Pergi Umrah

Standard

Bukan saya. Tapi mak & bapa mertua saya. InsyaAllah mereka akan menunaikan umrah pada 25 Julai 2011 hingga 5 Ogos 2011. Semalam saya call mak mertua saya. Dia kata akan ke KL hari sabtu ni. duk 2 hari kat rumah kakak ipar saya. Nak jumpa anak-anak & cucu-cucu dulu sebelum berangkat katanya. Tiba-tiba perbualan kami yang pada mulanya ceria bertukar menjadi sebak pulak bila mak mertua saya mula menangis di hujung talian. sigh. Ni yang lemah ni, saya kalau bercakap dengan orang tengah menangis, saya pun mula la rasa nak menangis!

Mak mertua saya memang sentimental sikit orangnya. Dia sedih tak dapat nak jumpa kami sebelum pergi umrah. Suami saya jenis kurang perasaan (bukan takde perasaan), dia kata ala pergi umrah je, mi. Pergi melancong sambil beribadah. Nanti raya kita jumpa.

Saya pesan kat dia, nanti depan kaabah jangan lupa doakan kami dapat sampai sana juga satu hari nanti. Saya sebenarnya ada menyimpan hajat nak ke sana. Harapan saya ialah dapat pergi umrah sekali dengan mak dan mertua. Mak saya masih di Sabah menjaga cucu baru. Jadi bapa & mak mertua je la yang pergi dulu. Saya ada jugak berangan nak pergi dalam masa terdekat ni, hujung bulan ni ke. Dapat la jumpe bapa & mak mertua saya di sana. Bukan apa, kalau nak diikutkan Mekah tu dekat je dengan Khartoum ni. Seberang laut je! Tapi kita ni kene tunggu orang bawa baru dapat pergi. Tapi mana tau dalam masa terdekat ni terbuka pintu hati suami saya nak bawa saya pergi umrah sama-sama dengan mak bapa dia kan? Mudah-mudahan Allah makbulkan angan-angan saya ni.

Harapan saya, sepanjang kami di Sudan ni biarlah sekurang-kurangnya sekali kami dapat jejak tanah suci. Rugi rasanya kalau tak pergi, dah dekat sangat. Setiap kali pergi Dubai dan balik Malaysia pasti melintas atas Mekah. Hati saya ni memang nak sangat pergi sana.

Mak mertua saya sejak pulang dari menunaikan haji beberapa tahun lepas, sentiasa berhajat nak pergi umrah pula. Dia terkilan sangat tak dapat solat di Hijir Ismalil semasa pergi haji dulu. Setiap kali bercerita pasal tu mesti menitik air mata dia. Saya doakan kali ni tercapai hajat dia nak solat di Hijir Ismail tu. Mudah-mudahan Allah pelihara kesihatan & keselamatan kedua-dua mereka dan semoga Allah makbulkan segala doa-doa mereka semasa di sana. Amin.

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s