Rezeki Terpijak

Standard

Tahun pertama beraya sebagai isteri, saya dapat beraya di kampung saya. Gembira tak terkata sebab dapat beraya dengan mak dan adik-adik saya masa tu. Ingatkan dah kahwin kene la ikut suami balik raya kampung dia. Alhamdulillah suami beri peluang beraya di kampung saya dulu. Tapi kami dah sama-sama faham, walaupun hari raya pertama kami beraya di rumah mak saya, kami tetap akan balik beraya di kampung suami di Kelantan juga. Macam tahun 2009 dulu, hari raya kedua kami pulang ke Kelantan. Begitulah perjanjian kami untuk tahun-tahun yang seterusnya. So, kalau hari raya pertama kami kat Kelantan, kami pun akan balik beraya di Negeri Sembilan pada hari raya kedua atau ketiga.

Tahun lepas, kami tak balik mana-mana kampung. Kami beraya di Sudan. Kami baru je sampai Sudan bulan Jun, raya pulak bulan September. Baru 3 bulan meninggalkan Malaysia. Cop kat passport pun tak kering lagi! =). Lagipun nak jugak ada pengalaman beraya di perantauan. Merasa lah menangis tersedu-sedu pada malam raya. Sorang- sorang kat dapur masak nasi impit ketupat segera dan rendang ayam. Tak best!

Pengalaman yang tak best tu cukup lah hanya sekali dilalui. Maka tahun ini kami mengambil keputusan untuk pulang beraya di desa. Permohonan cuti suami pun dah diluluskan. Alhamdulillah! Kalau ikutkan giliran, raya tahun ini kami kena beraya di Kelantan. Saya memang tak kisah beraya di Negeri Sembilan atau Kelantan tahun ini as long as kami beraya kat Malaysia. Dulu masa sebelum kahwin, saya susah hati jugak mengenangkan macamana la rasanya kene beraya kat kampung mertua. Mesti sayu je hati ni, pagi-pagi tak dapat bersalaman dengan mak dan adik-adik. Tapi agaknya lepas 2 tahun berkahwin, family mertua pun saya dah mesra macam family sendiri, jadinya saya rasa ok je kene balik Kelantan raya tahun ni. Tambahan pula, mula-mula kami sampai KLIA nanti akan balik rumah mak saya dulu. Sempat la berpuasa kat rumah mak saya. Perancangan kami, dah dekat-dekat raya baru balik Kelantan.

Tapi, kita hanya merancang…. Sebab terlalu yakin yang 1 Syawal tahun ini sama dengan Hari Kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos, kami pun beli tiket Air Asia ke KBR pada 30 Ogos. Masa survey-survey tiket tu, kami tengok tiket pada 30 hb murah lagi dari 28 dan 29. Suami pun tanya saya, Yang, raya sebenarnye bile? 30 ke 31. 31… sama dengan merdeka. Wah…dengan yakinnye saya menjawab. Tapi malam tu Air Asia punya website pening agaknye, kejap-kejap harga jadi berubah-ubah. 2-3 minit harga makin naik, makin naik. Suami saya pun fed-up, dia kata esok je la beli. Macam tak betul je harga malam ni. Esoknya kat pejabat dia bertanya lagi pada rakannya, raya bile? 30 ke 31? Kawan dia tu pun serupa saya jugak dengan yakin menjawab, 31… sama dengan merdeka. Petang, tu dia sampai-sampai rumah dengan nada gembira dia beritahu, I da beli tiket balik Kelantan 30 hb! Yesss…tahun ni rayo Kelate, deh!hehehe…

Sampai la hari Sabtu lepas dia call mak mertua saya… “Mummy, kito beli doh teket kapatube klik kelate rayo nih. Kito beli 30 haribule, amik kat airport puku 4 pete deh…” “La..bakponyo beli 30haribule?dulu goyak tahun ni rayo di kelate…” Yola da  tu, rayo 31 ke.. (kan)?” “Dok..rayo 30 la..” Huk..huk..huk.. saya terus angkat kaki pergi dapur… nanti u kem salam mummy, k. I nak masak ni. Haihhh..kesian gak tengok my husband sebenarnye… tapi dalam hati terselit sikit rasa gembira, rezeki terpijak dapat beraya kat kampung saya lagi tahun ni! hehehe.

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s