Random Hujung Minggu

Standard

Enti tak bermotif yang terhasil dari keinginan tuan punya blog untuk mencuba update blog menggunakan gadget barunye. Lecehnye!

Meh try upload gambar plak boleh tak agaknye.

Oohh.. tak berjaya nampaknye. Button option upload photo ade tapi tak bole nak click pulak…

Semasa entri ini ditulis, cleaner office (BBK) sedang buat part time cuci rumah saya sebab tuan punya blog has ‘Malas’ as her middle name :p. Dah 2 hari dia datang rumah. Rumah kini bersedia menerima tetamu pada bila-bila masa dari sekarang. Bile tengok cara si BBK ni bekerja, rasa mcam nak angkut je balik Malaysia nanti sebab kerja dia memang tiptop. Magic sangat! Berkilat-kilat semuanya.Tapi makan banyak la sikit nak kene bagi dan tak menepati masa, semalam kite bagi dia break untuk solat Jumaat, dari sebelum azan dia keluar sampai lah dah azan asar baru dia datang balik. Padahal masjid kat belakang rumah ni je. Tapi tu semua tak jadi hal kalau kerja tiptop.

2 harilepas saya menghadiri reception embassy Jepun sempena birthday emperror Jepun kat residen ambassadornye. Terjumpa jiran depan rumah kat majlis yang sama. Masa kat rumah ni tak pernah nak bekenalan pun, tapi bile mingle around kat majlis tu tanye-tanye tinggal mane, sekali amik kau, jiran betul-betul depan rumah!hahaha… btw, wife jiran tu pun ade, name dia MALAS. eh, same plak name kite kan!seriously, name dia memang Malas. So saya panggil dia Madam Malas. Saya berbaju kurung dan bertudung tapi ade orang Tunisia dan Egypt ingat saya orang Jepun. Ape da… Tengok kulit pun dah tentu-tentu kaler Melayu. Mata pun bukannya sepet. Tapi biasa la arab ni dia bukan reti nak bezakan sangat wajah-wajah bangsa lain di dunia ni.

Menaip depan tv. Sedang menonton Al Jazeera. Kat Tanzania ade kepercayaan karut, siapa yang simpan tulang orang Albino boleh jadi kaya. Jadi orang Albino kat Tanzania terancam keselamatan mereka sebab sana ramai jugak yang jadi Albinos Hunter untuk potong tangan orang Albino. Nasib baik le kat Sudan ni takde kepercayaan sape simpan tulang orang Melayu boleh jadi kaya kan?

Okla, penat la Menaip guna benda ni. Nak logout. k,bai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s