From Sudan :)

Standard

Assalamualaikum.

Dua hari lepas suami tanyakan satu soalan ringkas “u nak beli apa dari Sudan?” Saya terdiam, pandang muka dia lama. Susah nak jawab sebenarnye. Selama hampir dua tahun kat sini, sejujurnya saya jarang nak explore negara ni. Tak tahu ape yang berbaloi dibeli kat sini. Tapi takkanlah taknak beli ape-ape kan? Lagi bila si dia dah offer.hehehe…

Jadi semalam saya ajak dia keluar pergi survey. Saya tau madam-madam borong periuk,set pinggan mangkuk, carpet. Saya tak pernah peduli semua tu sebelum ni sebab tak minat.

So semalam kami singgah kedai Tefal.

image

image

Menarik, harga pun jauh lebih murah berbanding harga RM.

Nampak ni, dah lama teringin nak belajar buat kek. Tapi ade masalah dengan oven. Alasan! kukuh kan? huhu.

Next, kami ke kedai Victorinox pulak. Kat sini nak survey pisau dapur. Nak menangis gak tengok harga pisau sampai cecah SDG2000 satu set. Susah nak buat perbandingan harga sebab tak tu berapa RM kat Malaysia.

image

Pisau seramik SDG 450 sebilah. Sape tau kat Malaysia baper?

Lepas tu kami ke Homecare, kedai yang jual segala mak nenek barangan rumah. Kat sini saya pernah beli set periuk Korkmaz. Orang kat Middle east & africa tau la brand ni. Turkish brand. 3 periuk yang ade lids tu SDG 250. Masa tu terpaksa beli periuk baru sebab periuk sedia ada dah bocor. Seee… Punye la rajin sangat saya ni memasak, sampai bocor-bocor periuk! Dah alang-alang membeli, kite beli la yang elok sikit. Masa tu ade nampak cutlery set Korkmaz yang cantek. Tapi harga tak berapa cantek dengan bajet suami mase tu. Jadi kami tangguhkan la hajat membeli tu dulu. Semalam ingat nak beli la, sekali dah takde. Ermmm…nak buat macamane, anggap je la takde rezeki.

Hasil tinjauan dalam Homecare, jumpe la dia ni.

Luminarc Dinner set

Tengok harga ok, beli je la terus. Pilihan dah tak banyak, design yang nampak modern ini je satu. Tunggu kang takut habis pulak. Sampai rumah baru la sibuk-sibuk nak tau harga kat Malaysia. Wow…memang berbaloi-baloi!

Destinasi seterusnya ialah kedai carpet. Dah lama saya aim satu kedai ni. Dari jauh nampak cantik-cantik karpet dalam kedai tu. So semalam kami pergi la.

Saya minat yang corak classic belah-belah belakang tu. Banyak made in Belgium. Machine made. Nipis je, bukan carpet tapi rugs. Bile tanye harga, terus jadi tak minat. Tak berbaloi. Setakat machine made rugs made in Belgium baikla beli kat Malaysia. Kalau pandai tawar menawar boleh dapat harga jauh lebih murah. Pembelian yang tak menguntungkan elokla dilupakan.

Itu je la yang bole dibeli kot. Ooohhh… Ade satu lagi, kalau diizinkan saya borong ni banyak-banyak.

Shawlsssssssssss🙂

Ini saya beli dari souq AlGizra. Cantik-cantik! Nak beli untuk beri kat adik-adik dan kawan-kawan yang suke pakai shawls.

Okla, aku dah kedengaran very ‘mak-mak and makcik-makcik’ sebab bersembang pasal periuk belanga, pinggan mangkuk & karpet-karpet.

Sekian, bebelan dari Makcik Dian.

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s