Surprising Dubai

Standard

Saya rasa saya pernah mention dalam my post ‘Kembali Kepada Fitrah’ yang kali ni saya ade jumpe beberapa benda baru semasa kami singgah di Dubai dalam perjalanan balik kali ni. Saya suka Dubai. Sebab ia selalu ade surprise.

Firstly, semasa kami di Dubai Outlet Mall. Ini memang destinasi wajib bagi kami kalau setiap kali ke Dubai. Akmal, if u r reading this, i must thank u sebab kau la yang bagitau aku pasal DOM ni. Everytime pergi tempat ni sure aku teringat kau. Hopefully kalau kau ke Dubai next time kau akan dapat pergi sini. Best wei, hari tu kami pergi ade Burberry Outlet baru bukak. hehe… Sebenarnya semasa ke Dubai baru-baru ni saya takda mood nak beli apa-apa pun sebab saya rasa semua benda keperluan masih cukup lagi. Lagipun masa kami pergi tu takde sale. Tapi my husband yang beriya nak pergi DOM ni sebab dia nak cari perfume. Tapi masa lalu kat Sketches Outlet kami terpandang sepasang kasut yang saya akan perlukan untuk trip kami ke __________ hujung tahun nanti. 50% less. Kebetulan kami datang hari isnin diorang ade Monday 1/2 price. Memang rezeki saya agaknya saiz pun ada. Lepas tu salesman tu bagitau kedai tu sekarang ada promosi kalau kami beli sepasang lagi kasut, mana yang lebih murah akan dapat lagi 50% less. Contohnya harga kasut saya tadi AED 100. Pastu katalah saya pilih lagi sepasang kasut harga AED50, so yang AED50 tu akan jadi AED25 je. Menarik! Saya suruh suami saya pilih untuk dia kebetulan dia memang nak gantikan kasut dia yang dah koyak tu. Kami happy dapat 2 pasang kasut dengan AED 150. =) Kami makan nasi goreng kt food court DOM. Kat menu memang tulis ‘Nasi Goreng’. Ada telur mata. Sedapnye masyaAllah! kalah saya masak sendiri. hehe.

Esoknya kami jumpa kedai makan Pakistan dekat dengan Al- Ghurair Mall. Ke Al-Ghurair Mall untuk membeli barang yang dikirim oleh kawan di Sudan. Kami makan kat situ sebab kami tak suka dengan makanan dekat food court Al Ghurair Mall tu. Dah la mahal, takde yang sedap pulak tu. Dalam mall tu memang ada fast food macam pizza hut & mcD tapi makanan citarasa arab la kan. Mana la kena dengan tekak kampung kami ni! My husband pulak nak cari nasi. Kami pun try la tanya kedai Pakistan tu, dia tunjuk menu ade beriyani. Sedap gak beriyaninye. Dah la murah. 2 orang makan cuma AED27 je. Ade jugak tempat makan yang murah kat Dubai ni rupa-rupanya.

Lepas tu kami ke Naif untuk ke kedai kain bernama Phulwani. Tuan ambassador mintak tolong kami ambilkan baju yang dia tempah masa dia ke Dubai bulan 7 haritu. Masa sampai je kat kedai tu, saya terpandang tulisan “Selamat Datang Tuan-tuan dan Puan-puan” then ade lambang 1Malaysia. Kat dinding luar ade gambar Erra Fazira & Amy Mastura. Saya kata, eh kedai Malaysia ke ni? Bila dah masuk, suami saya terus berurusan dengan yang di depan, saya pulak dah gelap mata tengok kain cantik-cantik, ade seorang pelayan kedai tanya saya, cari kain ape kak? saye terkejut, saya cakap kat suami, yang..dia ni pandai cakap melayu! Terus semua pekerja dalam kedai tu jawab serentak, semua orang pun bolehla! hahaha… saya interview diorang ni sume sebab kagum dengan kefasihan mereka berbahasa melayu. Mereka ni Indians..bukan dari Malaysia. Tak pernah pun pergi Malaysia. Fasih cakap melayu sebab kebanyakan customer orang Malaysia. Kat kaunter, boleh nampak beratus ke beribu name cards orang Malaysia yang kerja gomen, flight crew, swasta dan macam-macam lagi. Kedai ni glamer rupenya di kalangan rakyat Malaysia. Kami je yang tak tau. Name card menteri pun ade. Kedai ni ambil tempahan jugak. Diorang boleh jahit macam-macam baju. Suits, kemeja, dress, blouse, baju kurung segala jenis-baju kurung biasa, moden, pesak gantung, riau, kebaya. Sepasang baju kurung boleh siap dalam masa 1 hari saje. Wow..saya rasa macam bestnye la kalau kami tinggal di Dubai. Mungkin next time kami ke Dubai boleh la singgah tempah baju kat sini. Harganya pun berpatutan. Masa saya google ‘Phulwani, Dubai’ saya terjumpa blog ini. Boleh click untuk info lebih lanjut tentang Phulwani.

Masa kat Dubai, suami saya nak beli jam sebab masa kat Malaysia adik dia dah berkenan dengan jam yang dia pakai. Adik dia amik, so dia nak ganti jam tu. Cari punye cari, susah nak jumpa yang dia berkenan dan harga dalam bajet dia. Sampai dia pun give up. On the last day kami kt sana, suami saya berjalan seorang diri ke Carefour untuk shopping pada saat-saat akhir sementara saya di bilik untuk packing. Dia pergi seorang sebab cepat sikit selesai membeli berbanding kalau saya ikut sekali sure lama kat sana. Semasa dia dalam perjalanan ke sana tu dia ternampak iklan jam kat dinding bangunan. Dia pun dengan was-wasnya masuk la ke dalam bangunan tu. Bangunan tu nampak macam office, apasal ada jual jam pulak. Rupa-rupanya itu office distributor. So dapat lah dia beli jam yang dia berkenan dengan harga yang jauh lebih murah. Rezeki! Tapi disebabkan wife dia ni masih tak lulus-lulus teknik packing dengan betul, sweater kami tertinggal kat hotel. Demn! Sedar masa dah kat airport dan mula terasa sejuk.

Ok lah, itu je benda-benda menarik yang kami jumpa masa singgah Dubai baru-baru ni. Lain kali kalau pergi lagi dan ada yang menarik saya akan kongsi, insyaAllah.

5 responses »

  1. salam, we plan to go to dubai in oct for a short stopover before going to saudi.
    just nak tanya if you have any suggestion for a reasonably priced hotel or apt (less than rm400).
    really appreciate your input. tq:)

    • Salam,
      Sebenarnya harga hotel di Dubai berubah-ubah mengikut musim. (Musim panas lebih mahal berbanding musim sejuk). Saya cadangkan awak try tengok di Booking.com. Setakat ni, kalau ke Dubai kami pernah tinggal di area Deira & Bur Dubai. Deira dekat dengan shopping complex Deira City Centre, Bur Dubai pulak berhampiran dengan Burjuman Mall. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s