Mee Tak Berapa Segera

Standard

Assalamualaikum dan hello!

Hari jumaat adalah hari cuti hujung minggu di Sudan. Same macam sesetengah negeri di Malaysia contohnya Kelantan. Hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Kalau cuti hujung minggu tu, suami tak pergi kerja dapatlah bangun lambat sikit. Biasanya bila hujung minggu saya masak sarapan pagi special sikit.  Biasanya nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng atau bubur nasi. Dah bangun lambat, sarapan pun lambatlah. Bersarapan waktu makan tengahari. Huhu…

Kalau dah makan heavy breakfast, lambat la sikit makan tengahari. Dah petang nanti baru terasa lapar. Macam hari ni tadi suami saya requests mee segera. Hari tu masa pergi London kami beli sepuluh bungkus kat sana. Kat sana ada banyak supermarket oriental yang menjual bermacam jenis barangan keperluan memasak dari Asia Tenggara termasuk mee segera dari Indonesia dan Singapore. Dari Malaysia katanye ade, tapi masa kami pergi tu dah habis stok la pulak. So kami beli Indomee saje. Tapi sekarang semuanya dah habis.

Kat Khartoum ni ade jual Indomee tapi manufactured in Khartoum. Suami saya beli jugaklah minggu lepas. Tapi dia punya rasa memang tak boleh blah! bila hirup kuahnya, rasa hirup air sireh. Seriously! Hari ni nak makan megi gak lagi. Tapi tak sanggup lah nak makan perisa sireh kan. So saya buat macamane tau, saya tumis bawang putih, bawang merah sikit. Pastu tambah isi ayam beberapa ketul, lepas ayam dah kecut sikit masukkan air. Kemudian saya letak sayur. Best kalau ada sawi, tapi sebab sini takde, saya masukkan kobis dan brokoli je. Kemudian masukkan sikit sos cili dan kicap masin. Then pecahkan telur sebiji. Last sekali bila telur dah keras sikit, masukkan mee. Dah siap! potong cili padi kecil-kecil dan taburkan atas mee lalu hidangkan panas-panas.

Verdict: Sedap!!! Licin licau semua sekali.

4 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s