Shopaholics take London- introduction.

Standard

Hello everybody!

Tajuk poyo je kan! hehe..shopaholic sengkek..boooo! Kami ke London masa raya haji hari tu. Masa time hari raya haji kami ade kat Bicester Outlet Village!huhu.. London ade lah best! trip kali ni adelah trip yang paling kami puas hati. Berbaloi la travel 10jam nak sampai sana. My husband lagi la, dia kata dia tak sangka semua wishlist dia tercapai kt London tu. Sakan dia, you all! I pun tak percaya tengok dia kt sana, tak cerewet langsung. Kalau tak tu dia lah yang paling susah nak buat decision sesuatu pembelian tu. Pikir punye lama kadang-kadang tu tapi last-last tak jadi beli. Bukan penjual tu je yang hangen, i pun hangen dibuatnye! Tapi masa kat sane tak fikir panjang, jumpe yang berkenan, agak-agak kene dengan harga terus sambar! Kalau sentiasa macamni kan bagus… Dia kata dia dah lama tak shopping, trip kali ni memang nak shopping. ooohh.. begitu kekdahnye! Saya pulak la yang jadi susah nak memilih baju sebab masa kami pergi dah masuk winter, baju-baju yang dijual diskaun adelah winter warmers. Ape kejadahnye saya nak membeli winter warmers untuk dipakai di Sudan ni? Baju-baju lain ade sikit-sikit je. Maksud saya baju yang sesuai dengan saya lah..dan semestinya yang bersesuaian dengan harga. Tapi ok la at least dapat gak beli semua yang saya nak. Baju sket, shawls (ini wajib beli walau dimana pun jua), kasut 4 (sebab banyak kasut yang dibawa dari Malaysia ke Sudan ni dah jahanam sebab panas sangat) walaupun bukanlah Christian Loubutin atau Monalo Blahnik,  handbags 2 walaupun bukan Chanel!

Sebenarnya ade kejadian yang membuatkan keseronokan honeymoon hampir-hampir terjejas. Permulaan perjalanan kami ade lah SUCKS! Bermula dari kat airport KRT lagi flight ke Dubai dah delay 2 jam. Delay dari Dubai lagi sebab ada masalah engine. So Emirates tukar kapal terbang lain. Saya syak dia bagi kapal terbang spare sebab banyak benda tak ok. System kat screen tak berfungsi. Untuk taklimat/demo safety tu, biasanya diorg mainkan yg kt screen je. Tapi sebab system not working terpaksa la crews buat secara manual. Memang lawak la sebab diorang da lame tak buatkan… Duk tengok2 kawan sebelah la, orang cakap lain dia buat lain. Memang hampeh!

Sampai airport DXB, terminal yang untuk Emirates tu busy so terpaksa landing kat terminal untuk FlyDubai. Dari sana kene naik bas pulak. Connecting flight pukul 3.10, kami pukul 3.00 baru sampai! memang terkejar-kejar la. Nasib baik sempat! Then dalam flight macam biasa la. Saya sebenarnye memang suke travel tapi tak tahan nak duduk dalam kapal terbang lame-lame. Dah la naik economy. Ini terpaksa redha la kan…terima la hakikat tak cukup kaya untuk travel business class apetah lagi first class. Saya tak selesa sangat. Sempit, pastu terkuap. Pengalaman saya naik kapal terbang arab ni baik egypt air, baik emirates, bau makanan dia yang banyak rempah tu bile dalam tempat yang terkuap macamtu adelah memualkan. Memang literally rasa nak muntah. Ke saya yang peghok mabuk naik kapal terbang tak tau la kan. Orang lain macam relax je. Pastu kalau dah long journey tu faham-faham je la, nak kencing, nak berak, nak solat, nak tido pun tak selesa. Kalau boleh nak telan ubat tidur sebelum take off biar tido mati sampai landing!

Then da selamat landing kat Heathrow. Alhamdulillah. Tapiiiii…orang punye la ramai beratur kat security! Masa ni suami saya cakap i tak faham kenapa ade orang suke nak pergi London selalu. Macamni punye susah nak masuk. Haha…lepas 2-3 hari kat sana kami temui jawapannye! Tunggu next entry. To be continued! Nak kene berhenti masak. =)

1st pic kt sane. Tanpa melengahkan masa, terus keluar berjalan-jalan amik gambar. Kedai pun belum bukak lagi!

4 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s