9 bulan

Standard

Tak tau le orang lain macamana tapi saya ni setiap kali berurusan dengan PTPTN tak sah kalau tak sakit hati tau. Dari yang bekerja belakang kaunter sampailah yang kerja menjawab telefon.

PTPTN hantar emel bagitau permohonan pertukaran ke ujrah dah diluluskan. 9 bulan lebih tunggu emel tu. 9 bulan ok. Kalau pregnant masa tu dah beranak dah. Emel beserta attachment borang-borang lain. Perlukan tandatangan, setem hasil dan dokumen-dokumen lain yang perlukan pengesahan CTC. Tempoh tawaran 3 bulan. Pandai pulak bagi kita tempoh 3 bulan je. Urusan yang mustahil untuk diselesaikan bagi peminjam mereka yang di luar negara macam saya sekarang ni.

9 bulan diorang amik masa just untuk semak pemohon ni layak ke tidak. Bukan nak buat pelarasan siap-siap. Ingatkan diorang akan hantar agreement baru beserta jumlah baru yang perlu dibayar. Tapi nan ado! Bila ditanya kenapa? jawabnye ialah nanti dah buat siap2 pelarasan tapi peminjam tak setuju tukar kepada ujrah kami kene buat pelarasan kepada 3% semula. Dah 2 kali pelarasan, 2 kali kerja. Amboiii…sedappp ko jawab macamtu kan? Buat pelarasan tu secara manual ke? Takde sistem ke yg buat yang jadi susah sangat tu?

Sebagai pemohon, mesti lah kita nak tau adekah dengan menukar kepada ujrah akan mengurangkan hutang? Sebab ujrah adelah 1% interest daripada jumlah pinjaman. Dalam hal saya ni ujrah mula dikuatkuasakan dari baki pinjaman pada 1 Jun 2008. Masa tu of course la jumlah pinjaman masih banyak lagi. Dengan kos pentadbirannye lagi, memang confirm interest pun dah start kira masa tu. Sekarang baki dah tak banyak, kalau tak tukar dia akan kira 3% dari baki. So saya rasa taknak tukar. Tapi that CS dok insists saya suruh accept the offer. Dia kata takkan jadi rugi punye sebab dulu 3%, skg 1%. Dah tu, kalau memang confirm tak rugi apsal PTPTN tak buat siap-siap pelarasan dan hantar kat peminjam? Kalau confirm tak rugi, takkan la ade peminjam yang nak tolak kan?

Jadi, kesimpulannya biar je la macamtu. Kalau 9 bulan lepas dia reply awal-awal, mungkin saya akan terima offer tu. 9 bulan tu lama, dan kita bayar setiap bulan. Atau kalau 1% tu dikira dari tarikh kita terima offer tu, baru saya akan setuju tukar. Meminjam dengan PTPTN ni kalau nak nampak luak baki pnjaman tu jumlah bayaran tiap-tiap bulan mesti kena bayar sekurang-kurangnya sama dengan yang ada kat  jadual pembayaran tu atau pun bayar selepuk sekali banyak terus. Kalau bayar sikit- sikit memang nampak macam tak luak-luak. Sebabnya kos pentadbiran yang kita nampak tiap-tiap bulan tu mungkin hanyalah sebahagian daripada interest. Let say kita pinjam RM10,00. 3% dari RM10,00 ialah RM300 (interest untuk setahun). Tapi kos pentadbiran dok ade je every month. Nak cepat-cepat setelkan, supaya tenang hidup lepas tu. Kalau mati pun lepas tu mesti akan lebih tenang.

4 responses »

  1. saya sebagai pemegang biasiswa pun jadi emo baca entry nih. dah lama dengar ptptn nih buat hal. lembab pun ye jugak. dah banyak sangat komplen psl ptptn nih. takkan takde orang nak buat something about this. kalau saya banyak duit, saya beli ptptn nih lepas tuh i will turn it around. kalau tak dapat jugak, i will sell pieces of it. hahahahaah. jahat gile.

    • tu la..kalo setakat amik masa sebulan dua lepas tu reply setakat macamtu saya boleh terima lagi (org lain mungkin tak kot). Ini 9 bulan! Sampai saya pun dah lupa sebenarnye pasal permohonan ni. Saya dah lama bertekad, anak-anak saya esok nak belajar jangan la meminjam dengan PTPTN.

  2. dian,
    kan aku dah bitau siang2 kenapa aku tak terima ujrah ni kan???….mmg ptptipu…semuanya menipu…and untuk info ko ada member aku dah setel semua hutang dgn ptptn pada tahun 2009 n untill today (oct 2011) takde surat ptptn yang mengatakan die tak lagi berhutang dgn ptptn…2 tahun ok???….

  3. Aku saje nak dapatkan 1st hand info dari PTPTN sendiri. Sebab tu aku call diorang. Kwn ko tu dah isi borang untuk declare dah habis bayar lom? PTPTN kata kene isi borang, hantar kt bah. akaun. Baki yang boleh tengok kat e-fes tu bukan baki final.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s