Daily Archives: October 2, 2011

Krisis Matawang Sudan

Standard

Matawang Sudan, Sudanese Pound (SDG) mengalami kejatuhan teruk. Tahun lepas semasa kami baru sampai nilainya 2.7-2.8 berbanding 1 USD. Tapi hari ini 1 USD= 4.5 SDG. Kenaikan mendadak dari 3.9 pada Ogos lepas.

Ini adalah kesan daripada referendum, perpisahan antara Sudan dan Sudan Selatan (Republic of South Sudan). Sudan kehilangan 75% daripada oil production selepas South Sudan merdeka pada 9 Julai lepas.

Kejatuhan matawang Sudan ini memberi kelebihan kepada kami, the foreigners terutamanya Malaysians sebab kami ade USD. Tapi kejatuhan SDG yang membawa kepada kenaikan harga barang menambah penderitaan sedia ada rakyat Sudan yang miskin.

Krisis matawang ini telah menyebabkan 2 protes kecil di bandar Khartoum minggu lepas. Saya harap krisis ini akan dapat diatasi segera dan keadaan tidak menjadi semakin buruk. Saya bimbang kemarahan rakyat dari negara-negara jiran seperti Mesir, Libya, Syria dan Tunisia akan merebak ke Sudan. Walaupun sekiranya keadaan meruncing kami berpeluang balik Malaysia percuma beramai-ramai tapi saya berharap janganlah sampai ke tahap itu.

Semoga Allah sejahterakan Sudan. Amin.