32

Standard

Hari ini birthday dia yang ke-32

 

Saya hanya buatkan dia kek kukus gula hangus dan bekalkan dia ke office pagi tadi supaya dia dapat makan sama- sama dengan kawan-kawan di office. Jadilah… itu je kek yang saya reti.

Tiada hadiah. Ni lah dia, nak beli kan hadiah, duit pun saya takde. Kat sini nak beli apa pun tak tau! Nak beli kad, nak buat surprise tapi susah sebab nak pergi kedai beli kad pun tak boleh pergi sendiri. Teringat pulak nak tanya ustazah Bahasa Arab saya, kat African University tempat dia study tu ade tak agaknya jual birthday card? Kalau ada, saya mintak tolong dia belikan. Kebetulan hari ini saya janji nak amik karipap frozen yang saya order last week kat rumah dia. Alhamdulillah, ada. tapi suami saya singgah terus ke rumah ustazah dari office lepas balik kerja petang tadi. Nasib baik ustazah saya bijak, dia selitkan kad tu dalam buku Bahasa Arab! hahaha… selamatttt….

Dia sampai rumah saya dah siap memasak dan berhias. Yess, mekap bagai! Dia pelik, apsal pulak ni? Yela… hari nikan birthday u! U da masak lum? Kita takde plan nak dinner kat luar kan? Dahla… u jangan la risau!huhu.

Sambil-sambil saya menghidang, saya nampak dia tersengih sorang- sorang tengok Nora Elena. Cehhh.. selama ni duk kutuk Seth Tan tu abang gagah…abang gagah… isy..tak penat ke control macho? tak penat ke kene jadi gagah setiap masa? tapi lama-lama dia layan gak…

 

tarrraaa.... ini lah hasilnya! candle light dinner, tapi terang benderang time ni pukul 5.30 pm. masih siang lagi, sebab tu terang.

 

Saya masak nasi ayam je. Cuma hias-hias sikit. Pakai set pinggan mangkuk yang jarang guna tu. Yang hanya keluar time ade orang datang je tu. Pastu airnye tembikai laici. Masa saya panggil dia makan, dia terkejut. Kire menjadi lah surprise ni. Wah..siap ada lilin! wah…ade card! Bila masa u beli? Kat mana u beli? Oohh..romanticnye! huhu…adelah..mane boleh bagitau u!

Happy birthday, sayang.

Semoga panjang umur & murah rezeki.

Semoga Allah sentiasa memberkati you.

I love u, ya habibi!

3 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s