Shopaholics take London- Ending

Standard

Hello everybody!

Finally, the finale! The best trip ever for both of us. Walaupun permulaan perjalanan ade macam-macam perkara tak best terjadi, tapi semua tu tak menghalang kami untuk enjoy the rest of the trip. Dari atas kapalterbang dah rasa macam dah la, lepas ni tak nak datang lagi, tak sanggup nak travel jauh-jauh kecuali balik Malaysia lepas ni. Sampai airport kene que panjang kat immigration, lagi la rasa tak nak datang lagi. Tapi lepas dah duduk beberapa hari kat sana, seronok berjalan dalam cuaca sejuk, udara nyaman, boleh tengok macam-macam benda baru, dapat shopping semua benda yang dihajati, tiba masa nak balik hati saya rasa sayu. Memang rasa nak datang lagi nanti!

Namun, satu benda yang paling berharga yang saya pelajari dari trip ini ialah walau di mana pun kita tinggal, macamana maju dan best pun negara orang takkan boleh lawan bestnya tinggal di negara sendiri. Lebih-lebih lagi negara yang makmur dan aman damai macam Malaysia.

Semasa saya di sana saya sempat berbual dengan orang Malaysia yang dah tinggal lama dan bekerja di sana. Banyak juga complaint yang keluar dari mulut mereka. London bosan… kat sini kalau teringin nak masak ape-ape makanan Malaysia bahan ade, tapi kene rajin cari la… kedai makanan Melayu ade, tapi tu la kene drive jauh sikit sebab bukan semua area ade, ade banyak kat area Sussex Garden tu la. Itulah antara ngomelan mereka. Masa tu saya hanya mampu senyum je… Bagi saya mereka belum cukup faham makna bosan, makna susah, makna leceh. It’s London uollss!!! Nak komplen benda-benda macamtu kat kami yang datang dari Sudan. Kat London bosan-bosan pun boleh jalan-jalan tolak stroller anak kat Hyde Park, nak masak ape-ape kene rajin cari, at least benda tu memang ade, nak makan kedai Melayu kene drive sikit, malas nak drive? sane public transport sangat efisen. Kami yang kat Sudan ni? bosan duk rumah, nak pergi mane? Keluar rumah pun tak tau nak kemana. Tekak teringin nak makan makanan Malaysia? masakla sendiri. Bahan tak cukup? kalau bahan tu bukan main ingredient, belasah je la…janji ade rasa sipi-sipi pun ok. Kalau main ingredient yang takde, simpanla rasa teringin tu sampai kau balik Malaysia nanti. Betul kata ustaz masa halaqah, manusia ni dia takkan rasa nikmat sesuatu tu kalau tak merasa kehilangan benda tu dulu. Contoh, kita takkan rasa nikmatnya ada lampu kat rumah sampai la bile time blackout.

Tapi yela, perasaan kite yang datang bercuti sekejap tak sama dengan perasaan mereka yang tinggal dan bekerja. Kita datang bercuti memang seronok je. Mereka yang dah duduk lama dan bekerja lain pulak yang mereka alami. Jadi saya tak salahkan mereka.

Pengalaman berjalan dan bercuti kali ini memang benar-benar membuka mata dan menginsafkan saya. Sebelum pergi saya selalu komplen pasal kehidupan saya di Sudan ni. Tapi bila sampai sana, saya tengok macamane kawan suami saya tu kene kerja sibuk, balik lambat, outstation selalu, tengah tidur pukul 3-4 pagi KL call, yela sana beza masa dengan Malaysia 8 jam! Takpelah, my husband tak dapat posting London pun takpe! Kat sini dia paling lambat pun balik kerja pukul 6 petang. Tak pernah sekali pun dia tinggalkan saya sorang-sorang kat rumah sebab pergi outstation. Tekanan memang ada tapi bearable. Tekanan, mana-mana pun ade.

