syukran jazilan ya ustazah

Standard

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi saya dapat sms menjemput saya dan suami ke majlis tahlil dan farewell dari seorang student. Student ni ustazah bahasa arab saya. Dia kata dia dah nak balik for good minggu depan. Oh, dah tak lama lagi la tu. Tak semena-mena hati ni rasa sayu pulak. Lepas ni susah lah nak order karipap dan roti canai frozen!🙂 Student ni terer masak. Malu i tau! Hehe..

Nama dia Nur Khalida. Saya panggil dia Khalida tapi kalau dalam kelas saya panggil dia ustazah. Saya sempat mengikuti kelas ustazah ni selama setahun. Seminggu sekali.

Ustazah, kak Dian akui bahasa arab akak ni masih lemah. Tapi akak tetap nak berterima kasih pada ustazah. Penguasaan bahasa arab yang masih lemah bukan sebab ustazah tak pandai mengajar tapi Kak Dian ni kurang prektis. Kak Dian memang jarang ke souq, Kak Dian yakin, kalau akak rajin pergi shopping kat souq tu sure mantap dah cakap arab!hehehe…

Kak Dian nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab ustazah dah tolong akak tunaikan satu impian akak iaitu nk belajar bahasa arab. Masa kak Dian baru-baru sampai, akak ada beberapa impian dan cita-cita. Memantapkan skill memasak, belajat buat kek, belajar menjahit, drive kt khartoum dan belajar bhs arab. Tapi nampaknya sehingga ke hari ini belajar bahasa arab je yang tercapai kot. Yang lain-lain sume ke sungai Nil!hehehe…

Ustazah, selemah-lemah akak dalam belajar bahasa Al-Quran ni, akak tetap berbangga dengan pencapaian akak ni sebab kerana masuk kelas awak la akak boleh cakap dengan penjual jaket kat Cairo tu yang akak nak beli jaket kaler merah sebab ustazah memperkenalkan akak warna-warna dalam bahasa arab. Akak berjaya beli dengan harga murah sebab ustazah dah ajar ‘ila souq’ masa tu. Bangga tau sebab suami kagum dan lepas tu cakap “tak sia-sia i hantar u pg kelas” hehe..walaupun grammar akak lintang pukang masa tu. Tak kire ar..janji tokey tu faham!hehehe…

Ustazah, terima kasih sebab sabar mengajar akak yang dah berkarat otak ni. Berkali-kali kene explain benda sama tapi awak tak pernah jemu. Sebab awak la akak tau perbezaan ‘sawda’ wa aswad’. Sebab awak la akak temui jawapan kenapa ‘habbatussawda’ dan kenapa ‘hajarulaswad’. Sedangkan ‘sawda” dan ‘aswad’ same maksud iaitu hitam. Kenapa orang tak guna ‘hajarulsawda” atau ‘habbatulaswad’? sebab awak la akak jumpe jawapannya.

Ustazah jugak pernah tunjukkan akak salah satu mukjizat Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW bila pada satu hari tu awak pesan supaya semua orang bawa Al-Quran untuk next class. Awak tunjukkan satu ayat tu ade sebut ‘basol’ yang bermaksud bawang merah. Pastu ade perkataan ‘launuhu’, ‘asfar’. Perkataan-perkataan tu ustazah baru ajar last week. Ustazah tunjukkan bukti yang nabi kita bukan sengaja reka ayat-ayat dalam tu sebab baginda buta huruf! Subhanallah! Saya rasa ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dekat Malaysia patut kreatif macam Ustazah Khalida. Baru la murid-murid tak bosan.

Ustazah, masa kami bercuti ke Paris, ye la akak ponteng kelas masa tu🙂 tapi akak tak sangka akak akan terpaksa cakap arab kat sana. Serious! kami pergi masa hari krismas jadi driver yang keje hanya yang bukan kristian. Kami dapat driver Moroccan yang hanya boleh cakap arab dan perancis je. Terpaksa la akak yang jadi jurucakapnye sebab suami akak hanya tau kecek kelate je!huhu..jange maroh yo be.. Hik..hik..hik.. Terkial-kial la akak ni nak menyusun ayat sampai kene marah dengan suami sebab akak blur dan terlupa perkataan ‘sekarang’ dalam bahasa arab. Sebab, money changer kat airport dia tutup, kami nak kene tukar duit dulu. Jadi nak kene bagitau kat driver tu yang sekarang mahu ke money changer dulu, kemudian baru ke hotel. Suami akak kata,”dah berapa lama belajar bahasa arab, perkataan basic macam sekarang pun tak tahu ke?” amboiiii… Sedap dia bahasakan kite ye… Bukan tak tau,tapi ter-blur jap sebab tibe-tibe je kene cakap arab! Lepas termenung jap sambil menyusun ayat, dapat le akak memberitahu driver tu yang kami nak ke money changer dulu, bakdin ila funduk. Betul tak ni ustazah?hehe..nampaknye beliau.faham ape yang akak cuba sampaikan sebab lepas tu dia berhenti kat depan money changer. Suami akak pun sibuk-sibuk tanye funduk? Ape benda funduk tu? ade la..rahsia! u mana boleh tau…hahaha..tu la marah lagi.

Last but not least, selain daripada berjaya kerek kembang-kembang idong dengan suami sebab akak bole cakap arab syuaia-syuaia,  walaupun sekarang dah tak baper bole nak kerek dengan dia sebab dia dah lagi pandai dari akak. Dia selalu sembang dengan sudan! Mane aci kan? Dia plak kadang tu cakap, “see… I tak payah pg kelas pun boleh faham,bole cakap.” Fineee. Ok dah lari topik. Akak sebenarnya paling happy dapat belajar bahasa arab ni ialah tadi masa akak mengaji, sampai kat ayat 183-187 surah Al Baqarah, akak senyum sorang- sorang sebab banyak perkataan yang familiar dalam ayat tu. Walaupun akak tak faham sepatah-sepatah, tapi akak tau roughly ayat tu bercerita pasal puasa, orang sakit (maurid) dan musafir ade kelonggaran, waktu imsak-bile warna putih dan hitam dapat dibezakan, larangan suami isteri semasa puasa. Bile akak cek tafsir, akak happy sangat sebab betul la! wee~ syukran jazilan ya ustazah!

Akak pasti kepulangan awak ke Malaysia akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Pulang lah! Taburlah baktimu di sana pula. InsyaAllah ukwah yang terjalin ini akan sentiasa terjalin. Zaman sekarang macam- macam cara boleh berhubung kan? Mudah-mudahan pertemuan dan perpisahan kita sentiasa mendapat keredhaan dan keampunaan Allah.

SYUKRAN JAZILAN, YA USTAZAH!

4 responses »

  1. hahaha kelakar entri nih.
    bab bergaduh sebab lupa tukar duit tuh still ingat eh? terpahat dihati! haha. anyways, bile dian ke manila? saya baru je balik dari manila. aiseh. kalau tak, boleh kita berjumpa kan🙂

    bagusla dian at least boleh faham sikit-sikit bahasa arab🙂

  2. tanaklah diaannnnnn. dah 3 kali dah gi manila, cukup-cukuplah ye. tapi kalau ada geng, best gak kan? hihihihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s