Ghubar (ribut pasir)

Standard

Sabtu - 11.06.11, Gambar ini aku ambil dari atas salah sebuah bangunan pd jam 6.45 ptg di Khartoum, ribut pasir terburuk yg pernah aku lalui selama di bumi Sudan...dari pagi tadi hingga skrg belum reda,malahan bertambah buruk (skrg jam 10.55 mlm)...(ribut pasir ini berada di tahap 5 mengikut sumber dari jabatan kaji cuaca Sudan)- photo & caption courtesy to Mohamad Erwan

Dari pagi sampai ke petang, persekitaran di luar berwarna oren macam waktu senja. Mujur sepanjang hari kami duduk di rumah sahaja. Memang tidak bercadang nak kemana- mana pun. Cuma malam ke rumah rakan untuk memenuhi undangan makan malam. Alhamdulillah, selepas maghrib keadaan dah reda sedikit.
Dalam pukul 10.30 malam, kami mohon diri pulang ke rumah. Turun je kat lobby (apartment), MasyaAllah tengah ghubar rupanya! Mata, hidung pedih sebab masuk habuk. Muka pula macam pakai bedak debu, baju, seluar, tudung jangan cakap la, penuh debu! Cepat-cepat masuk kereta sambil tergelak-gelak sebab rasa macam orang gila keluar time ghubar! Tapi kami tengok local people relax je berjalan-jalan tengah-tengah ghubar.
Jalan raya yang sedia kala gelap sebab ketiadaan lampu jalan bertambah gelap, limited visibility. Suami memandu perlahan, jalan pun dah tak berapa sure sampai tersesat-sesat! Saya ni risaukan eksiden. Takut terlanggar orang, terempuh pokok, ternaik atas divider. Alhamdulillah, lepas keadaan tu reda dapat lah kami cari jalan pulang. rupa-rupanya ghubar datang bawa hujan.
Hujan yang turun telah membersihkan permurkaan kereta yang berdebu. Ghubar juga bawa angin yang sejuk. Alhamdulillah, hari ini suhu di Khartoum rendah sikit. Suhu pagi yang kebiasaannya 36-38c, pagi ini 27c.
Kebiasaannya di sini macamni lah, setelah seketika suhu panas sampai mencecah 50c, datang lah ghubar membawa hujan dan angin sejuk, maka keesokkan harinya suhu akan rendah, udara terasa sejuk dan nyaman. SubhanaAllah, itulah tanda Kebesaran, Kekuasaan dan Keadilan Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s