Dari Kolo Pilah ke Pasir Mah

Standard

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah. Mak saya dah sihat dan dah keluar wad hari isnin lepas. Seminggu la mak saya kat wad. Nasib baik masa dia sakit saya ada kat Malaysia. Bukan saya bersyukur mak sakit tapi saya bersyukur sebab saya ade dekat dengan dia masa dia sakit. Perkara paling menakutkan bagi kami semasa berada jauh dari Malaysia ialah bila ade perkara-perkara buruk macamni berlaku pada ahli keluarga terdekat kami. Tak dapat nak bayangkan kalau dapat berita mak sakit, masuk hospital masa kami di Sudan. Susahnye la hati!

Mak saya dimasukkan ke wad sebab ade jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan asma. Mak saya memang sedia ada asma tapi disebabkan jangkitan kuman tu memburukkan lagi keadaannya. Selama ni kalau dia kene attack, pergi klinik kesihatan amik neb, terus ok. Kali ni dia dah pergi klinik masih tak ok. Sebelum dia masuk wad tu pun saya bawa dia pergi emergency kat hospital dulu, lepas amik neb masih tak ok, doktor suruh x-ray dada. Masa tu baru nampak ada jangkitan kuman. Terusla masuk wad malam tu.

Mula-mula dia duduk wad biasa kelas 2 yang katil banyak-banyak tu. Malam tu dia komplen tak boleh tidur sebab bising. Bukan pesaikt yang buat bising tapi orang yang jaga pesakit yang bising, bersembang sesama sendiri. Diorang ni pun satu, dah tau kat situ tempat orang sakit nak berehat, sensitif la sikit. Saya dah faham sangat mak saya, dia kalau tak cukup tidur, tak cukup rehat memang susahlah nak sembuh. Maka saya berusaha transferkan dia ke kelas 1 yang dalam bilik tu. GL saya layak untuk kelas 1B, satu bilik 2 katil ke 4 katil,tak ingat pulak. Tapi bilik tu dah penuh. Yang ada kelas 1A yang sorang-sorang 1 bilik tu. So takpelah, GL tak layak, kite bayar. Lagipun tengah cuti tanpa gaji ni laku ke GL saya tu? Bayar pun bayar je la, everything for my mak! Murah je pun, RM80 semalam untuk bilik. Rawatan free sebab mak saya ada kad pesara. Lepas bayar deposit RM400 terus nurse pindahkan mak saya ke dalam bilik. Biliknye kecil je tapi sangat selesa. Toilet dalam bilik, tak payah mak nak jalan jauh-jauh. Ade TV, takla bosan mak duduk hospital lama-lama. Takde la mak asik sebut nak balik je.🙂 Ade aircon lagi. Tapi tak on la sebab mak tak tahan sejuk. Kipas je pun dah cukup.

Kalau diikutkan, patutnya kami balik Pasir Mah (Pasir Mas), Kelantan pada 2 Feb hari tu. Kami plan balik semula ke Kolo Pilah 10 Feb. Tiket dah dibeli siap-siap semasa kami kat Sudan lagi. Tapi disebabkan mak masuk hospital maka kami cancel la balik Kelantan hari tu. Thanks to my sayang sebab memahami. Walaupun mak ok je kat hospital tu tapi tak sedap hati la saya nak tinggalkan dia. Mak saya lalu nak makan makanan hospital tapi saya tetap masak dan hantar nasi dan lauk-pauk ke hospital sebab mak request lauk-lauk tertentu yang takde dalam menu hospital. Hehe…Sepanjang mak di hospital baru lah saya dapat merasa menjadi suri rumah sepenuh masa yang sebetul-betulnya. Pagi-pagi lepas subuh saya dah kene fikirkan breakfast. Ade masa yang saya kene pergi pasar pagi-pagi bila bahan yang nak dimasak takde dalam rumah. Lepas breakfast terus masukkan kain kotor dalam mesin. Sambil-sambil tu sediakan bahan untuk masak tengahari. Kain siap basuh terus saya mula masak. Kang waktu melawat tengahari nak kene pergi hospital hantar nasi kat mak. Macam rushing sikitla sebab tak biasa, selalu kat Sudan lepas breakfast saya melepak je. Lambat sikit mula memasak sebab takde siapa nak makan tengahari. Kirenya kat Sudan tu saya jadi surirumah sepenuh masa acah-acah je…hehe..

Kadang-kadang mak dah makan nasi hospital masa saya sampai. Tapi nanti dalam pukul 2 mak saya makan nasi saya masak pulak. Bahagianye la hati anak ni tengok mak makan nasi saya masak dengan berselera🙂. Kadang-kadang saya akan lepak dengan mak sampai ke malam. Tapi lepas-lepas tu saya lepak sampai petang je. Mak dah habis makan saya balik rumah atau kemana-mana sebab saya perasan mak tak tidur kalau ade orang dengan dia. Walaupun masa tu nurse cucuk steriod kat dia! Haii..kalau tak berehat, macamana nak sihat mak? Tu yang kami boleh lepas berjalan sampai ke Melaka dan KL masa mak dekat wad tu. Suami saya nak jumpa adik-beradik dia kt sana. Kasi chance la kan, kesian dia tak dapat balik kampung.

