Masa

Standard

 

Seingat saya, sepanjang saya mengikuti halaqah, dua kali ustaz sebut pasal surah ni. Menurut ustaz, Demi masa- Allah bersumpah ke atas masa. Masa, makkhluk  Allah juga. Ustaz cakap, dari segi bahasa huruf alif & nun sabdu pula menunjukkan penekanan. Kalau dalam bahasa inggerisnya, ‘indeed‘. Nak hurai panjang-panjang pun saya bukannya pandai. Itu je yang saya ingat.

Tahun lepas sewaktu saya baru sampai sini, hati saya sedih dan tertanya- tanya, apa dosa saya sampai tercampak ke tempat macamni? Ke tempat yang takda apa-apa ni? Kalau orang lain claim tempat dia tempat jin bertendang, saya fikir tempat ni jin pun tak sudi nak bertendang! Saya called mak mertua saya di Malaysia, mengadu nasib. Dia pesan, kalau bosan, mengaji. Sampai khatam. Dah khatam, ulang lagi.

Saya ikut pesanan itu setakat termampu. Tapi tak berpadanan sebenarnya dengan lebihan masa yang saya ada. Maklumla manusia dasar pemalas! Masa saya banyak saya habiskan di depan skrin. Skrin laptop &  TV. Saya akui, sebagai suri rumah sepenuh masa, masa terluang saya adalah terlalu banyak. Kalau orang lain mengeluh tak cukup masa, saya pulak mengeluh bosan tak tau nak buat apa.

Untuk memotivasikan diri supaya melakukan sesuatu yang berfaedah, saya katakan pada diri “agaknya aku ni pendek umur kot. Mungkin tak sempat sampai umur pencen. Sebab tu Allah takdirkan aku punya masa lapang sekarang” takpun macamni “entah-entah lepas ni nanti aku akan sibuk sesibuk sibuknya dengan urusan dunia, sampai tak sempat nak kejar akhirat”. Berjaya jugak cara tu.

Tapi bila dah berjaya, datanglah syaitan berbisik di telinga “Dian, hidup kau jauh lebih baik dari kawan-kawan kau kat Malaysia sekarang. Kau takde anak lagi, tanggung jawab kau tak banyak. Nanti kat akhirat kau tak lama bersoal jawab pasal anak. Kau tak jumpe orang sangat, jadi kau kurang dosa mengumpat. Kau memasak hari-hari. Kau ikhlas buat kerja rumah sendiri. Setiap sentuhan kau adalah pahala! Kawan-kawan kau kat Malaysia, diorang busy dengan urusan dunia. Diorang keluar hari-hari. Mereka tak sempat nak uruskan suami sesempurna kau. “

Kata hati pula berbisik, “kawan-kawan kat Malaysia mereka sibuk bekerja. Pekerjaan mereka halal. Membina bangsa, membangunkan negara. Kerja juga satu ibadah. Pengorbanan masa, titik peluh yang mereka curahkan menjadi aliran amal baik yang berpahala. Bukan sia-sia. Dunia mereka bukan hanya di dalam rumah macam kau, justeru hasil kerja mereka dapat memberi manfaat kepada ramai manusia. Kawan-kawan yang dah beranak pinak memang tak sempat nak beramal ibadah, nak solat lama-lama pun payah. Kesibukan mereka mendidik anak ibarat melabur saham. Saham yang akan menguntungkan mereka di kubur dan di akhirat”.

*Istighfar*

*Muhasabah*

*kesat air mata*

Lalu akal bertanya kepada diri sendiri, Siapa yang sebenarnya sekarang ini di dalam KERUGIAN???

p/s: Never think you’re better than anyone else. The truth is, the other person might be closer to Allah & better in His eyes.- a reminder for myself.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s