Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

Standard

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Mak saya dah dipindahkan ke wad perubatan biasa selepas 2 malam di CCU. Adik saya dari KK dah balik. Mak saya sangat happy dapat jumpa cucu dia.🙂 Kami pun lega, boleh la check in kat apartment kat Jalan Ampang ni. Dekat sikit nak berulang ke HKL melawat bapa mertua saya. Sebelum ni kami ulang alik dari Kuala Pilah ke HKL. Kami melawat mak semasa waktu melawat tengahari. Lepas puas hati mendengar penjelasan doktor, kami terus ke HKL pula. Tak sampai hati nak tinggalkan adik-adik saya uruskan mak. Iye, saya ade masalah nak percayakan orang lain uruskan hal-hal family. Agaknya sebab saya dah terbiasa. Dari dulu saya acting ketua keluarga dalam menguruskan hal-hal macam ni. Maklum la anak sulung.:)

 

Alhamdulillah. Bapak mertua pun dah pindah ke wad biasa walaupun keadaan dia tetap macam tu jugak tak boleh bangun, tak boleh bergerak sangat, tak boleh bercakap. Tapi stabil. Memang kami pun faham pesakit stroke makan masa untuk sembuh. Takpela, at least dia semakin positif keadaannya. Oh ye, cucu dia bertambah seorang lagi 2 hari lepas. Biras saya (isteri abang ipar) dah selamat melahirkan sorang baby boy. Di hospital bersalin, HKL. bersebelahan dengan Wad Neurologi, tempat bapa mertua di rawat . 10 April 2012 ialah ‘hari masuk hospital’ keluarga kami agaknye. Mak, bapak mertua, biras semua warded pada hari yang sama.🙂

 

Alhamdulillah. Bapa best friend saya di Sudan, Emi pun dah selamat menjalani pembedahan jantung di HKL juga. Tapi sebab kami sibuk menjaga orang tua masing-masing kami masih belum sempat berjumpa. Call dan sms je bertanya keadaan masing-masing dan saling mendoakan antara satu sam lain. InsyaAllah esok boleh jumpa🙂

 

Hilang semua penat lelah kami selama ni tengok semuanya bertambah ok. Mudah-mudahan berterusan begini. Takpe kalau lambat pun. Kami masih belum putus asa. Ada masa rasa nak menangis, letih sangat tapi malam-malam tak boleh tidur sebab hati risau. Tapi sekarang ialah masa untuk berusaha dan berdoa. Belum tiba masa untuk menangis dan berhenti berharap.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s