Musykillah Kabir!

Standard

Seksa betul bile takde air. Seepanjang dah setahun tinggal kat sini inilah first time merasa takde air. Takde elektrik selalu. Tapi kalau tak de elektrik kt sini ok lg sebab ade generator set. Laung je dari atas rumah ni ke Ahmad kat bawah tu, “Ahmad…karoba mafi!” (elektrik takde!). Bergegas la dia pergi on generator tu. Tapi bile air takde ni, apepun tak boleh… Elok pulak semalam timingnye tak de air tu time saya tengah sibuk memasak untuk tetamu kami malam nanti. Bila saya bagitau Ahmad, dia kata “khulu Manshia moya mafi” (seluruh manshia takde air).” aiwa… musykillah kabir!” (masalah besar!). Ishhh..macamani, Nile Basin Country pun boleh ade masalah bekalan air ke? Sungai Nil tu tak pernah kering airnye sejak Khalifah Umar Ibnu Khatab mengirimkan surat kepada Sungai Nil. Kalau nak baca lebih lanjut tentang kisah ini, sila klik link ini.

Terpaksa la saya menyambung memasak dengan air mineral semata-mata. Selama ni memang kami memasak gune air mineral tapi air paip tu perlu jugak untuk membasuh-basuh sayur, ayam, daging, beras, pinggan mangkuk & pekakasan memasak yang lain. Semalam lepas masak dan makan malam memang dapur dah macam tongkang pecah sebab pinggan mangkuk dan lain-lain tu tak berbasuh. Nasib baik bangun pagi ni ade air. Itu pun kecik je, jadi cepat-cepat saya setelkan dapur dulu. Alhamdulillah sekarang semua dah dibersihkan. Mujur saya sempat mandi sebelum sembahyang asar semalam.  Husband saya bernasib malang, balik keje petang semalam tak sempat nak mandi sebab air tangki pun dah kering kontang.

Paling kesian dengan Ahmad sebab dia sekeluarga hanya makan roti je sebab tak boleh nak memasak. Dia merungut “moya mafi, musykillah kabir jiddan! Sudan ma kuis, Malizia kuis, Bashir ma kuis, Mahathir kuis”. maksudnye, “air takde, masalah besar sangat! Sudan tak bagus, Malaysia bagus, Bashir tak bagus, Mahathir bagus”. Hehehe…kesian Ahmad tak tau agaknye Mahathir dah tak jadi PM lagi. Saya pun gelak besar dan balas, “Sahih, Ahmad”.

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s