Lebih Teruk Dari Sudan

Standard

Kelantan is WORSE than Sudan. Ooppss.. orang Kelantan sila bawa bertenang, ok. Lebih teruk dari Sudan sebab seminggu kat sini berat badan saya naik berkilo-kilo. It’s food heaven here! Makan nasi for each meal. Sarapan pagi biasanya kalau tak nasi kerabu atau nasi berlauk Pok Lah (very famous here), my mother in law akan masak nasi goreng yang super sedap, tak tau macamana dia buat. Lunch pukul  1 or 2 memang wajib nasi putih & lauk pauk home made yang complete dengan ikan masin, ulam ulaman, budu & tempoyak. Normally between the 2 meals tu saya sempat tidur sekejap (ye ke sekejap?hehe). Mak mertua saya jenis tak suka orang ‘mengacau’ dia kat dapur. Anak-anak & menantu-menantu perempuan memang tak de menolong dia kat dapur. Lepas lunch kadang-kadang kami merayap la kemana-mana, Kota Bahru, Tanah Merah, Wakaf Che Yeh, Pasir Mas, ikut apa yang nak dicari. Dalam pada merayap, singgah isi perut ikut tekak teragak nak makan ape. Kat Kelantan tak payah risau, kebanyakan makanan yang dijual so far mengikut standard rasa yang sepatutnya. Itu penilaian  tekak saya le, tekak uols i tak tau ok, tekak kan lain-lain..hehe. Kalau kami tak kemana-mana, biasanya layan TV je, dah tersadai depan TV macam dugong bunting, mata pun mula la makin kecik makin kecik lama-lama TV layan kite!hehe. Then dinner pun nasi jugak lagi. kadang-kadang repeat lauk lunch, kalau tak mak mertua saya akan masak sikit-sikit tambah lauk lagi. Tak pun makan kat luar.

Walau hati & fikiran saya melarang tapi nampaknya nafsu saya masih sukar ditundukkan. Saya memang dah sedia maklum, berat badan saya memang senang naik kalau banyak makan nasi, dah la kat sini guna beras siam. Bukan beras herba ponni yang kurang kandungan kanji tu. But it’s hari raya,beb. Once a year. Plus saya dari Sudan and next week dah nak balik Sudan semula kan. Kat sana nak makan apa-apa kene masak sendiri. Saya pulak masak bukan la sedap mana pun, lain dengan sini, nak makan apa order je, mak mertua saya memang terror masak, kejap je dah siap, sedap pulak tu! Dia memang KEJAM tau, dah masak sedap-sedap pastu paksa-paksa pulak orang makan banyak-banyak sampai bertambah-tambah. Dia kata, makan puas-puas nanti kat sana takde la kempunan bila rasa terkenang-kenang. Terpaksa la saya turutkan jugak kehendak dia nak tengok anak & menantu dia makan banyak-banyak, (anak dia tak payah disuruh, memang dah sedia kala makan banyak!) kang melawan, derhaka pulak. Berdosa! Dan akibatnya, dia terpaksa la pulak tengok menantu dia ni menjadi gemuk di depan mata dia. hehe.

Baru-baru ini saya berjaya menjejakkan kaki ke pasar tengah malam Wakaf Che Yeh. Dah lama saya merengek-rengek kat suami nak ajak dia ke sana tapi dio tokse! dia asik cakap, nak buat ape pergi sana, tak de ape-ape pun. Kelantan ni takde ape-ape, itu je la hiburan untuk orang sini. Tapi saya tak puas hati sebab sana sini orang bercakap pasal shopping kain & tudung kat sana. Entah macamana balik kali ini suami saya terbuka pulak pintu hati dia nak bawa saya ke sana. Mungkin berkat doa saya sebelum ni. ahaks! Saya memang fanatik tudung dan fabrik, cuma tak mampu nak shopping banyak-banyak je!Tempat tu dia da upgrade, cantik dah. Now ade banyak hotel kat area tu. Turun je bole terus shopping kat midnite market. Kedai makan pun banyak. Ade McD drive thru lagi.

Masa kami sampai tu baru pukul 9 malam, kebanyakan penjaja baru nak mula berniaga. Saya memang separuh gila tengok kain-kain. Macam-macam jenis kain ade. Ade tu kain corak batik dijual 5 pasang RM100. Batik creep latest design yang ade batu-batu tu pun ade. Harga macam-macam range. Ade tu saya tanya RM280, ada jugak yang hanya RM180. Kalau ikutkan hati memang nak beli, ade sepasang tu saya berkenan sangat. Tapi bila fikir secara rasional, nak beli pun nak pakai bile kan? Ade orang kata takpe, beli je dulu nanti bila nak keje baju dah ready. Tapi saya fikir, by the time saya nak kerja balik nanti dah design lain pulak kan. Lagi pun Wakaf Che Yeh kat Kelantan je, kampung kedua saya bila-bila masa boleh datang lagi. Tunggu la nanti.Hehe.

Kelantan dah ade Parkson, tapi saya tak sempat nak pergi lagi. Tapi KB Mall tu pun dah ade macam-macam. Tadi masuk Billion pun sempat gak beli sesuatu. Plan lepas Billion nak pergi Parkson tapi dah rabak poket kat Billion, takut pulak nak masuk Parkson. Konon-konon hari tu saja fikir nak balik Kelantan lama sikit sebab taknak belanja sangat. Tak jugak, Kelantan dah macam-macam ada sekarang. Kalau duduk Kuala Pilah kami memang tak lekat kat rumah, hari-hari mesti merayap sampai ke KL. Macamni la kami bila balik Malaysia, dah puas duk rumah kat Sudan balik Malaysia kami nak merayap puas-puas pulak.

Kesimpulannya, Kelantan memang best. Sila la melancong ke Kelantan. Shopping best, makan pun best. Shopping gaya saya la, kalau uolls nak shopping kat designers boutique memang takde la kat sini, ye. Itu sila la ke Paris atau Milan. Mungkin ade antara uolls yang fikir, perempuan darat ni duduk Sudan, dapat shopping kt Kelantan pun dia dah rasa best! Itu pun iye jugak kot. Hehe. Esok kami dah nak balik Kuala Pilah semula, hari ni saya dah sedih. Lepas ni bila lagi lah dapat makan best-best macam kat sini? sob..sob..sob.. ( makan gak yang difikirkan!)

2 responses »

  1. ni bukan entry whining dah gemok kan? haha :p kalau tak, *tepuk dahi* hahah.

    last went to kelantan last year, pegi orang kahwin. tapi tak singgah mana-mana sangat sebab tak book kereta pun. just pegi pasar yang popular dekat kb tuh. dapatlah beli kain sepasang. plus time tuh tengah hujan, so mood pun agak mandom.

    dengar banyak jugak pasal wakaf che yeh nih. nanti boleh pegi lagilah. kalau dah ada hotel semua yang best kat situ kan?

    kalau turun putrajaya tuh, singgahlah mof ye🙂

  2. Sorry Mala, kita lambat reply komen awak. Rasa macam dah reply, tapi agaknya saya reply dalam hati je kot! haha. Sebab saya baca komen awak kat emel dulu, pastu bila log in blog account lupa pulak nak reply komen, update entry je tengah-tengah malam lepas packing nak balik sudan tu.

    Btw, Kelantan memang syurga shopping fabrik bagi saya. Mungkin tak sesyurga Bandung or tempat lain tapi Kelantan ok sebab murah especially untuk batik. Makanan pun sedap-sedap dan murah. Haah, kalau wakaf che yeh tu memang dah selesa sangat sebab ada hotel dalam tu. Try la pergi nanti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s