Miracles Awal Ramadhan

Standard

Salam Ramadan.

Malam tadi lepas solat terawih berseorangan di rumah sebab my husband ade kerja kat luar malam tadi, saya teringat nak tengok siaran langsung solat terawih dari Masjidil Haram. Terfikir nak call mak mertua saya di sana, so saya rasa saya kena tunggu orang kat sana habis sembahyang dulu. Saya pun baru je lepas save no hp. diorang kat sana. Sambil-sambil tu saya duk perhati gak muka-muka makmum kot-kot ada ternampak muka bapak mertua saya kan =). hehehe…. tapi takde. Tiba-tiba my phone ringing! Terkejutnye bila tengok no diorang yang call saya. Rupa-rupanya mereka cuma ikut 8 rakaat je sebab letih sangat. Semalam mereka berziarah, pukul 7 petang baru sampai hotel. Magic kan? Alhamdulillah mereka berdua sihat dan mak mertua saya dah dapat merasa solat kt Hijir Ismail. Lepas ni dia target nak kucup Hajar Aswad pulak. InsyaAllah.

Magic yang kedua ialah, sinki dapur rumah saya ni dah seminggu tersumbat. Kami dah buat macam-macam cara dah tapi tak berkesan jugak! Husband saya dah try buka saluran bawah sinki tu, air boleh lalu tapi lepas dah pasang balik, air tu stuck lagi. Saya dah curah air panas pun tak jalan gak. Takkan every time nak kene bukak saluran bawah tu kan? Kalau time saya sorang-sorang kat rumah lagi la tak kuasa nak bukak sendiri. Kang dah bukak tak reti nak pasang balik pulak. Makin lama makin teruk. Air macam tak mengalir langsung. Last-last saya kene timba setiap kali sinki penuh. Leceh betul! So malam tadi kami beritahu Ahmad. Ahmad kata nanti esok (hari ni) dia panggil plumber datang rumah pukul 10 pagi. Typical Sudanese biasanya tak menepati masa. Dah tu kerjanya pulak lambat. Kalau yang kerja repair apa-apa ni biasanya hari ni datang tengok-tengok je dulu. Pastu keluar balik pergi beli barang. Itu pun ambil masa 1 hari. Esok datang lagi untuk baiki. Itu pun belum tentu ok, silap-silap makin teruk! Kami pernah terkena dengan orang baiki air cond dulu. Tapi hari ni, pukul 9 pagi pintu  rumah dah kene gegar! Magic gak tu. Plumber tu datang denga pelocok je. Tau pelocok tu macamna?

Ini la pelocok.

 

Sekali plumber tu pelocok sekuat tenaga terus selesai masalah! Hahaha…Sekali lagi magic! Dah tu Ahmad curah air panas. Plumber tu siap pesan kt suami saya, lepas ni beli satu,k. Kalau tersumbat lagi nanti senang, tak payah cari dia lagi. Mesti dia fikir agaknya kat Malaysia takde kot benda ni…. Bila kita nak bagi upah, dia taknak. Dia kata sebab Ramadhan. Alhamdulillah. Dah selesai masalah sinki tersumbat ni baru la saya lebih bersemangat nak memasak. Dah seminggu dah saya rasa malas je nak masak.

Pada orang lain, benda-benda ni mungkin perkara kecik je. Tapi bagi saya yang tak berapa ada benda lain yang nak difikirkan ni, mesti lah saya rasa benda ni penting kan? Permulaan Ramadhan yang baik, mudah-mudahan berterusan baik. Malah lebih baik lagi!

2 responses »

  1. Tension kan sinki tersumbat?
    Aku pon mmg hilang mood betul kalau macam tu.
    Satu benda kerja kat dapur takkan jalan. Aku rasa kerja kat dapur ni mmg revolves around sink dan stove. Tp kalau stove takde, takpe.. ada lagi periuk nasi, oven, microwave. Kalau sink, stress!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s