Makan Harta Anak Yatim

Standard

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. (An-Nisaa’ 4:10)

 Hari ni saya menonton Telefilem “Pintu Sakaratulmaut”. Kisah seorang imam yang warak, yang kaya dan pemurah dengan orang kampung tapi kedekut dengan adik beradik sendiri. Sedangkan hasil kekayaan beliau tu adalah hasil dari harta peninggalan arwah nenek mereka yang diamanahkan kepada beliau untuk menjaganya dan dibahagi-bahagikan sama rata dengan adik beradik yang lain. Masa arwah nenek mereka meninggal, adik-adik yang lain masih kecil lagi. Tapi bila semua dah dewasa, imam tu bolot semua. Memang dia dah jalankan tanggungjawab dia dengan baik, menjaga adik-adik, sekolahkan semua so dia rasa dia layak dapat semua harta tu sebagai upah membesarkan adik-adiknya.

Berhati-hati dalam mentadbir dan mengurus harta anak-anak yatim yang di bawah jagaan kita. Kalau rasa iman tak cukup kuat, boleh gelap mata tengok duit, lebih baik lantik peguam untuk menjaga amanah. Banyak dah kisah-kisah macamni yang saya dengar. Sedihnya, yang menyeleweng tu biasanya keluarga terdekat yang diharapkan dapat menjaga kepentingan anak-anak itu. Adik beradik yang dah dewasa, mak sedara atau bapa sedara. Menjawablah nanti kat akhirat nanti, ye. Kadang-kadang kesian bila tengok ada adik beradik yang mak bapaknya meninggal ada meninggalkan harta yang banyak untuk anak-anak. Tapi bila budak tu nak kahwin, mintak duit kat pemegang amanah, jawapan yang diterima ialah “duit kau dah habis. Mak bapak kau dah meninggal 10 tahun, duit RM500, 00 yang mereka tinggalkan dah habis makcik gunakan untuk sekolah kau, pengajian kat universiti, bil-bil rumah ni, makan, pakai. Sekarang nak kahwin cari lah duit sendiri. Lagipun kau dah bekerja”.

Bagi saya mustahil dah habis! Kalau dia pemegang amanah yang baik, dia akan buat bajet dan belanja la ikut kemampuan. Patut ada buku kira-kira yang menunjukkan perbelanjaan duit tu. Dah tentu budak-budak tu akan berkahwin satu hari nanti, mesti la ade peruntukan untuk kahwin.

Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan). (An-Nisaa’ 4:6)

Dah la dia tinggal sekali dengan budak-budak tu. Takkan lah segala bil & perbelanjaan dapur rumah tu guna duit budak-budak tu 100 %? Lagipun saya tau dia ada pakai duit budak-budak tu RM 50,00 untuk kegunaan peribadi dia sendiri. Masa nak guna dia cakap nak pinjam. Tapi lepas dah ambil, senyap je.  Itu belum lagi cerita dia guna tanah anak sedara dia (anak yatim lain) untuk bercucuk tanam dan jualan hasil tanaman tu sesen pun dia tak pernah beri kat anak-anak yatim tu. Dah bertahun-tahun dah. Masa mula-mula minta izin nak bertanam katanya mahu sewa, dapat hasil nanti dia beri lah sikit. Tapi duit cukai tanah pun masih mak budak-budak tu yang bayar.

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar. (An-Nisaa’ 4:2)

Wallahualam.

4 responses »

  1. ish makan harta anak yatim nih macam melampau betul bunyi nye. in fact, mengambil apa yang bukan hak pun dah kira macam teruk. inikan pulak anak yatim. huhu. ada orang sanggup eh buat macam tuh? tak rasa bersalah ke? these people sometimes amazed me.

    • ade Mala, tu la bila duit dah banyak depan mata, kalau tak kuat iman memang boleh gelap mata. Tak kira dah duit siapa. Kesian kat anak-anak yatim yang bawah umur, dah la kecik-kecik lagi dah hilang kasih sayang, ade pulak orang yang tak bertanggungjawab amik kesempatan!

  2. Salam…nak share pasal satu doa Nabi berkenaan harta ni…bunyinya lebih kurang “semoga Allah meletakkan harta ku di tangan dan bukan di hati”…yelah, once duit dah depan mata pun boleh gelapkan mata dan hati. Anyway, sy juga nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s