Shopaholics take London- Part 1, The Curse.

Standard

Hello everybody!

Let’s continue the story about my recent trip to London. Oh, before that, i just realise that i forgot to say thank u to the 2 beautiful ladies yang sangat helpful dengan memberi saya info-info tentang London. Mereka ialah my bestie in Sudan, Emi yang dah sangat familiar dengan London sebab tiap-tiap tahun pergi bercuti sane dan Cik Mala yang sudi layan emel saya walaupun di saat-saat genting masa tu. Info yang mereka berikan memang sangat membantu saya dalam menyusun itenary trip ini. Tak pernah-pernah saya buat itenary bile nak pergi berjalan, inilah 1st time. Thanks a lot! Cik Mala, saya ade hantar poskad ke awak, harap-harap sampai la nanti.

Ok setelah sejam lebih beratur kt security and all, tibelah masa nak mengutip our luggage.  Masa nak tunggu luggage tu rasa berdebar-debar jugak. Sempat ke masa transit tadi diorang angkut pergi connecting flight? Kalau la tak sempat, musykillah kabir! nak dijadikan cerita, lambat la pulak nak dapat beg-beg tu. Pastu ade la seorang perempuan arab ni yang saya tak tau ape masalah dia tibe-tibe pergi tekan emergency stop button kat carousel tu! Dah terhenti benda tu, beg kitorang ni tak keluar-keluar lagi. Agak lama menunggu, keluar la sorang mamat petugas airport tu dengan muka mamai (kami sampai pagi buta) tengok ape masalahnye. Dah dapat beg semua kami keluar la then jumpe taxi driver yang kami dah book untuk jemput kami. Mamat Sri Lanka dengan muka masamnye menyambut kami! Bengang sebab kene tunggu lama.

Masa dalam kereta saya tak tau la kenapa saya rasa macam tak best walaupun dah sampai London. Permandangan kiri-kanan saya rasa macam kt Malaysia sebab ade nampak pokok-pokok, hijau-hijau…tibe-tibe rindu Malaysia! Patutla orang yang pernah duduk lama kat sana always refer the city as ”their kampung London!” My husband pun rasa benda yang sama. Pastu dia cakap, i harap London ni best untuk kite sebab permulaan trip dah tak best!huhu.. Untuk hari pertama kami tidur kat rumah kawan my husband yang kerja kat embassy kat London. Kebetulan dia outstation masa kami sampai, so rumah dia kosong. Yeay! Dia tinggalkan kunci rumah dia kat porter. Saya ingat benda-benda tak best dah berakhir sebaik saja kami masuk central London sebab dah tak macam Malaysia so dah tak sayu kan, tapiiiiiiiiiiiiiii…. rupa-rupanya kemuncak segala ketidak-best-an of the trip is about to happen! Jeng!jeng!jenggggg!

Rodney Court. Tempat tidur malam pertama.

The front view of the apartment. Jauhhh beza dengan rumah kami kat Sudan! Sob..sob..

Hah! Inilah orang yang pelupa, tak bawa duit tu.boooooooooo!

Bile the taxi dah masuk ke kawasan perumahan kami rasa dah nak sampai la ni. My husband tibe-tibe suruh bagi dia duit. Duit, passport sume dia suruh saya simpan dalam handbag saya. Saya keluarkanlah envelope berisi duit USD, hulur kat dia. Dia kata dia nak duit pound, nak bayar taxi. Masa tu lah tibe-tibe saya rasa muka saya pucat lesi, kalau toreh tak berdarah sebab saya terlupa bawa duit pound! Yes, the English money! Masa balik Malaysia hari tu kami beli 100 pound. Itu kire duit untuk taxi, beli starter pack simcard, oyster card and makan sementara nak tukar duit lagi. I only have 20 quids with me. Itu pun sebab ade kawan dari Sudan kirim belikan barang. Masa kami nak keluar rumah, my husband ade tanye duit pound dah bawak? Saya dengan confidentnye jawab dah… ade dalam purse i. I betul-betul ingat dia maksudkan duit 20 pound tu! Tak teringat langsung pasal duit 100 yang dah tukar kat Malaysia hari tu. OMG! macamane nak buat ni? 20 quids mane cukup nak bayak taxi! My husband masa saya cakap duit tertinggal, dia speechless. I takut nak tengok muka dia masa tu!huhu…Masa tu saya rasa habislah..this is the ending before the beginning.  Khalas!

