Please, stop it.

Standard

Lately kan banyak berita-berita tak best. Terutama pasal buang bayi. Kalau dulu cerita orang buang bayi setakat tinggal dalam masjid, depan pintu rumah orang. Itu pun kite dah berbulu baca kan? Tapi hari ni orang lagi hardcore, sebelum buang bunuh dulu. Campak dari atas rumah ke longkang, tak pun kelar-kelar dulu sampai terburai isi perut.Please la, diorang ni semua heartless ke? Ape jadi dengan projek Baby Hatch yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tu? Walaupun ramai yang tak setuju dengan penubuhan Baby Hatch ni sebab seolah-olah benda ni akan memudahkan orang untuk buang anak so that lepas ni bohsia-bohsia kat luar tu boleh selamba beromen, pregnant, beranak pastu letak je anak kat dalam tu. Pastu cari bohjan lagi, beromen lagi, pregnant lagi. Ye la kalau dulu susah nak buang lepas beranak, kalau ter pregnant tu sekali dah serik dah. Now da ade baby hatch kan, dah setel satu masalah. Itu contoh pandangan orang berotak sempit. Tujuan sebenar Baby Hatch ni ditubuhkan adalah untuk selamatkan those unwanted babies. So harapannya, lepas ni takde la lagi orang jumpa baby dibuang merata-rata. Namun nampaknya, gagal juga. So ape jadi sebenarnye dengan program Baby Hatch ni?

Cerita, gambar, video pasal benda-benda ni tersebar luas. Kalau bukak FB tu ramai yang suke nak share. Please stop it la. Trauma ok. Tak suke la tengok gambar-gambar mayat baby, janin macam tu. Memang la masing-masing ade hak nak post ape saje kt wall masing-masing. Tapi agak-agak la. Tak semua orang sanggup tengok. Kalau video boleh la tak click. Tapi layout baru FB kan gambar kan main besar lagi. Tak payah click kat album dah boleh nampak gambar. Saya pernah sikiiitt lagi nak remove kawan yang suke sangat post gambar-gambar macamtu, tapi bukan dia sorang yang buat macamtu. Lepas dia, ade plak orang lain yang share.

Satu lagi semalam kecoh video budak perempuan kene langgar kat China yang takde siapa peduli tu kan? Buletin utama pun dah siarkan, so tak payah la nak post kat FB pulak lagi. Please stop it. Stop buang baby, stop jugak post gambar-gambar ngeri macam tu,k.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s