Pesan Mak

Standard

Masa saya tengah belajar dan gatal berboyfren😉 mak saya selalu pesan, jangan bercinta dulu, habiskan belajar, mintak kerja gomen nanti cari la calon suami satu tempat kerja. Anak degil, saya mencebik dan jawab taknak la kerja gomen. Macam bosan je. Mak saya kata kerja gomen la senang. Tengok orang kat hospital, klinik, pejabat tanah, relax je. Sarapan, masuk ofis, nanti pukul 10 minum pagi pulak. Tepat pukul 1 kalau kat hospital atau klinik tu tak kira la berapa ramai pesakit tengah tunggu pun doktor tetap keluar lunch. Kalau kat pejabat tanah pulak, kaunter ditutup masa lunch. Nanti petang pukul 5 dah boleh balik. Kalau jadi cikgu lagi senang, kerja half day. Balik boleh masak. Orang perempuan sesuai jadi cikgu. Saya jawab lagi, tapi kerja gomen gaji kecik! Mak saya kata takpe, masa depan terjamin, ade pencen! Tak sangka mulut mak saya masin. Atau mak saya memang doa selalu saya dapat kerja gomen dan dapat suami pun kerja gomen. Masa saya apply PTD, saya tak terfikir pasal semua tu. Saya apply sebab saya dah fed-up dengan kerja saya masa tu. Saya ada ijazah, kerja saya masa tu kelayakannya diploma. Saya nak kerja yang berpadanan dengan kelulusan saya. Dan tentulah saya nak gaji yang setimpal dengan kelulusan. Penat tau belajar, hutang belajar pun berpuluh ribu! Alhamdulillah, dapat gak tunaikan hajat mak saya nak bermenantukan orang keje gomen. Semua tu rezeki dan jodoh ketentuan Allah. Tapi yang mak saya cakap kerja gomen relax tu indah khabar dari rupa, masa saya join the service government sector dah banyak improvement. Takde maknenye ade minum pagi pukul 10 semua tu. Cikgu pun dah tak dapat kerja halfday! Haha.

Kenapa saya cerita pasal ni? Sebabnya semasa pembentangan bajet 2012 semalam banyak perkara yang diumumkan yang menggembirakan saya, membuatkan saya faham kenapa mak saya nak sangat saya kerja gomen. Perkara-perkara itu ialah:

1) Pemansuhan SSM dan digantikan dengan SBPA. Antara elemen yang menggembirakan dalam SBPA pula ialah:

  • ok, saya taknak copy dari teks ucapan bajet sebab panjang sangat. So secara ringkasnya SBPA menjanjikan gaji maksimum yang lebih tinggi. Maksudnya gaji mati lebih tinggi dari SSM. Kenaikan ini untuk semua penjawat awam cuma dalam teks tu diberi contoh gaji guru (yelah guru yang paling ramai). Kalau SSM gaji mati DG48 ialah RM6325.39 lepas tukar kepada SBPA jadi RM8710.
  • yang kedua ialah kenaikan gaji tahunan min RM80 hingga RM 320.

2)  Mulai 2013 kenaikan tahunan pencen sebanyak 2% setahun. Sekarang ni kene tunggu ada pelarasan baru ada kenaikan.

3)  Pelanjutan umur bersara wajib dari 58 tahun ke 60 tahun. Yang ini dari FB dan twitter saya baca ramai yang tak setuju. Umur 60 dah tua, nak beramal, nak duduk atas tikar sembahyang, nak main dengan cucu bla..bal..bla.. Tapi, kerja pun satu ibadah ape. Saya suke sebab bila kerja sampai umur 60 cukup la 30 tahun servis, maka dapatlah pencen gaji penuh. Kalau dikenangkan sekarang memanglah rasa tak larat nak kerja umur 60 nanti. Sekarang kita kuli, kite la kene buat segala macam kerja. Dah umur 60 nanti dah jadi bos. Ada anak buah yang buat paper, kite cume baca, buat keputusan dan sign. Loan rumah pun dah dinaikkan tempohnya maksimum hingga 30 tahun. Takkan dah pencen masih nak bayar loan rumah? Mungkin masa tu saya masih ada anak yang masih belajar? Tahun lepas, saya jumpa ramai bos yang berharap perkara ini diumumkan dalam bajet 2011. Lagipun kajian menunjukkan warga emas yang masih bekerja kurang risiko dapat penyakit nyanyuk! Kalau tak, takkan ramai bos yang berharap disambung kontrak lepas pencen, u olls! Lagi pun itukan umur bersara wajib, kalau nak pencen awal boleh je, tak payah la tunggu umur 60.

4) of course la bonus sebulan gaji. 1/2 bulan dah dibayar bulan puasa hari tu, baki lagi 1/2 bulan akan dibayar sekali dengan gaji bulan Disember nanti. Walaupun saya tak dapat sebab bercuti tanpa gaji, tapi suami kan dapat…so boleh la saya menumpang sket. Memanglah, ape sangatlah sebulan berbanding orang kerja swasta yang sekali dapat 20 bulan bonus, tapi saya tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya ade. Sebenarnya sejak saya join gomen, saya belum pernah merasa bonus. Sebelum ni kan asik beri bantuan khas je. Pesara pun dapat RM500. Ini omak den suko ni!

Teks ucapan penuh boleh download dari Laman Rasmi BELANJAWAN 2012.

6 responses »

  1. ramai pekerja swasta tanya pasal the benefits from belanjawan 2012. yela, my husband keje swasta. all that i could reply was “the govt provides opportunity for the private sector, and the private sector generates income for the country”.

    and the most annoying part is, ada jugak berbunyi walaupun dapat benefits from belanjawan 2012 tu (org gomen la tu kannn). it’s all about mentality kan sebenarnya?🙂

    apa pun, saya bersyukur dengan belanjawan 2012. SYMP hehehe~

    • All the subsidies tu kan benefits utk semua rakyat Malaysia?hehe..logikla org gomen dpt mcm2 dr bajet tu sebab kite itu bajet gomen, mesti ba bg bonus and naik gaji utk org gomen. pekerja swasta dpt gak benefits dr company masing-masing. Ade sesetengah diorg gaji lagi besar, bonus lg banyak, mcm2 la benefits lg yg diorg dpt tp org gomen tak dpt. Cume apeyg diorg dpt tak diwar-warkan mcm bajet gomen.

      Yang annoying part tu biase la, susah nak puaskan hati sume org. Bagi bunyi, tak bagi pun bunyi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s