adeh, panjangnye entri ni.  Ok la, cerita pergi Alex dah tamat. Esok dan hari-hari seterusnya kami di Cairo je. Kami pergi Downtown beli jaket kulit. dapat lah saya jaket kulit kaler merah idaman hati. Murah sangat harganya. Kalau korang ke Cairo, wajib beli ok. Selain tu kami pergi Mall of Arabia. Shopping mall terbaru dan terbesar di Egypt. Tapi masih banyak kedai yang belum dibuka. Kami takde la shopping sangat, sekadar cuci mata je. Kat Egypt ni walaupun duit dia murah berbanding RM tapi barang-barang import macam baju-baju tu sume masih mahal. Yang murah tu barangan tempatan je macam jaket kulit dan kristal. Oh, cakap pasal kristal kami tak sempat nak pergi beli crystal chandelier kat Asfour. Nampak gaya macam ade peluang je kami ke Cairo lagi! hehe… saya ok je. Mana-mana tempat luar dari Sudan ni best bagi saya. Huhu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s