Berani Bermimpi

Standard

Semua orang ada impian. Masa kecik-kecik dulu mesti selalu berangan nak rumah besar, nak kereta mewah, nak pakaian dan accessory berjenama. Selain tu semua orang pun mengimpikan isteri yang berbadan slim macam masa zaman mengorat dulu, suami seromantik Seth Tan, anak-anak yang comel macam baby Suri. Tapi, semakin kita dewasa kita semakin pandai berfikir secara realistik. Semakin nampak benda lebih logik. Macam saya sekarang ni la, dulu berangan nak ade rumah banglo tepi laut, ade swimming pool bagai, pandu BMW.  Tapi bile kerja sekadar macai, tau la yang termampu hanya rumah teres  pastu drive kereta cap proton atau perodua je. hehehe… Iye, itu memang realiti. Memang hakikat yang perlu diterima. Kata orang, ukur baju di badan sendiri.

TAPPPIIII!!!!

Kita masih boleh bermimpi. Kena berani bermimpi berangan macam-macam. Sebab sebagai manusia, kerja kita merancang dan berusaha. Yang menentukan mimpi jadi kenyataan atau tak tu kerja Tuhan. Jadi jangan takut untuk bermimpi. Impikan lah apa saja. Biarlah orang keliling kata tak lojik, tak berpijak di bumi nyata sekali pun. Sebab ini mimpi kita. Namun, perlu terima hakikat kemungkinan mimpi kecundang, itu namanya bukan rezeki kita. Berlapang dadalah  &  ciptalah mimpi baru laluteruskan bermimpi. Hidup kita umpama larian yang mesti ditamatkan. Kalau terjatuh, luka. Bangun semula, lap-lap luka kat kepala lutut tu dan sambung semula larian tadi. Menang atau kalah belakang kira.

DAANNN….

Bila bermimpi, jangan leka dengan mimpi dunia sahaja. Try bermimpi pasal alam kubur & alam akhirat. Itu lah mimpi yang paling mustahak sebenarnya. Mimpi yang WAJIB kita pastikan tercapai. JANGAN sampai kecundang mimpi yang ini, ye! Hidup kene wasatiah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s