Doa Buat Sahabat

Standard

Assalamualaikum. Salam 10Muharram, Salam Asyura.

Hari ini hari penting bagi 2 orang sahabat saya. Ira dan Ain. Ira saya kenal masa zaman belajar. Habis belajar same-same dapat kerja bank. Tinggal menyewa bilik same-same. Pastu bile dapat kerja tetap kami masih serumah. Sampai la bapa Ira tukar kerja di KL Ira pindah duduk dengan bapa dia.Tapi kami masih berkawan baik sebab perangai kami lebih kurang je.

Ain pula saya kenal masa kursus DPA. Kami satu sidang dan terus la kamceng sampai hari ni. Ini geng pergi lunch, melepak kat Alamanda, geng tudung Ariani.Dia lah satu-satunye kawan saya kat Malaysia yang paling rajin bertanya khabar saya kat Sudan ni. Dia jugakla yang paling sudi mendengar luahan hati saya dan melayan bebelan saya pasal keadaan kat sini. Terima kasih, sahabat! Pasni ko da bersalin, sure aku bosan takde kawan nak chatting! I’m going to miss u, babe.

Ira dan Ain tak kenal antara satu sama lain. Tapi yang bestnye diorang ni, diorang nikah same tarikh, pregnant pun same je sebab due date same. Alhamdulillah, saya dapat pergi ke majlis kenduri kawen dua-dua orang ni.

Majlis kt rumah Ira.
Minggu depannya majlis resepsi Ain pula, sebelah pengantin lelaki di Seremban.

Dua-dua pun pakai biru. Dua-dua pun bergambar dengan pengantin perempuan je. Berita mereka pregnant pun saya terima pada hari yang sama.

Hari ini hari penting bagi Ira dan Ain. Hari ini 6 Disember, birthday Ira. Pagi-pagi tadi saya dapat message yang Ain dah masuk wad. Dah ready nak bersalin. EDD mereka sama minggu depan tapi baby Ain decide nak tengok dunia awal🙂. Saya call Ira nak wish happy birthday dan tanya keadaan dia, tapi dia kata dia belum rasa nak bersalin lagi.

Saya doakan Ira panjang umur, murah rezeki, hidup sentiasa diberkati ilahi. Semoga mudah bersalin nanti. Good luck babe! InsyaAllah next year balik Malaysia kite jumpe. Aku masih tak percaya ko dah nak jadi mak orang tapi kene percaya jugak! Tapi ape-ape pun ko tetap kecy macam Ira yang dulu kan babe?!hehehe…

Saya doakan Ain bersalin dengan mudah, diringankan sakit bersalin. Ain kan cembeng, kang kalau sakit sangat nanti dia menangis.huhu… Mudah-mudahan berkat hari Asyura hari ini Ain selamat bersalin tanpa sebarang masalah. Dia amalkan baca doa Nabi Yunus. Nabi Yunus pun selamat keluar dari perut ikan yu pada hari Asyura ni. Good Luck ye babe! InsyaAllah kite jumpe nanti.

2 responses »

  1. aku maseh tharu tatkala mbace entri ini lagi.. iye aku mmg cembeng sebab mase tgh sakit sgt smp xtahan sakit aku muntah dow! haha.. apepon aku sayanggggg kau!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s