Jun, Bulan Makan-Makan

Standard

Bulan Jun, bulan busy. Bulan Makan-Makan di rumah kami. Mula-mula farewell PA lama & EO dan meraikan kedatangan PA baru. PA lama dah selamat balik Malaysia for good pada 10 Jun 2011 setelah 4 tahun di Sudan *super jeloussses* EO pulak akan cross ke Berlin insyaAllah pada bulan Julai. So farewell kite buat serentak, sebab tetamu yang dijemput mejoriti orang yang sama. PA baru pun sampai sini 5 Jun 2011, jadi kita raikan sekali sambil memperkenalkan dia & family kepada kawan-kawan kami kat sini. Kebetulan pada 6 Jun 2011, genapla setahun kami berjaya survive hidup kat Sudan ni. Jadinya majlis malam tu ialah 3 in 1 – Farewell, welcoming & anniversary. =) Syukur, alhamdulillah. Harap-harap kami akan berjaya bertahan untuk setahun lagi. Gua bajet 2 tahun je beb! Dah nama hardship post, memang kalau ikut perkeliling 2 tahun saje.

gambar hidangan yang sempat dicapture, tak sempat nak snap yg lain tetamu dah sampai.

 

Tetamu malam tu dalam 20+ je. Saya masak sendiri je. Buat majlis untuk dinner ok sikit, sebab masa untuk prepare tu panjang. Masak pun simple- simple je. Nasi putih, ikan sweet sour, asam pedas tulang, sayur campur, bihun goreng. Pastu dessertnye agar-agar peach yang lembik.  Geram betul, selalu buat ok je time nak jamu kat orang dia sabotaj gua pulak! & buah tembikai. Air kordial manggo. Pastu ade tetamu datang bawa agar-agar dan kek lapis.

antara tetamu yang hadir

 

Bob, PA lama sedang memberi ucapan selamat tinggal, Khartoum dengan nada gembira. *aku yg sayu, jelos*

 

Epul, EO yang akan cross ke Berlin setelah 5 tahun di Khartoum *Epul, kirim Mercedes sebijik*

 

Marhaban, bika! En Nasir PA baru my husband. En Nasir dah kawen, anak 2. Meriah sikit Malaysian Embassy sini, ade budak-budak.

 

host sedang beri kata-kata aluan. Banyak tolong saya masak untuk majlis malam tu. I love u lah!

 

tetamu lelaki...lepak-lepak lepas kenyang makan.

 

mangsa keadaan malam itu

 

Ikan tu, masa tengah masak baru perasan sos tomato yang dibawa dari Malaysia dah expired. Nak beli memang dah tak sempat. Terpaksa ganti dengan air asam jawa untuk dapatkan rasa masam. My husband tolong kacau-kacau kuah dan komen rasanya. Tak sangka pulak tetamu kami suka rasa ikan sweet sour yang tak cukup bahan tu. hehehe.. Habis, tinggal tulang je. Dan, dan suamiku claim dia yang masak ikan sweet sour tu. Ceh!

Ok, setel satu majlis. 8 Jun 2011 ambassador baru sampai bersama family. So, 10 jun 2011 kita buat makan-makan lagi untuk raikan kedatangan beliau. Tapi kali ni saya tak masak. Kita order je dengan students Malaysia. Diorang business catering. Menu nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging dan acar mentah. Saya cuma masak mee (spaghetti)  goreng dan puding milo as a dessert. Kali ni lebih relax, yela aku mengelat tak masak! Masak sikit-sikit je. hehe… Hei…saya membantu adik-adik students tu belajar berdikari mencari duit sendiri, tau. Kita beri diorang business ape. Kalau diorang pandai cari duit sendiri masa tengah study kat tempat macam Sudan ni, nanti balik Malaysia confirm mafi musykillah (takde masalah)! ok..ok… people get it, Dian. Tak perlu justifikasi. Tetamu pun 20 lebih je macam hari tu.

hidangan malam itu..tgk gambar ni teringat-ingat rasa makanan-makanan ni. terus lapar!

 

puding milo yang baik hati, tak banyak ragam malam tu. terima kasih,ye. yang bertutup2 tu buah tembikai.

 

TYT Duta Besar Malaysia di Sudan (baju biru, paling kanan)

 

puan duta & anaknye..poor boy..the weather here is quite harsh masa dia sampai. Demam.

 

tetamu kami malam tu 1 Malaysia. Ade chinese Mr Kenny & his worker. Mr Kenny is a businessman from Malaysia. Ade bengkel kereta kat sini.

 

Malays ade ramai. Yang dalam gambar ni En Zuhairi (kiri), from Petronas. Indian, Mr Vela. Kerja dengan UN.

 

Last but not least ialah semalam (21 Jun 2011) punye morning coffee. Ladies only. Tujuannya ialah untuk introduce Puan Duta yang baru kepada Malaysian ladies in Sudan. Tak ramai pun dalam 13 orang je. Sebab now sekolah tengah summer break so ramai yang balik Malaysia. Masak sendiri saje. Bihun goreng, nasi goreng kampung, apam gula hangus & popiah. Tapi saya menggelabah sebabnye majlis pagi kan…aku ni masalah sikit nak bangun pagi. Pressure sebab terkejar-kejar lepas masak nak kemas rumah. Dapur especially. Terima kasih kepada Kak Maz (wife en Nasir) sebab dia datang awal dan tolong saya kat dapur. Tetamu balik pukul 12.30, saya nak kene berkemas pulak. Basuh pinggan dan simpan balik set-set pinggan mangkuk & cawan yang guna tadi. Penat betul! hasilnye, bangun pagi dengan sakit kepala, gastrik dan sakit belakang. Gastrik sebab last proper meal yang masuk dalam perut ialah isnin lepas masa berbuka. Semalam dah penat-penat masak saya dah tak de selera nak makan betul-betul sampai la ke malam. Tapi, hikmahnya hari ni dapatlah saya berehat duk rumah je. Kalau tak ade aktiviti lain pulak hari ni. Gambar morning coffee semalam memang takde sebab tak sempat nak amik gambar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s