Kepochi

Standard

Hai..bertemu lagi sekali hari ni! Tu dia…mambang blog sudah mari, selepas 5 hari blog ditinggal sepi, hari ni sekali 2 entry!

Bangkit Isu ‘syok sendiri’

ISU baju kuning dipakai Ratu Elizabeth II ketika menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 Julai lalu dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat semalam menerima sindirian pedas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Malah, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay ketika menjawab soalan tambahan turut membidas pertanyaan R Sivarasa (PKR-Subang) dan menyifatkannya sebagai syok sendiri.

“Saya ingat nawaitu YB (Yang Berhormat) kena betul… Janganlah syok sendiri.

“Saya ingat lepas ni YB boleh jadi penasihat pakaian (Ratu Elizabeth II)… Apa warna yang boleh pakai atau tidak,” katanya tersenyum sinis.

Kohilan turut menempelak Sivarasa yang kadang kala memakai baju biru adakah beliau kini menyokong BN.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun mencelah menyifatkan soalan itu berniat jahat malah boleh merenggangkan hubungan negara ini dengan Britain.

sumber: harianmetro.com.my

Sebagai rakyat yang mengundi saya rasa ade hak nak ulas. C’mon la MP! dah takde isu lain ke nak bincang dalam parlimen? Isu kaler baju pulak yang nak dikepohkan. Ini kat luar rakyat mengeluh harga barang mahal, raya deepavali dah dekat, bayi dibuang merata-rata. Dulu masa baru-baru lepas perhimpunan bersih saya pernah baca pasal kaler baju queen E ni. Tapi masa tu yang bercerita hanyalah rakyat-rakyat di blog dan FB. Ok la kan walaupun masa tu pun saya dah meluat gak. Eleh masa cucu dia kawen pun dia pakai kaler kuning ape? Agaknye kuning tu kaler favorite dia kot. Tapi bila dah sampai MP bangkitkan isu ni dalam parlimen, melampau la rasanya.

Tolong la YB sekelian, tolong fikir berlangkah-langkah jauhnye ke depan. Jangan lah bangkitkan isu-isu remeh temeh ni dalam parlimen seolah-olah Malaysia takde langsung masalah yang nak difikirkan lagi. Kalau setakat nak bincang isu kaler baju, biarlah kami golongan marhain ni je yang bincangkan kat FB dan blog kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s