Krisis Matawang Sudan

Standard

Matawang Sudan, Sudanese Pound (SDG) mengalami kejatuhan teruk. Tahun lepas semasa kami baru sampai nilainya 2.7-2.8 berbanding 1 USD. Tapi hari ini 1 USD= 4.5 SDG. Kenaikan mendadak dari 3.9 pada Ogos lepas.

Ini adalah kesan daripada referendum, perpisahan antara Sudan dan Sudan Selatan (Republic of South Sudan). Sudan kehilangan 75% daripada oil production selepas South Sudan merdeka pada 9 Julai lepas.

Kejatuhan matawang Sudan ini memberi kelebihan kepada kami, the foreigners terutamanya Malaysians sebab kami ade USD. Tapi kejatuhan SDG yang membawa kepada kenaikan harga barang menambah penderitaan sedia ada rakyat Sudan yang miskin.

Krisis matawang ini telah menyebabkan 2 protes kecil di bandar Khartoum minggu lepas. Saya harap krisis ini akan dapat diatasi segera dan keadaan tidak menjadi semakin buruk. Saya bimbang kemarahan rakyat dari negara-negara jiran seperti Mesir, Libya, Syria dan Tunisia akan merebak ke Sudan. Walaupun sekiranya keadaan meruncing kami berpeluang balik Malaysia percuma beramai-ramai tapi saya berharap janganlah sampai ke tahap itu.

Semoga Allah sejahterakan Sudan. Amin.

3 responses »

  1. kesiannya the poor sudanese!
    foreign exchange rates is something that i have to learn more. the technical part of it, agak complex. and it confuses me everytime. haha.

    • Kesian dengan diorang ni, Mala. Mereka ni tahap susah sampaikan dapat merasa makan daging pun setahun sekali, masa hari raya korban je!
      Dulu masa saya kat Malaysia memang tak pernah kisah pasal foreign exchange rate ni. Now bila pegang duit dollar terpaksa amik tau. Masa dollar jatuh kat Malaysia kita ikhtiar nak dapatkan euro. Now dollar dah ok balik, kita maintain la dollar. Cuba untuk maximise kan keuntungan bila balik tukar duit kat Malaysia. Bila nak berjalan ke mana-mana pun kita amik tau la current rate masa tu sebab nak plan perbelanjaan. Syok jugak tau!

      • sedihnye!
        i eat daging like almost everyday. sedih memikirkan some people just don’t have the same luxury. hmmm ni yang terasa macam esok nak puasa nih. but need all the energy to work!😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s