Perutku Mengada-ngada

Standard

Salam Ramadhan!

Sekejap je dah 9 Ramadhan. Time really flies!. Macamana agaknya status puasa dan amalan-amalan kita yang lain sepanjang 9 hari ni ye? Hopefully diterima Allah dan ada nilai di sisiNya. Semalam saya mula berpuasa semula selepas 5 hari mamnu’ (dilarang) berpuasa. Jadinya semalam saya adalah melepek mengalahkan budak baru nak belajar puasa. Mujur semalam memang dah plan nak berbuka di luar. Tak payah la saya masak. Tapi mengecewakan la juadah berbuka puasa semalam. Serik dah berbuka kat luar ni. Kami ke mat’am (restoren) yang menjual makanan Malaysia. Taukenye orang Malaysia, tukang masak pun orang Malaysia. Dari segi rasa makanan memang ok, cuma dari segi kuantiti tu yang sedih sikit. Sikit bebenau! Kami order tom yam, dapat hanya kuah tomyam dengan sayur, pastu ade sikit-sikit ayam & 2-3 ekor udang kecik. Memang tak puas makan. Biasa kami pergi sana ok je. Siap boleh bawa balik, 2 kali makan lagi lepas tu. Harganya bukan murah ye, SDG 25 semangkuk tu. Kami faham kat sini harga bahan mentah naik mendadak bila tiba Ramadhan. Macam daging misalnya, biasa harganya SDG 24 sekilo, tapi bila Ramadhan harganya jadi sampai SDG 31 sekilo. Saya tau, saya tak patut merungut sebab walaupun mahal, kami masih mampu makan lauk ayam, daging, udang dll. Bayangkan rakyat negara ini yang kebanyakannya melarat? Sebab tu mereka makan roti & kacang ful hari-hari. Lepas ni memang tak la nak berbuka di luar lagi. Harga makanan di sini memang sediakala mahal. Macam semalam tu kami berdua order nasi putih, tomyam, brokoli & ayam cashewnut. Air tembikai sorang segelas & air mineral kecik sorang sebotol dah SDG 164 (termasuk tax). Lauk favorite kami kat mat’am ni ialah sotong sambal sebenarnya. Tapi kami cuma order bila kami on mode ”orang kaya”  je sebab harganya ialah SDG 60 sepinggan!

Hari ni pulak saya tiba-tiba teringin makanan kat bazar ramadhan. Walaupun saya baca sana sini orang merungut pasal kualiti makanan yang dijual kat sana tapi tetap la saya ni terbayangkan popiah basah, murtabak, tepung pelita & roti jala. Padahal masa kami kat Putrajaya dulu tak pernah pun nak jejak bazar Ramadhan kat situ. Sebabnya malas nak berebut parking dan bersesak-sesak. Dah la puasa, panas-panas nak kene menapak pulak. Sorry! Nakal tau perut ni, time berpuasa di perantauan ni pulak dia mengada-ngada teringin nak makan itu ini yang takde jual kat sini.

*Pujuk perut, sambil usap-usap manja*

Sabar la ye. 11 bulan asik isi je dengan macam-macam. Sebulan ni tahan la sikit. Ini lah cabaran untuk kamu, perut ku sayang. Tak dapat makan semua yang diidami semasa berpuasa. Bertabah ok. Bayangkan je la rasanya macamana. hehe… Cabaran menahan nafsu ni cik Perut! Teringat ustaz Mat (tourist guide masa kami melawat Egypt) pernah bercerita, ade seorang perempuan dari keturunan Rasulullah SAW (cucu Husin) kerjanya mengaji je di kuburan. Kat depan dia tergantung satu bakul berisi roti. Setiap kali dia teringin nak makan apa-apa dia akan seluk bakul tu, amik roti dan kunyah sambi pejam mata membayangkan makanan yang dia teringin tu. Misalnya kalau dia teringin nak makan daging, dia akan bayangkan dia sedang mengunyah daging. Ustaz Mat cakap, dia tak tunduk pada nafsu. Bukan macam kita, teringin ayam, mesti nak cari ayam jugak. Wallahualam.

Esok Ramadhan kareem (mulia) akan mengakhiri suku pertama. Macamana dengan target Ramadhan, kawan-kawan? Harap-harap on track atau mendahului jadual ye. Semoga segala amalan kita ada nilainya di sisi Allah. Amin!

2 responses »

  1. Sini ada udang, so nk makan udang sambal mafi musykillah (no problem). Kalo mkn ayam 2,3 ketul aku bygkan makan ayam percik ke, sate ke..hehehe…benda yg tak reti nak buat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s