Kembali Kepada Fitrah

Standard

Kami dah sampai Sudan tepat pukul 6 petang waktu tempatan semalam, 14 September 2011. Yeay! (?). Huhu…setelah bertekak hampir 1 jam dengan kastam di airport semalam, menunggu kereta dan makan malam, pukul 9 malam baru sampai rumah. Penat! Bertekak pasal beli TV dari Dubai. Leceh betul la diorang ni. Prosedur sebenar tak tau macamana. Dulu beli, boleh lepas. Kali ni beli tak lepas pulak. Kene bayar tax. Tax kalau sikit, memang kami bayar je terus semalam, senang tak payah nak berurusan apa-apa lagi, tak payah nak pening-pening kepala. Ini tax sampai USD 580! Gilo…100% ke? Kena isi borang perlepasan cukai dari Ministry of Foreign Affair (MFA) Sudan pulak dulu. Layankan je la. Kalau last time jadi macam gini, memang sumpah kami takkan beli TV lagi.

Kami stopover kat Dubai 3 hari 2 malam. Biasa la kan, nak balik Khartoum buat ape nak rushing. Huhu. Everytime ke Dubai mesti ade benda baru kami discover. Walaupun selalu saya niatkan lepas ni, kalau ke Dubai lagi taknak update dalam blog lagi. Takut pembaca bosan, asik-asik Dubai je. Tapi bila discover new things, rasa membuak-buak nak share. Tapi itu nanti-nanti lah ye, dalam entry lain,k.

Memandangkan hari ini, hari pertama kembali ke rumah di Sudan, maka banyak kerja yang perlu diselesaikan. Kerja-kerja yang masih tertangguh sebab saya tersangkut depan laptop ni. hehe. Bila nak balik semula ke sini je, mula la badan rasa tak sedap la, nak demam la, selsema la. Macam-macam. Tapi jangan dilayankan sangat sebab at the end of the day saya jugak yang nak kene buat kerja-kerja tu.

Marilah berhenti menulis dan kembali lah kepada fitrah sebagai seorang surirumah. Lama dah bercuti kan? Kain baju, mop, periuk, kuali semuanya sedang menunggumu. Mereka sangat merindui sentuhanmu. Baiklah!

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s