Ahmad

Standard

Ahmad adalah care taker landlord kami. Ahmad sekeluarga tinggal di bawah rumah kami. Rumah ni 3 tingkat. Tuan rumah sewakan kepada kami tingkat atas sekali. Lagi 2 tingkat tuan rumah duduk. Tapi dari dalam rumah tuan rumah yang tingkat bawah dan no 2 tak de tangga ke rumah kami. Kira macam town house, nak naik rumah kami ade tangga luar. Ahmad tak tinggal dalam rumah tuan rumah, tapi di luar (masih dalam pagar kawasan rumah). Rumah Ahmad hanyalah partition yang menjadikan ruang dapur, living hall dan bilik-bilik. Rumah dia basic je. Tugas Ahmad kepada landlord adalah menjaga kawasan rumah. Kalau ade masalah dengan generator set, meter air, rumput panjang, pokok nak kene tebang tu semua tugas Ahmad la nak uruskan. Tuan rumah ni jarang ade kat sini sebab dia kerja sebagai surgeon di Jeddah, Arab Saudi. Dengan kami Ahmad tolong bukakkan pintu pagar masa tiap kali kami nak masuk (kalau dia ade dekat-dekat pintu la, kalau dia takde kami bukak dan tutup sendiri je)

Ahmad ni dah tua. Ade dalam 50 an kot. Anak 5. 4 perempuan, 1 lelaki. Yang lelaki  dulu jadi guard kat bangunan sebelah rumah ni (milik tuan rumah jugak). Sekarang dah takde kerja. Sebab tuan rumah bagi orang lain duduk situ so orang tu merangkap jaga bangunan juga. Anak-anak lain masih sekolah dan belajar. Wife Ahmad macam saya, fulltime housewife. Ahmad memang hanya boleh buat kerja ringan-ringan je sebab dia bukan kuat sangat. Selalu sakit belakang pulak tu.

Petang tadi, lepas balik kerja suami saya bercerita yang Ahmad mengadu pada dia tak cukup duit belanja. Ahmad cerita selama ni doktoorah (wife landlord-doktor juga, sebab dia perempuan dipanggil doktoorah) bagi gaji SDG 200 sebulan. Bil air & elektrik tuan rumah tanggung. Kan saya pernah cerita yang sejak referendum duit SDG makin jatuh, harga barang makin naik. Jadi keluarga Ahmad pun turut terkesan dengan krisis ekonomi ni. Suami saya bagi juga sikit duit kat Ahmad 2 minggu sekali. Ahmad minta tolong carikan kerja untuk anak dia yang lelaki tu. Masalahnya suami saya pun makan gaji, bukannya business man. Mungkin boleh bantu dengan menaikkan elaun yang suami saya bagi 2 minggu sekali tu kot lepas ni. Saya pulak terfikir, kalau wife Ahmad nak, saya boleh suruh dia datang rumah 2 minggu sekali untuk bersihkan rumah. Sental bilik air dengan dapur je la kot. Rumah saya bukan ade sapa nak buat sepah pun. Pastu bagi la dia upah.

Kesian saya dengan family Ahmad ni. Saya insaf, sedih bila mengenangkan kami suami isteri makan mewah-mewah kat atas ni, rupe-rupenya jiran paling dekat dalam satu kawasan rumah bercatu-catu makan! Ini baru satu cerita yang saya tahu. Saya tertanya-tanya, berapa ramai lagi yang senasib dengan Ahmad kat luar sana. Lepas ni, kalau ade orang bazir-bazir makanan depan saya, saya sumbat makanan tu dalam mulut dia!

3 responses »

    • sini mmg susah nak dpt kerja. local staff kt embassy tu semua ade degree walaupun buat kerja kerani dan gaji kecik. Anak Ahmad tu english pun langsung tak tau lagi la susah nak dapat kerja. Mungkin sekarang ni dia buat kerja-kerja kontrak yg dibayar gaji hari je kot.

  1. kalo ko nak wat jariah lebih, ko tuisyen kan budak2 tu supaya terrer english.. pastu encorage anak2 dia yg masih sekolah suruh sekolah pandai2…kalo tak susah dpt keje….hahah (kalo diorg leh paham la apa ko ckp)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s