Lagipun kalau duduk sana memang confirm tak de saving. Mane sempat nak menyimpan duit, benda yang nak dibeli ade je di mana2! Kalau kat Sudan ni, temptation memang sentiasa ade, tapi tempat ni memang takde tempat nak shopping. Kalau duduk sane memang tak tercapai la target nak kumpul duit untuk renovate rumah. Bye-bye la! memang balik Malaysia, jawabnye kene panjat tangga Bank Rakyat buat loan untuk masuk rumah. Tapi kat sini dapat menyimpan. Bosan memang bosan, so 2-3 bulan sekali pergi la keluar berjalan ke mana-mana. Retreat.

Bila difikirkan semua tu, dalam pada rasa sayu nak tinggalkan London tapi dalam hati tetap terselit rasa tak sabar nak sampai Khartoum. Saya rindu rumah saya! Rindu bantal, rindu selimut, rindu masa-masa kami laki bini bergolek depan TV tiap-tiap malam dan hujung minggu, rindu nak memasak sedap-sedap (ini yg paling tak tahan sekali)! Saya janji saya takkan komplen lagi. Bersyukur dan terima dengan redha dengan setiap yang telah ditentukan untuk saya.

10 responses »

  1. hahaha…tergelak aku baca entry ko pasal orang melayu kat london…honestly speaking la dian…aku rasa la based on pengalaman aku kan…orang melayu yang dok kat london sangat kekwat hokey…masih teringat la beberapa encounter dengan orang melayu kat london dulu…ada sorang mamat tu aku saja tegur…boleh dia tengok aku atas ke bawah…demmm ajer…pastu ada skali aku dengan cousin aku gi convenient store nak beli barang nak masak…terserempak la dengan 2 orang mamat melayu (memang sah sah melayu tengok muka pon tau kotttt)…tengah bersembang dalam bahasa satu dialek sebuah negeri tu (tekalah sendiri yer)…pastu bila dia perasan aku dengan cousin aku ada kat situ…terus dia speaking london uolssss…hahaha…maybe aku generalising all that…tapi i had same comments from most of my friends gak about malays in london…owh itu tak masuk lagi kisah kat itu hall…aissshhh…tapi whatever it is…london memang sangat naisssss…

    • Kannnnn…ktorg pun masa jalan kaki mencari Holiday Villa tu ade gak terserempak dengan 2-3 orang bermuka Melayu, memang pandang kami atas bawah! Senyum pun taknak. Agaknye nampak sangat kami ni 1st time dtg London kot… Satu lagi masa kami pg makan kat 1 restoren Melayu ni, mamat Melayu yang hantar makanan kt kami tu speaking London ok! Tak cakap Melayu langsung! Amboi…amboi..amboi..

  2. hahaha saya sebagai penduduk dari kampung london juga ingin menyokong pendapat kalian. tapi usually orang-orang macam ni saya tak pandang atas bawah ke apa, saya buat dek je. sebab saya anggap diaorang ni semua indonesians. biarpun ketika itu saya di malaysia hall. hahahahahahahaha. keji tak?

    • kan kan kan orang london kan…nasib baik la cik mala orang london tak kekwat ghetuuu…tapi pada pandangan orang kampung london (yakni cik mala)…kenapakah orang melayu yang dok kat london menjadi begitu? hehehe…

  3. alah when you are in a different country, you want to be different. and you feel a little superior than the others. that’s normal. walhal duduk sana pun entah-entah atas ehsan jpa kut🙂

  4. haha, sape kena posting london mmg busy nak mam. nak dapat cuti panjang pun susah. so better posting tempat yg biasa-biasa je. boss kat WP pun nasihat kalau nak posting better negara yg takde direct flight mas and tak ramai vvip datang.
    biasa la u ols. london ok! malays are very different there. but aku rasa it wouldn’t hurt for them to smile. mungkin they ols tu stress kot.

  5. London hotspot kan babe?. Semua pun nak pergi sane. London, pergi melancong best la, tapi posting memang busy la. I harap u nanti dpt posting tempat best tapi tak busy. Janganla tak busy tapi bosan macam Khartoum pun tak best gak babe!hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s