Kolo Pilah

Standard

Assalamualaikum🙂

Alhamdulillah kami selamat landing di KLIA pada hari Jumaat lepas pada jam 2.30 petang. Adik saya datang amik kat airport. Masa kami sampai tu KL mendung je tapi panas berbahang! Tapi takpe, Sudan lagi panas bila habis musim sejuk nanti. Panas ke sejuk ke ribut ke tetap happy kalau di Malaysia.

Balik kali ni kami terus balik rumah mak saya di Kolo Pilah (Kuala Pilah). Biasanya kami melencong dulu kemana-mana. Adeee je halnye selalu tu. Nak tukar duit la, nak amik kunci rumah la. Last-last sampai rumah mak dah malam. Kali ni terus balik rumah, makan!

Malam tu saya macam balas dendam memang makan kaw-kaw macam takde esok! Dah kenyang makan nasi, melantak durian pulak. Mak saya dah siap-siap simpankan durian untuk kami 5 bekas besar dalam freezer. Kami berdua ni hantu durian. Malam tu selamat satu bekas besar tu kami perabih berdua je. Pastu dekat-dekat rumah ni ade pulak orang jual burger tepi jalan. Nak keluar pergi McD nak lepas gian prosperity burger, tapi malas nak drive pulak, jadinye tapau burger daging spesel 2. Sekali my husband taknak la pulak. Terpaksa la saya makan dua-dua. Tak baik membazir kan? Makanya malam tu tidur kekenyangan. Dah gemuk macam lembu susu ni!

Mak saya dah 2 hari tak sihat. Mula-mula demam pastu melarat pulak jadi asma. Pagi semalam terpaksa pergi klinik amik nebulizer. Dah dapat tu lega la sikit tapi demam masih tak kebah lagi. Saya lah terpaksa jadi runner pergi pasar beli ikan dan sayur. Dari Sudan berangan kononnya balik ni taknak masuk dapur masak. Nak makan masakan mak je tapi sampai hari ni saya yang kene masak. Takpela, at least mak saya tak tinggal sorang-sorang masa dia tak sihat ni. Dapat saya jaga dia masa dia sakit. Lagipun saya rasa macam syok pulak sebab nak masak ape semua bahan lengkap.

Semalam balik dari pasar kami singgah makan cendol Pilah yang diidam-idamkan sangat masa kat Sudan hari tu. Rasa tetap sedap macam dulu tapi dah mahal dan helaian cendolnye boleh dikira! Masa nak bayar uncle yang jual tu tanya saya, “kerja mana sekarang? KL ye lama tak nampak?” “tak, saya tak kerja.” Ohh?tak dapat kerja lagi?”” Haha..saya dah kawen, jadi suri rumah saje”. “Oohh..itu macam ka? dulu regular customer sini kan?” *blussshh* malu i tau! Nampak sangat dulu muke saya je selalu menempel kat kedai cendol tu. Nak buat macamne, favorite!

Balik kali ni kami tenang sikit. Ade la hari-hari yang kami tak kemana-mana, duduk rumah je. Cuma my husband je la yang keluar sekejap pergi jumpa kawan & servis kereta. Kalau sebelum-sebelum ni kami asal balik je hari-hari keluar ke KL. Jumpe adik beradik atau kawan-kawan yang kat KL takpun pergi shopping complex. Keluar lepas breakfast, balik malam. Hari-hari. Lunyai rasa badan ni. Ini bukan bercuti namenye! Saya kadang tu sampai tak larat dah nak keluar tapi my husband pujuk-pujuk, katanye nanti kat Sudan u duduk la rumah puas-puas. Kali ni relax sikit. Pagi lepas breakfast lepak-lepak dengan mak sambil-sambil mesin kain. Pastu dah tengah hari sikit masak. Lepas makan, rehat sambil fikir ape nak masak untuk minum petang. Hari ni rasanya nak buat bubur kacang hijau dengan durian. Pastu lipat kain baju yang dibasuh tadi. Malam lepas dinner tengok tv. *syurga*🙂

2 responses »

  1. beb.. awat tak roger kek pilah hari tu?
    weekend lepas aku balik gachong duk teringat kat kau..
    lalu depan umah kau pun cakap kat laki aku, ni rumah dian.
    ada sini sampai bila?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s