Innallah Ma’as Sobirin

Standard

Saya masih ingat lagi sewaktu saya tau berita gembira tentang dia- seorang kawan. Perhubungan kami ni unik sikit sebab kami ‘dikawankan’ dalam satu program. Secara fizikalnya kami tak  lah rapat sangat, tapi kami ok, bila ada di antara kami yang menyambut ulangtahun kelahiran, perkahwinan atau apa-apa saja perkara baik kami akan bertukar-tukar ucapan selamat di wall FB masing-masing.

Berbalik kepada berita gembira tadi, kawan saya ini disahkan mengandung! Mengandung kali kedua or ketiga. Tak pasti pulak. Kandungan sebelum ni tak berjaya, keguguran. Saya teruja, turut berasa gembira lalu mengucapkan tahniah sambil mengingatkan dia “beb, kali ni jaga baik-baik,tau!”  Tak lama lepas tu saya dengar dia tak sihat. Bila saya bertanya khabar, dia cakap ade bleeding. Semalam vacuum rumah, berhabuk sangat! MasyaAllah…kalau saya di tempat dia, saya tak kisahkan dah pasal rumah berabuk, lantakla yang penting kandungan selamat! Tapi tak semua perempuan dasar pemalas berkemas macam saya! Dia jenis pantang nampak habuk sikit, hati tak tenang katanye.

Lepas tu saya nampak dia macam biasa je..so saya fikir yang baik-baik saja. Tapi hari ni saya dapat tau dia keguguran lagi pada Mei lepas! Innalillah… Tapi yang memeranjatkan saya ialah reaksinya. Sangat cool beb! Dah takde rezeki, Dian…nak buat macamana, usaha je la lagi lepas ni... Kisah-kisah perempuan tabah memang mengkagumkan saya. Insaf. Dia dah lebih sekali keguguran. Anak seorang pun takde lagi. Dia kawen lebih awal dari saya. Kalau la benda ni jadi kat saya (touch wood), saya tak tau reaksi saya macamana.

To you my buddy, teruskan bersabar,ye. Innallah ma’as sobirin. (Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar). InsyaAllah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik.

p/s:- kepada sahabat-sahabat yang lain yang sedang pregnant tu, jaga diri baik-baik ok. Jangan lupa minum susu untuk tingkatkan calcium!

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s