Inilah antara sebabnya…

Standard

Assalamualaikum dan Salam 1Muharram.

Hari ni kami dah berada di Khartoum selama 1 tahun, 5 bulan, 3 minggu dan 1 hari. Kalau ikutkan target nak duduk sini 2 tahun je, dah tak lama dah lagi kami kat sini kan? (malas nak kire exact tempoh). Itu pun kalau betul 2 tahun la…atas kertas memang 2 tahun tapi pengalaman orang yang lepas 2 tahun 11 bulan. Kalau nak ikutkan lagi, lepas hardship post akan cross ke negara maju. Orang yang lepas cross ke Washington DC. So kami ke mana? New York? London? Paris? Tokyo? Seoul? Sejujurnya bagi saya kalau diberi pilihan saya nak Kuala Lumpur. Sebab?

Sebab ade banyak. Sebab utama ialah family semua kat sana. Nak dekat dengan family. Nak menyaksikan mak dan mak bapak mertua meniti usia emas di depan mata saya. Anak-anak buah semakin bertambah, setiap kali balik mereka makin besar. Sedih bila diorang dah tak kenal kami. Adik-adik kami pun semakin dewasa, semakin matang. Tiba masa mereka akan berkahwin. Sepanjang kami di sini kami miss majlis perkahwinan adik masing-masing. Suami saya adik lelakinya bernikah pada Mei yang lepas, adik saya pula bernikah pada September lepas. Kenduri kahwin sedara-mara, kawan-kawan dan majlis-majlis lain jangan cakap la. Banyak! Senang cerita family & friends events. Banyak yang kami terlepas.

Terkini, kami bakal ketinggalan majlis pengkebumian datuk suami saya yang baru meninggal dunia pukul 12.20 malam tadi (waktu Malaysia). Berita yang kami terima hanya melalui SMS. Saya sedang memasak kat dapur. Suami yang sedang duduk-duduk tengok TV terus masuk bilik, berwuduk dan baca Yasin. Lepas tu baru start call mak bapak, adik beradik kat kampung untuk mengetahui cerita sebenar. Esok, dia akan pergi kerja seperti biasa.

Itu lah antara sebabnya. Biarlah tak merasa duduk di negara maju, malahan balik KL saya kena bekerja. Saya tak kisah. Asalkan semua yang tersayang dekat dengan saya.

p/s: Al Fatihah untuk arwah Chik. Ya Allah, mudahkan perjalanan terakhir beliau.

4 responses »

  1. Dian,

    Same reason kenapa saya tak nak duduk luar dari Malaysia walaupun dulu macam berkobar-kobar nak duduk sana. I don’t mind going to new places, kena struggle dan kena survive kat tempat baru but I don’t want to miss a thing. Especially yang melibatkan keluarga terdekat la. Nak-nak kalau melibatkan things like death, sakit ke apa. Biarlah dok kat Malaysia aje. Asalkan boleh balik jumpa keluarga bila-bila masa.

    And for that, I have utmost respect for those yang sanggup untuk berjauhan dengan keluarga baik secara sukarela atau paksarela. Kena kuat tu and I don’t think I can.

    • yes, betul tu eny. I pun respect dengan org2 yg tabah mcmtu. Macam kat sini ade kakak ni dah duduk oversea 20 tahun sebab temankan suami dia bekerja. Suami dia dah posting kat banyak negara, dia ikut kemana saja. Dari anak kecik-kecik sampai dah ada yang masuk U kat Malaysia. Anak dara dia ade 2 orang study kt Malaysia. Lagi sedih kene berpisah dengan anak-anak. Tapi i tengok dia relax je. Respect!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s