My husband mintak driver tu singgah mana-mana money changer tapi driver tu sombong giler, tak nak layan langsung! That’s not my problem, he said. Bile nak bayar dalam USD dia taknak gak. Mentang-mentang la pound sterling lagi tinggi value dari USD! Then what’s next? Dalam kepala saya dah fikir macam-macam. Apekah nasib kami lepas ni? Driver ni dah tau kami ade 20 quids je, adekah kami akan dihalau turun di tepi jalan bersama beg-beg kami dan akan berjalan tanpa hala tuju di sini?! Oh NOOOOOOOO! Menangis kang! Tapi driver tu hantar jugak kami kat rumah kawan tu. Sampai je my husband terus amik kunci kt porter. Masa ni la fikir kalau kawan tu ade kat rumah boleh la pinjam duit dia untuk bayar taxi. Then the driver said dia tak boleh decide untuk kami macamane nak bayar. Dia call his boss suruh my husband explain. Rupe-rupenya boleh bayar pakai credit card. Lega kejap. Tapi yang tak sedapnye dia charge kami kos driver dia tunggu kami lama kat airport tadi. It’s not fair! Bukan salah kami, kami lambat keluar. Dah tu cara dia charge credit card bukan pakai merchant macam kat kaunter tu, tapi as if macam kita buat online transaction. Kene reveal kat dia the CVV number! Risau jangan cakap la, mane nak tau how much or how many time they gonna charge us? Kalau la ade benda tak baik terjadi pada credit card dia, saya lah yang bersalah. Sapa suruh lupe bawa cash kan? Nak selamat, my husband cepat-cepat call credit card center dan mintak diaorang monitor credit card transaction. Benda ni memang betul-betul jadi pengajaran pada saya. Inilah padahnye jadi pelupa. Lepas ni kene ade checklist lah.

Panjang lah pulak cerita ni. Ingat nak habiskan cerita the whole trip dalam entry ni. Tapi tak sempat la nampaknye. Sambung ke next part,ye. InsyaAllah akan cuba dihabiskan dalam next entry. Sumpahan ketidak-best-an trip ni dah berakhir. Lepas ni entry bergambar je kot and cerita sikit-sikit la.

Bye peeps! Thank you for reading. =)

6 responses »

  1. hahaha welcome, welcome. ada acknowledgement nih. sorrylah kalau info tuh tak sedetail mana sebab memang tengah critical time tuh. masa kecederaan!🙂

    errrr dian, it’s actually 20 quids. not squids. squids is sotong. hihih. wah, dah dapat slang london nih :p

    eleh mamat sri lanka tuh nak kerek-kerek lak. lain kali sound je direct. memang keje dia kut kena tunggu. so kalau flight lambat ke tidak, bukan masalah kita. macam mana laaaaa gi london boleh bawak usd? hahaha.

    • eh..memang the info sgt membantu. nak detail, saya google je from internet.

      alamak! malunye…tu lah saya tau squids is sotong tp terfikir bunyi same, maksud lain kot..sekali mmg salah! haha..thanks again Mala. I dah edit dah.

      memang kerek! padahal same2 from Asia. Dia dah jadi resident sane, dah hilang rasa Asian kot. Sebab gaji my husband kt sini dlm USD, pg mana2 pun bw USD. Tapi tu lah, kalau saya tersedar tertinggal the English money masa kt airport bole tukar siap-siap kat money changer sane. Pengajaran!

  2. cik mala itu harus la terer pasal london…memang kampung dia kat london…wahhh…aku sangat suka london…rasa cam nak gi lagi ajer…hehehe…

    • Pandaikan aku pilih tempat bertanya? Memang senang kerja aku nak plan percutian aku lepas tu. Aku pun suke! Memang rasa nak pergi lagi. Pasni kalau ade tiket murah dan kena masanya, insyaAllah akan pergi lagi.hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s