Tahun Lama, Tahun Baru & Longchamp for SALE!

Standard
Assalamualaikum & Hello!
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucap selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kebaikan untuk kite semua. 2011 saya rasa tahun laju. Tak tau la kenapa bila tiba malam tahun baru saya rasa macam tak percaya 2011 dah nak berakhir. 2011 tahun saya sepenuhnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya akui ade masa-masa yang saya rasa bosan yang amat! Tak dapek nak ngobar an camano bosan eh. Terutama time kawan-kawan rapat yang ada kat sini semua balik Malaysia. Saya tinggal sorang-sorang kat sini. Dah la masing-masing balik Malaysia tu sebab nak beranak, so paham-paham je la berapa lama diorang balik. Tapi kalau bosan patutnya rasa lambat la masa berlalu kan? Ini rasa laju pulak. Rasanya sebab walaupun bosan tapi ade jugak masanya yang saya happy yang amat jugak. Ape tak happy nye you olls… duk rumah rileks je 365 hari. Takde stress nak kene bangun bersiap pagi-pagi nak pergi kerja, meredah jem, kelam kabut nak punch card, mengejar deadline kerja semua. Rutin saya bangun pagi-pagi setel semua yang wajib pastu siapkan sarapan dan baju kerja suami. Lepas dia pergi kerja i’m free! Nak sambung tidur sampai zohor kang pun sambung la, takde sape nak marah. Tapi biasanya saya tak tido, saya online. Pastu dah tengah hari sikit masak, basuh baju 2-3 kali je seminggu. Pastu kalau mengantuk baru lah tidur jap. Mengemas saya tak minat, so suami akan upah cleaner untuk bersihkan rumah. Hari-hari rileks je. Tenang betul hidup saya selama 365 hari dalam tahun 2011 tu. Orang selalu kata jadi fulltime housewife ni best tapi ade gak yang tak best sebab kalau tak kerja takde la gaji. Betullll… tapi hutang pun takde.hehe…
2011 secara umumnya best bagi saya. Rumah kami dah siap, dah dapat kunci. Saya pun dah berangan nak deko macamane. 2011 kami balik Malaysia 2 kali. Dapat beraya kat Malaysia. Puas berjalan jugak, pergi Egypt buat kali kedua, Dubai entah kali keberapa last sekali kami pergi London dan Paris. Selain dari tu adik saya dapat anak pertama, adik sorang lagi berkahwin dan saya dapat hantar mak saya pergi umrah. InsyaAllah bulan Mac ni dia pergi. Kalau nak dihitung rezeki 2011 memang tak terhitung. Jadinya bersyukur saja dengan segala rezeki yang ditentukan untuk saya. Mudah-mudahan berkat semuanya.Bila direnungkan semua tu hilang rasa sedih kene duduk Sudan ni. Inilah hasil pengorbanan kami. Alhamdulillah.
2012 kita tengok dulu macamane. Permulaannya nampak memberangsangkan. Kawan-kawan di sini semakin bertambah dan makin rapat. Saya suke dengan suasana sekarang. Kami dah start plan aktiviti kami untuk tahun ni. Semoga tahun ini kami akan dapat balik Malaysia dengan lebih kerap lagi, dapat lagi beraya kat Malaysia, dapat berjalan banyak tempat lagi, dapat tambah anak buah lagi, dapat anak sendiri dan dapat pulak hantar mak saya pergi haji. Aminnn. Ok cukuplah cerita tahun lama dan tahun baru.
***********************************
Hari tu saya ada post kat FB pasal beg Longchamp. Saya tanya ade sape-sape yang nak beli handbag Longchamp tak? Tapi tak mendapat sambutan sangat. Lagipun masa tu saya takde internet sangat so saya tak dapat selalu online dan maybe masa saya post tu kat Malaysia tengah cuti panjang, orang tak online sangat. Ade la beberapa orang yang PM nak handbag longchamp model sekian…kaler sekian tapi tak saya ketemui. Pastu saya pun saje la beli 2 bijik yang pada saya cantek dan sell-able.

Le Pliage Open Tote (without zipper closure). Tak tau nak kate kaler ape. Off white ke light grey macamtu la.Ini katanya old editon of open tote. Yang baru, handle dia tanned leather macam yang kat bawah ni. Harga RM300 termasuk pos.

Small, long handle Le Pliage Tote. Dark purple.(yang nampak kaler putih tu kertas kt button je) Harganya RM 400 termasuk pos.

Ini nak menunjukkan perbezaan saiz beg-beg itu.

Masa masuk kedai longchamp tu nawaitu asalnya nak belikan kiriman orang je. Pastu terbeli pulak slingbag untuk diri sendiri…justifikasi untuk dibawa travel…Nafsu! Hari tu beli yang Le Pliage tote medium size, long handle justifikasinya untuk dibawa travel la jugak. Konon-konon besar, boleh sumbat semua. Pastu sebab beli kat airport London so murah dari kat luar jadi tak kisah la nak pakai lasak-lasak. Last-last jadi beg bawa buku pergi kelas arab je. Bile travel, beg ko besar…suami pun mule la nak suruh letak ipad dalam tu. rebeh gak la bahu! Pastu dia jugak yang suggest, u kene ade slingbag la untuk jalan-jalan. Pucuk dicita, ulam mendatang! Rezeki jangan ditolak kan uolls…I tak pernah mintak…dia yang rela hati offer…sambar je la kannnn…
Yang dua ni pun agak-agak kalau takde sape nak beli saya dah berangan da nak pakai sendiri je…huhu…bole buat isi kain telekung. Satu bawa pergi kerja satu lagi tinggal dalam kereta. Yang open tote tu bole buat isi fail kalau kene pergi miting bile dah kerja balik nanti. Eh, apasal cerita nak kerja pulak ni? Tak sabar dah ke??? Tak…itu justifikasi bila suami tanya kalau takde orang beli macamane? U nak buat ape dengan beg-beg tu? Benda kalau dah ade, simpan je…nanti ade masa berguna jugak! Hehehe… Tapi kalau ade yang  berkenan jangan malu-malu ok. Takpe saya jual yang ini, lambat lagi saya nak start kerja. By the time nak masuk kerja balik, entah ape pulak fesyen beg yang keluar kan?

7 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s