Harapan Ramadhan

Standard

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…. lagu Manbai dengan siape ek? Raihan ye?

Cukup- cukuplah debaran menonton bola Malaysia vs Singapura-pura kejap tadi. Sempuuuttt…haaa… Jom kite cerita pasal puasa memandangkan players Malaysia tadi ramai yang dah berpuasa, tu yang lemau je tu, defends asik tido je mengharapkan keeper sorang-sorang safe bola. (ooppsss. ni kalau WAGS baca, siap la aku! ;p). Ok-ok let’s be serious, Ramadhan dah dekat sangat, tak sabar dah!

Harapan saya Ramadhan ni bila semua syaitan dah ditambat, maka takkan ada lagi halangan (baca: alasan) untuk saya bangun solat. Tak boleh la bagi alasan ade syaitan sebesar rumah bergayut kat kelopak mata.

Nak bangun sahur setiap hari. Tahun lepas gagal sehari. Nak bersahur dan berbuka mengikut sunnah. Sahur hujung waktu, berbuka awal waktu tanpa membazir. Mudah sikit kot sebab kt sini takde bazar ramadhan. Makan masakan sendiri je.

Nak khatam Al Quran dalam bulan Ramadhan. Dah start dari sekarang. Kira aci la ye, sebab saya mengambil kira tolak period, tolak perjalanan balik Malaysia, pastu reserve kot-kot ade hari yang saya tak sempat nak baca Al Quran ikut target. Target saya sehari 2 juzuk. Manala tau ade hari yang saya sempat baca 1 juzuk je kan. Kita merancang….

Solat terawih full. Tahun lepas ade rongak-rongak. Tahun lepas solat berjemaah di surau kompleks petronas. So kalau tak pergi tu, maknanya tak buat la. InsyaAllah tahun ini kalau tak solat di surau, akan solat dengan suami di rumah. Kalau tak, solat sorang je. Buat 8+3 je. Lagipun saya baru baca, solat seorang perempuan di rumah adalah lebih afdal daripada solat di masjid. Bacaan lanjut.

Mengejar lailatulqadar. Boleh ke? Itu la pentingnya konsisten bangun solat tiap-tiap malam. Fuhhh…lagi sekali, boleh ke????

Harapan saya lagi, Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk diri saya & kita semua. Kalau dah tertulis Ramadhan ini yang terakhir, biarlah ia adalah yang terbaik dalam hidup kita. Mudah-mudahan segala amalan baik kita diterima Allah.

Ramadhan kareem!

p/s:- Budaya di sini bila ada yang mengucapkan ‘Ramadhan Kareem’ (Ramadhan mulia), kita  menjawab ‘Allahu Akram’ (Allah lebih mulia). Bukannya ‘thank you’ ;p.

3 responses »

  1. bulan ramadhan kali ini akan menjadi satu cabaran sebab kena stayback almost everyday untuk siapkan ucapan bajet dan laporan ekonomi. berbuka di ofis, nasib juga ada terawih so bolehlah follow kalau diberi kesempatan. tapi lebih banyak cabaran, lebihla pula ganjarannya kan?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s