Salam Syawal

Standard

Eid Mubarak everyone! Dengan rasa rendah hati, sepenuh jiwa raga saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.

Raya kali ni berbeza dari raya tahun-tahun lepas. Sejak berkahwin pattern raya belum pernah tetap lagi. 2 tahun lepas first time beraya sebagai isteri. Tahun lepas beraya di perantauan. Raya tahun ini beraya di Malaysia, di dua negeri:- Negeri Sembilan & Kelantan. Beriya mencari baju kurung raya sampai ke Shah Alam sebab malas nak redah lautan manusia di Jalan TAR. Kalau dulu, asal nak beli baju raya je pasti ke Jalan TAR, tapi tidak tahun ini. Adakah ini tanda-tanda penuaan? Malas nak bersesak-sesak pastu jalan dari hujung ke hujung tapi sehelai baju pun takde yang berkenan! Last-last pagi raya tak pakai pun baju kurung tu sebab sehari sebelum raya dapat beli sehelai jubah cotton yang sedap dipakai kat pekan Kuala Pilah, pakai lepas solat raya dan naik flight balik Kelantan dengan jubah tu, konon nak sama-sama dengan suami balik pakai jubah. Baru rasa macam balik dari Sudan! ;p. Tak pe, sebab baju raya bukanlah fokus saya untuk raya tahun ni. Yang paling penting ialah kegembiraan dapat beraya di tanah air bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah harapan ramadhan kebanyakannya tercapai semasa di Sudan lagi. Malangnya sebaik landing di Malaysia, roh ramadan macam tertinggal di Sudan. Memang dah agak dah pun. Dugaan puasa di Malaysia memang lain macam la cabarannya! Mudah-mudahan Allah terima amalan-amalan tu. Mudah-mudahan sempat lagi bertemu Ramadan next year dan boleh perbaiki lagi kelemahan.

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan suami, mak & adik beradik di pagi raya tahun ini adalah yang paling touching sebab agaknya tahun lepas dah merasa beraya berjauhan, jadi bila pagi raya kali ni dapat kucup tangan mak, memeluk tubuh adik beradik, terasa sungguh besar nikmat dapat beraya dengan keluarga! Allahuakbar. Lebih-lebih lagi tahun ni ahli keluarga kami bertambah sorang lagi, anak adik saya. Baby Allyssa.

Akibat terlebih makan & tidur sejak sampai Malaysia, ketembaman pipi & kebuncitan perut tidak dapat disembunyikan lagi. Sehinggakan ramai makcik-makcik & kaknam-kaknam yang tersalah sangka saya mengandung. Nampaknya tersilap langkah memilih untuk berjubah semasa pulang ke kampung. Haah, saya memang mengandung. Perut saya mengandungi lemak-lemak berlebihan. Dahla ada seorang biras yang tengah pregnant anak ketiga 2 bulan tapi ironinya perut saya lebih besar dari perut dia! Alahai, tak boleh la nak marahkan makcik-makcik & kaknam-kaknam tu kan? Takpela, saya tak marah & kecik hati pun, mudah-mudahan masin mulut diorang, betul-betul saya pregnant lepas ni kan.

Sebab kalut sangat pagi raya tu, maka kamera pun tak tau dah kemana. Raya kali ni takde la gambar nampaknye. Ade adik saya captured gambar kami berdua tapi malu nak tepek kat sini sebab giant sangat badan saya!huhu…macam mendedahkan aib sendiri pulak kalau tayang kat sini. Hehehe.

Rumah PIL dah sunyi semula sebab anak-anak buah dah kembali pulang ke bandar. Yang tinggal hanya yang bujang-bujang, baru kahwin dan belum beranak. Sebab tu baru hari ni dapat update blog. Nak berjalan ke KB, Rantau Panjang atau Ariani Wakaf Che Yeh. Tapi jalan depan rumah pun dah jem, jawabnya kirim salam je la! Tak memasal nak redah jem panas-panas ni. Hari ni rasanya tamatlah sudah episod raya saya walaupun syawal baru je 3 hari bermula. Betul kata ramai orang, raya ni yang seronok budak-budak je!

2 responses »

  1. haha tergelak-gelak when i read this entry. kebetulan i was rambling pasal orang yang asik cakap dia gemok gemok and pasal kebuncitan tuh. hahahah. selamat hari raya, selamat pulang ke malaysia. sampai bila cuti nih?

    • I da bc that entry, mmg terkena kt batang hidung!hehe..tp nak buat mcmana, raya kt Malaysia memang balas dendam la makan puas-puas. Kat Malaysia sampai 12 September, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s