Hidup Itu Antara Sabar & Syukur ~HAMKA~

Standard

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Dalam hidup kita mengharapkan yang terbaik. Define ‘terbaik’? Standard ‘terbaik’ kite sendiri yang tentukan. Berdasarkan kehendak dan keperluan diri kita, bukan berdasarkan norma & pandangan majoriti ahli masyarakat. Contohnya, dalam norma hidup masyarakat kita memandang dan merasakan sebaiknya seseorang perempuan yang ada segulung ijazah harus terus bekerja walaupun dah berkahwin dan mempunyai anak. mempunyai kerjaya tetap dan stabil penting zaman sekarang ni. Sediakan payung sebelum hujan. Mana tau kalau suami buat hal kahwin lain ke, ceraikan kita ke tak lah merana sangat nanti. Lagipun kalau ade duit sendiri kan senang, nak hulur kat mak bapak, adik beradik, nak beli lipstik sebatang pun takkan nak kene tadah dengan suami pulak?

Tapi bagi sesetengah orang dia rasa dia perlu berhenti kerja selepas mempunyai anak untuk memberi sepenuh tumpuan pada pembesaran anak itu tadi. Dia nak fully breast-feed, tak nak la pump-pump susu ni. Nak bagi direct. Nak tengok anak membesar depan mata. Bagi dia setiap progress anak dia itu momen yang sangat penting dalam hidup dia, dia nak jadi orang pertama yang menyaksikan anak dia mula-mula meniarap, merangkak, berdiri, berjalan. Bukannya baby sitter anak dia! Dia tak kisah pun biar la gaji suami kecik, bagi dia lagi  besar periuk, lagi banyak la kerak. Belanja ikut yang mampu je la. Kedua-dua kumpulan wanita tadi bahagia dengan pilihan hidup masing-masing.  Itu lah maksudnya kita yang tentukan sendiri maksud ‘terbaik’ tadi.

Dalam pada kite meletakkan standard ‘terbaik’ kite tadi, kadang-kadang apa yang kite mahukan tak semua tercapai. Masa inilah perlunya sabar. Sebab kita bukan berkuasa sepenuhnya menentukan standard tu. Kita ada Tuhan yang Maha Mengetahui. Kalau kebetulan standard kita sama dengan Dia, berkemungkinan kita akan dapat apa yang kita mahukan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
– Surah Al-Baqarah ayat 216 –

Contoh paling hampir dengan diri saya, setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan cahaya mata. Tambah lagi macam saya sekarang ni yang tengah bercuti, duk rumah saja-saja tak buat ape. Pada pandangan masyarakat elok la saya ada anak sekarang, boleh jaga anak sepenuh masa. Saya pun mengimpikan macam tu. Tapi kalau bagi Allah itu bukan terbaik buat kami, ape yang kami boleh buat? Tawakal dan sabar je lah. Untuk memujuk diri saya fikirkan tentang orang yang lagi lama kahwin dari kami tapi masih tak punya anak lagi, orang yang dah keguguran berkali-kali, ibu yang ade anak 3 tapi diambil Allah sekali gus, pasangan yang anaknya sakit terlantar, mak bapak yang menderita, makan hati sebab ada anak derhaka, orang tua yang ada anak berderet tapi end up meninggal kat rumah orang tua-tua sebab anak sekor-sekor besar jadi iblis tak nak bela mak bapak sendiri. Barulah dapat berlapang dada menerima qada’ & qadar.

Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi darimu. Yang demikian lebih layak agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah. (HR.al-Bukhari dan Muslim)

Walaupun begitu, kita disuruh terus berusaha mengejar yang terbaik dalam hidup kita. Jangan mengeluh dan kecewa akan hasilnya kalau kita gagal. Sebab bila mengeluh tu maknanya kita kecewa dengan siapa? Bukan dengan Allah? Kita mintak sesuatu yang bukan milik kita, kalau orang taknak beri pun kita tak boleh nak marah kat orang tu kan? Apa lagi kalau kita minta dengan Allah.

 

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
– Surah Al-Baqarah ayat 286

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
– Surah Al-Imran ayat 139

Cuba lah muhasabah semula diri kita ini, semak balik nikmat-nikmat lain yang telah diberi. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang. Kita takde pasangan lagi? Banyak masa untuk diri sendiri, keluarga. Buatlah apa yang nak dibuat sementara single. Takde siapa nak larang. Kalau yang perempuan tak perlu nak mintak izin suami. Takde anak lagi? Banyak masa untuk pasangan, nak sembahyang lama ke, nak mengaji satu juzuk sehari ke. Tanggung jawab tak banyak lagi.  Tak kaya? Alhamdulillah nanti kat akhirat cepat kita dihisab.

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, “Para pemilik harta makan dan kami juga makan, mereka minum dan kami juga minum, mereka berpakaian kami juga berpakaian, mereka naik kendaraan dan kami pun naik kendaraan. Mereka memiliki kelebihan harta yang mereka lihat dan dilihat juga oleh selain mereka, lalu mereka menemui hisab atas harta itu sedang kita terbebas darinya.”

 

Kalau kita dapat capai piawaian standard kita pula, bergembira dan bersykur lah! mudah-mudahan nikmat yang kita dapat itu menebalkan lagi keimanan kita. Bukan pulak menjadi ujian yang melalaikan kita.

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih. (Ibrahim : 7)

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Nahl: 18)

Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.(Al- Baqarah: 243)

 

Jadi kepada yang ‘sekapal ‘dengan saya ni, la tahzan,  Innallaha ma’ana. (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Teruskan berusaha. Cari support group seperti Dream Mothers Support Group supaya kita tahu kita bukan kesorangan menghadapi benda ini.

Kalau dah berjaya kelak, jangan lupa bersyukur ya!

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s