So, hari Isnin mak saya dah boleh discharged.  Tibe-tibe pagi selasa masa saya tengah bersembang dengan mak, suami saya panggil. Entah ape dia mimpi malam tadi agaknye, dia ajak saya balik Kelantan hari tu jugak. Masa cancel hari tu dia kata tak payah balik, nanti dia belikan tiket untuk parents dia je untuk datang KL. Tapi semalam dia kata dia nak balik pulak. Hari tu Chik (atuk dia) meninggal dia tak balik, dia teringin nak ziarah kubur. Betul jugakkan. Lagipun, dapatla makan nasi kerabu dan nasi berlauk Poklah katanye..Cesss… Ok jugak macamtu sebab saya pun teringin jugak!hehe..Lagipun tiket untuk balik ke KL 10 Feb yang kami beli awal-awal dulu masih boleh digunakan lagi.

Makanya terus dia beli tiket online  dan pukul 4.30 pm semalam kami selamat landing di KBR. Jejak je tanah Kelantan, automatik perut saya switch on mode lapar. Tekak automatik mengidam nasi kerabu. Padahal dah lunch pukul 12.30 kat rumah Kolo Pilah tadi. Sempat saya masak lunch laju-laju. Hehe! Jalan jem sikit sebab time orang balik kerja. Kelantan tak cuti semalam. Bapak mertua saya kata kalau lapar jom kite makan kat Yati Ayam Percik. Wahhh..dengar ayam percik je terus berbunga-bunga rasa hati.🙂 Sampai kat kedai sibuk cari parking pulak. Masa lalu depan kedai saya dah nampak ayam percik dia sedang dibakar berderet-deret. Meleleh dah air liur ni. Terkinyam den! Susah pulak la nak cari parking, dalam hati saya, jangan la bapak mertua aku ni kensel plak nak singgah sini. Kempunan lak kang! Dah memang rezeki, dapat jugak parking akhirnye…maka saya pun mengoder tak hengat donia. Nasi kerabu ayam percik, daging bakar, air belimbing. Makan macam orang tak jumpe nasi bertahun! Burppp…Alhamdulillah! Sedap sangat! Tapi suami saya kata bagi orang kelantan tak sedap sangat lagi ni. Ape-ape je la yang…Mengaku KL selalu tapi bile bab makan pandai pulak nak mengaku Kelantan!hehe.. Masa nak balik saya siap boleh tapau sata 2 cucuk lagi. Hambo meme (memang) buleh hidup di Kelate ni!Hehe…

Malamnye, kalau ikut nafsu memang nak dinner sebab mak mertua saya masak singgang daging campur paru. Tapi takut gemuk!ngeee….Makanya, saya ratah-ratah je sikit lauk tu sambil menemankan my husband makan. Mak mertua saya tanya, Dian tak makan ke? Tak, Mi…kenyang lagi… *dengan nada sayu*

Pagi-pagi saya bangun tengok rumah kosong. Mummy dengan daddy pergi pasar dan beli breakfast. Seperti dijangka mereka bawa balik nasi berlauk Poklah. Favorite kami laki bini. Kalau dulu memang saya makan tak cukup nasi. Sampai bertambah dengan nasi putih kat rumah. Tapi kali ni saya memutuskan untuk tidak menurut nafsu. Kontrol sikit la. Memang sebelum-sebelum ni badan saya naik duduk sini seminggu tapi sampai Sudan, turun balik. Tapi kang kalau tak turun-turun macamane? nanges pulak kang! Ini pun baru lepas lunch, lauk utamanya kari ketam. Mak mertua saya tanya saya, Dian nak makan ketam masak ape? Sup ke kari? Teringat suami saya pernah beritahu mummy punye kari ketam sedap. Maka laju je la saya jawab kari! *tanpa segan silu*. Belum habis makan pak mertua kata, ingat petang ni nak ajak pergi makan mee kt ^%&^&* (tak ingat nama tempat). Selesai makan, mak mertua tanya, nak makan roti canai tak petang ni? (Jiran sebelah rumah baru bukak kedai roti canai) *pengsan i, u all!* Nasib baik la 5 hari je kat Pasir Mah ni.

p/s 1: Dian, kalau kau jadi pergi makan mee, makan roti canai segala, malam ni kau JANGAN dinner!

p/s 2: Kalau ada kawan-kawan di Sudan yang membaca entry ni, jangan sedih-sedih ye. I makankan semua ni untuk u all.🙂

8 responses »

  1. kauuuu…cerita pasal makanan tak agak2 yeeeee!! kari ketam segalaaaa….telan air liur baca! tungguu…giliran aku plak minggu depan!😀

  2. dian! amboiiiii. awal-awal entry, cite pasal mak. sekali dah baca sampai abis, banyak pasal makan je. hahahahahahah. alhamdulillah mak dah ok. now dia duduk kat umah sorang ke?

    anyways, bila dian pulang ke sudan?

  3. Diannnnn ko jahattttttt!!! kan aku dh terasa nk makan ketam dh nih… mana la ‘mak mertua’ aku nih xkunjung tiba nk mtk dimasakkan ketam!! hahahha btw, aku br jer pas mkn prosperity burger, nak geget jer burger trus teringat kat ko… bila nk llunch/dinner dgn aku plak?

    • Sally, masak la sendiri ketam tu. Jangan jadi menantu hantu macam aku ni tak malu request nak makan macam-macam dari mak mertua.hehe…Dinner boleh eh? Weekend ko ok x? aku try nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s