Ladies First

Standard

Bila suami buat hal ada perempuan lain…

Orang akan cakap kat isteri dia, ”tu la kau..tak pandai jaga suami.  Tak pandai jaga hati suami. Layanan dah tak sama macam masa baru kahwin dulu. Selekeh, tak jaga penampilan depan suami. Gemuk, tak reti jaga badan. Pakai mekap pun dah malas sekarang.  Sekarang dia dah cari lain, ini semua salah kau”.

Orang akan cakap kat perempuan lain tu, ”kau ni dah takde lelaki lain ke yang nak kat ko? sampai laki orang pun ko nak sapu jugak?!”

Bila putus tunang…

Orang cakap kat pihak perempuan, ‘”tu la masa bertunang, buat majlis bukan main grand lagi. Heboh canang 1Malaysia. Padahal bertunang ni patutnya buat kecik-kecik dan senyap-senyap je. Bila putus takde la malu macamni. Sekarang tengok, putus tunang pun heboh canang 1Malaysia jugak”.

Tapi

Nora Danish tu, tak cukup cantik ke? Apsal husband dia cari lain jugak?

Fasha Sandha tu bukan takde lelaki lain yang nak kat dia, apsal dia pilih Jejai jugak?

Masa berbincang nak bertunang, tak boleh ke pihak lelaki request nak buat kecil-kecilan dan tertutup saja?

Mentaliti masyarakat kita, kalau pasal cerai-berai, putus tunang, semua salahkan perempuan dulu. Lelaki selalu selamat dari jadi buah mulut orang.  Bukan ke kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi? Lupa ke semua tu kerja Tuhan? Dah takda jodoh lagi.

2 responses »

  1. like this entry very much🙂
    well said, dian. perempuan akan senantiasa dipersalahkan. tau sebab apa. sebab perempuan yang sangat suka bercakap tentang orang lain (well, memang ada lelaki yang suka mengumpat, but men in general are totally clueless. they are only emotional when their favourite football team lost in a game or some sort).

    • thanks, Mala. Hehe..i kene mengaku sb kdg2 i pun akan salahkan perempuan dulu lagi kalau i memang kenal perempuan tu dan tau perangai buruk dia. sebab tu memang dah mentaliti orang kita kan?Tapi lama-lama i rasa i kene ubah la sikit-sikit, kalau dgr apa-apa kisah pasal penceraian or putus tunang jgn judge dulu. Tula, orang perempuan kan suka gossip. Susah nak ubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s