Sebab

Standard

Mereka yang menyokong BERSIH 2.0 ade sebab mereka sendiri. Mereka yang tak menyokong pun ada sebab tersendiri. Aku tak pergi sebab aku jauh kat Sudan ni. Hehehe. (Tak kelakar langsung, Dian). Kita kawan-kawan tak mau lawan. Biar lah berbeza aliran politik pun, ikatan silaturrahim jangan diputuskan.

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Perhimpunan yang tak sampai  1 hari tapi ambil masa berminggu-minggu kecohnya dah 3 hari berlalu. Tapi sorak sorai penyokong dan yang tak menyokong sampai sekarang tak surut-surut lagi. Sampai bila ni? Sudah-sudah le. Better masing-masing jalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna lagi bagus.

Untuk diri sendiri, kalau pun aku ada kat Malaysia masa tu, aku takla join perhimpunan tu. Sebabnya ialah aku takde sebab yang kuat untuk pergi. Hidup kat Malaysia makan cukup, kerja ada. Alhamdulillah. Dari kecik sampai besar hidup tak pernah melarat macam kisah-kisah sedih dalam Bersamamu tu walaupun masa kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim, mak pulak tak bekerja masa tu. Tapi kami adik beradik masih cukup makan pakai. Agaknya sebab kami anak yatimlah rezeki kami murah. Mak aku sampai pelik dan tak percaya kalau tengok orang susah dalam Bersamamu tu. “ketua kampung tak hantar nama orang ni kat JKM ke?” “Ketua kampung dia tak tau ke ade orang dalam kampung tu yang miskin macam ni?” itu lah soalan-soalan yang selalu mak aku tanya.

Masa sekolah menengah aku dapat masuk sekolah SBP dengan bantuan penuh kerajaan. Fully sponsored. Mak aku memang lega sungguh. Yuran tak payah bayar, uniform sekolah dapat, baju sukan, kelengkapan solat. Tiket tambang balik kampung pun dapat. Dapat biasiswa gak lagi. Dah habis sekolah, belajar pulak kat UiTM. Yuran UiTM ikut pendapatan keluarga. So, yuran pengajian aku memang murah. Tak pernah sampai RM1000 pun. Sepanjang belajar sentiasa duk asrama. Tak pernah duduk rumah sewa. Setiap kali balik kampung mak aku hulur gak la duit. Aku belanja setakat yang ada je. Tak cukup memang tak pernah call rumah, “mak, duit dah habis. Bank in boleh?” Tak pernah. PTPTN 100%. Survive gak sampai grad.

Dah habis belajar tak sempat menganggur, walaupun tak terus dapat kerja tetap dan sesuai dengan kelulusan aku. Aku kerja sebagai kakitangan kontrak dulu kat bank, call center, pejabat Kerajaan. Dekat 2 tahun gak buat kerja- kerja kontrak. Alhamdulillah lepas tu dapat kerja tetap. Untung, sebab dapat cuti tanpa gaji sebab ikut suami kerja oversea. Tak payah resign. Ade orang sebab kerja swasta terpaksa la resign.

Jadi, kesimpulannya aku takde sebab nak protest. Tapi itu aku. Korang yang protest mesti ade sebab tersendiri jugak. Mungkin yang keluar berhimpun tu memang tak pernah dapat apa-apa bantuan macam aku, mintak asik kene reject je. Dah bertahun-tahun grad tapi masih tak dapat kerja tetap.Tak puas hati sebab tak pernah dapat projek gomen. Macam-macam sebab lagi. Cuma aku harap memang betul-betul bersebab, bukan sekadar ikut-ikutan saje.

Aku hormati. Sebagaimana  aku jugak harap pendirian aku dihormati.

p/s: Nanti PRU 13 jangan tak keluar mengundi pulak. Peace, no war!

2 responses »

  1. hehehe. tulisan ini juga baik.

    i don’t have anything against them, really. some of them are in fact, my closest friends. but like you said, why do people get upset? because they don’t get what they want. hidup terhimpit. jadi paling senang untuk melepaskan kemarahan adalah pada kerajaan.

    saya pun sambung belajar dapat biasiswa. kalau takde biasiswa, memang takkan dapat sambung belajar. lagi-lagi ke luar negeri. what made me upset was the fact that benda nih diperbesarkan. lepas tuh start cakap psl agama. and then nak cakap psl freedom of speech. wah! tak boleh tahan.

    tak semua benda yang kerajaan buat baik.
    tapi tak semua juga tidak baik.

    tapi bukankah lebih bagus, kalau kita tidak bersetuju, kita channelkan ketidaksetujuan kita itu pada benda yang lebih bermanfaat? i think our pm is rather techno-savvy. very people-oriented compared to the past leaders. write a letter. post in a blog. tweet him. interact.

    hehe komen sahaja boleh jadi satu entry.
    sekian.

    • Terima kasih sebab sudi baca blog saya, Mala!

      Tu la dia, masing-masing ade sebab tersendiri (hopefully). Memang betul tak semua benda kerajaan buat tu baik dan tak semua jugak tak baik. Mana ada kerajaan yang perfect kan? Bagi saya, kadang-kadang terlalu banyak beri kebebasan pun boleh disalah guna dan makan diri sendiri. Macam kaduk naik junjung, beri betis nak peha. Dulu masa zaman Tun M takde siapa berani nak minta & bising macam-macam. Tapi sekarang makin ramai yang berani bersuara demand itu ini. Sampai kan yang non muslim pun sama sibuk nak petik hadis, ape cerita?

      Saya suke je orang komen panjang-panjang, rasa berbaloi menulis entry. hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s